Subscribe:

Blogger templates

Friday, 30 January 2015

Cara Atasi Bengkak Susu

Cara Atasi Bengkak Susu
Masalah bengkak susu/mastitis sering berlaku terutamanya di awal kelahiran, sekitar minggu pertama. Apa yang si ibu akan rasa ialah payudara membengkak, membonjol dan rasa penuh, sakit berdenyut dan tidak selesa. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana sakitnya bila bengkak susu.

Kadangkala payudara akan terasa panas, keras, terdapat tompokan merah dan si ibu juga boleh demam. Walaubagaimanapun, sebagai seorang ibu yang penuh dengan sifat kasih terhadap anak pasti akan berusaha untuk tetap menyusukan anak. Sakit semua tolak tepi janji anak dapat susu yang terbaik daripada ibu. Betul kan?

Seteruk mana pun keadaan anda, ia merupakan petanda positif yang anda sedang menghasilkan susu untuk si kecil anda. Insha Allah keadaan itu hanyalah sementara dan akan segera hilang sekiranya anda mengamalkan tip-tips yang diberikan.

1) Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2) Susukan bayi anda sekerap yang mungkin. Sekitar 2-3 jam sekali walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda tidur.

3) Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara anda pada setiap kali penyusuan. Dan anda perlu pastikan sebelah payudara yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum berikan payudara yang sebelah lagi.

4) Untuk penyusuan seterusnya mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap tadi.

5) Sekiranya anda dapati bayi susah melekap pada kawasan areola ( kawasan berwarna gelap berdekatan puting), cuba perahkan sedikit payudara dengan menggunakan tangan/pam sehingga kawasan tersebut menjadi sedikit lembut untuk memudahkan bayi anda melekap dengan betul.

6) Tips untuk memudahkan pengeluaran susu ibu ialah dengan meletakkan tuala suam didada atau mandi air suam sebelum memerah. Air suam boleh membantu proses pengeluaran susu dan melembutkan kawasan payudara anda. Mungkin bagi sesetengah ibu akan mengambil sedikit masa, tetapi bersabarlah.

7) Semasa bayi menyusu urut perlahan-lahan payudara yang dihisap untuk membantu pengaliran susu ibu dengan lebih lancar dan menghilangkan ketidakselesaan pada payudara anda.

8) Lakukan sedikit urutan payudara sebelum proses mengepam. Buat urutan secara membulat dikawasan yang anda rasakan berketul itu. 

9) Petua orang tua-tua. Menyikat payudara anda. Sikatkan payudara anda kebawah. Cubalah, insha Allah membantu.

10) Antara petua lain. Letakkan daun kubis segar disekitar payudara juga boleh melegakan kesakitan. Cara ini berkesan kepada sesetengah ibu kerana kesan penyejukan daripada daun kubis itu sendiri. Lain orang lain kesannya ya. Tak salah mencuba jika ianya serasi dengan anda. 

11) Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

12) Petua terakhir, ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Kebiasaannya masalah bengkak susu ini akan berakhir dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Sekiranya anda menyusukan bayi dengan kerap dan betul insah Allah ia akan mengambil masa yang lebih singkat. Jika anda tidak dapat menahan kesakitan, ubat tahan sakit seperti paracetamol boleh diambil atas nasihat doktor.

Apa yang boleh saya katakan jangan terus menerus berhentikan penyusuan susu ibu kepada bayi anda kerana dengan hisapan terus daripada bayi sangat membantu mengatasi masalah ini. Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda lebih lembut walaupun masih dipenuhi dengan susu.


Salam sayang, 

~Ummi Riana~
30 Januari 2015
SMS/ Whatsapp :010-2314108

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...