Subscribe:

Blogger templates

Sunday, 12 March 2017

Tip Memulakan Penyusuan





Bergelar seorang ibu bukalah satu tugas yang mudah. Namun 'title' ibu tu sangat menyeronokkan. Bahkan ianya akan mudah jika persediaan untuk menggalas tanggungjawab itu telah kita lakukan.    

Antara cabaran paling besar untuk si ibu ialah menyusukan si kecil anda. Ianya tidaklah sesukar mana andai kita mempunyai ilmu tentang penyusuan. Apa yang penting ibu perlu rasa yakin pada diri dan tanamkan dalam diri 'aku nak susukan anak sehingga 2 tahun seboleh-bolehnya'. 

Pasang niat awal-awal dan tidak lupa mohon bantuan Allah untuk permudahkan segala urusan penyusuan kita dari mulasampai habis. Demi Allah kak ju cakap, betapa indahnya dan berharganya setiap moment penyusuan tu. Senang kan Allah nak bagi paha pada si ibu. Tak terbayang betapa besarnya pahala yang kita dapat sebagai gantinya tau. Alhamdulillah,syukur.

Tapi harusjuga diingat, bukan semua ibu berjaya menyusukan baby selama yang diinginkan. Mungkin hanya sempat sebulan dua. Mungkin hanya sehingga anak berusia enam bulan je. Jangan sedih, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Jangan rasa malu, jangan rasa down, Sekurang-kurangnya kita pernah mencuba.

Ok ibu,jom kak jue share sedikit tip yang boleh ibu-ibu cuba praktikkan untuk memudahkan penyusuan bermula.
  • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan di dalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 minit setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. 
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3liter sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak.
  • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.
Mudahan dengan sedikit tip yang diberikan dapat membantu anda untuk memulakan penyusuan dengan lebih baik,yakin dan selesa. Kak Jue percaya anda boleh lakukan. InshaAllah.

Salam sayang,
Kak Jue


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...