Subscribe:

Blogger templates

Friday, 10 March 2017

Manisnya Sebuah Perhubungan


"Air kopi dah ada dalam mug merah tu bang".
Laung ku sambil siapkan anak untuk ke sekolah.

"Kalau nak tambah ada dalam teko hijau tu". Si suami mengangguk-angguk kepala sambil menikmati kopi o panas di pagi hari.

Kita rasa nak bancuh air tak susah pun. Tapi sebenarnya ada beberapa bahan dan peralatan yang perlu digunakan. Air, gula, kopi, cawan, teko, sudu dan piring. Hanya kerana segelas kopi, yang terlibat secara tak langsungnya banyak.

Sama juga seperti kehidupan. Nampak seolah-olah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Mana mungkin si mati bangun sendiri menggali kuburnya. Mana mungkin peniaga hantar sendiri barang ke rumah customer jika jauhnya melangkau negeri. Mana mungkin cikgu boleh mengajar jika tiada anak muridnya.

Semuanya saling lengkap melengkapi, memerlukan bantuan dan pertolongan. Jadi jangan pernah bongkak dan sombong sesama kita. Jangan pernah bermegah-megah walaupun engkau punya pangkat, darjat dan harta yang banyak.

Kan manis hidup bermasyarakat, berjiran, bersahabat. Siapa tahu, dengan eloknya perhubungan itu hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.
Bercerita melalui pengalaman hidup. Sekadar renungan dan pandangan. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...