Subscribe:

Blogger templates

Saturday, 3 January 2015

Welcome 2015!!!

Alhamdulillah masih diizinkan Allah bernafas dibumiNya lagi di tahun 2015 ini. Alhamdulillah masih juga diberi kesihatan dan kesempatan untuk meng'update' blog kesayangan saya ni. Dan Alhamdulillah juga kerana masih ada pengunjung blog cahayaimani yang tak seberapa ni. Thanks uolls yang mana sudi menjengah tu. Insha Allah info akan diupdate sekerap mungkin.

Bermulanya tahun baru ni azam pun kene baru. Apa azam tahun baru uolls???Jom kita tanamkan azam yang lebih mencabar, lebih manfaat dan lebih dari segala-galanya dari tahun-tahun yg lepas. Insha Allah. Usia makin meningkat dah tentunya ada yang pasang azam untuk lebih mendekatkan diri kepada Penciptanya. Alhamdulillah. Teruskan keazaman tu. Saya doakan agar dipermudahkan segala urusan untuk kita semua.


Sebelum tu juga saya doakan semua mangsa-mangsa banjir disekitar Pantai Timur, Perak dan kawasan yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini dan redha dengan ketentuan-Nya. Semoga keadaan kembali normal seperti sedia kala dengan cepat. Insha Allah ada hikmahnya disebalik kejadian Allah. Redha dan bersangka baiklah dengan Allah. Saya percaya ramai diluar sana mendoakan yang terbaik untuk kalian semua. Kami hanya mampu menyumbang sedikit bantuan untuk kalian dan hanya mampu berdoa dari jauh. Tabahlah wahai saudara-saudaraku.


Ok, now sedikit luahan perasaan saya sebagai seorang pengedar Shaklee. Sebenarnya kepuasan sebenar saya apabila menjadi pengedar shaklee ialah apabila pembeli yang telah menggunakan produk shaklee mendapat manfaat dan kebaikan seperti mana yang saya dapat. Jika hari ini saya berkongsi kelebihan sesuatu vitamin, katakan ada yang membeli, 2-3 hari kemudian datang si pembeli berkongsi dengan saya mereka juga dapat rasai kebaikan dan manfaat sesuatu vitamin tersebut. Itu sebenarnya kepuasan saya. Betul saya berniaga untuk dapatkan keuntungan. Tapi bukan lah tujuan saya semata-mata mendapatkan keuntungan 100% tanpa mengira kebaikan dan manfaat kepada customer saya. Saya nak dua-dua belah pihak dapat kebaikan. Ha, baru adilkan.


Saya juga masih belajar dan terus belajar berkenaan Shaklee. Selagi anda mempercayai saya insha Allah saya akan terus bertahan dan memberikan yang terbaik untuk anda. Doakan saya berjaya menguruskan bisnes kecil saya ni dengan penuh keikhlasan, jujur, dan amanah.


Salam sayang,


Ummi Riana

Sid : 923991
Contact : 010-2314108
FB : Ummi Riana
Page : Cahayaimani
Website : www.cahayaimani.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...