Subscribe:

Blogger templates

Friday, 16 January 2015

11 Tips Meningkatkan Kesuburan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hasil mentelaah bahan bacaan yg baru dibeli. Tiba-tiba ternampak tips ni. So, saya tuliskan di sini sebagai bahan untuk dikongsikan bersama. Moga-moga ada manfaatnya.

Sumber daripada buku ALLAH DOKTORKU, Wahyu Ubat Penyakitku. Alhamdulillah banyak ilmu dan petua tentang penyakit yang boleh kita cuba. Insha Allah.

Ok, seperti yang dijanjikan. 11 tips meningkatkan kesuburan.

1) FAHAMI PROSES KEHAMILAN
Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan.

2) JUMPA DOKTOR
Pastikan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor.

3) BERAT BADAN YANG IDEAL
Sekiranyan mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberi masalah kepada kesuburan.

4) KETAHUI WAKTU SUBUR
Hari subur wanita cuma 4-5 hari sebulan. Dengan mengetahui hari/waktu subur dengan tepat, peluang untuk hamil adalah tinggi.

5) HUBUNGAN SEKS YANG KERAP
Melakukan hubungan intim dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur berhubunganlah setiap hari.

6) TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
Pastikan kesihatan reproductive suami pada takat optimum dengan mempraktikkan cara hidup sihat.

7) MULTIVITAMIN
Wanita disarankan mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.
Lelaki pula disarankan mengambil supplement zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8) BERSENAM SECARA RUTIN
Bersenam adalah cara untuk sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

9) MAKANAN YANG SEIMBANG
Mengawal pengambilan makanan terutamanya apabila mengalami masalah ovulasi. Masalah ovulasi berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

10) KURANGKAN TEKANAN
Tekanan sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan. Lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan.

11) JAUHI DADAH, MEROKOK, DAN MINUMAN KERAS
Rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko kegigirna dan komplikasi semasa kehamilan.

Ok, cuba tengok semula info nombor 7. Disarankan suami dan isteri mengamalkan vitamin/supplement untuk membantu meningkatkan peluang kehamilan dan mengurangkan risiko janin cacat. Dalam Set Kesuburan Shaklee dan Set Kehamilan Shaklee, kami telah melengkapkan vitamin/supplement tersebut untuk keperluan anda.

Di dalam Set Kehamilan Shaklee terdapat Vitamin B-Complex dimana vitamin ini lengkap denga asid folik yang sangat disarankan oleh wanita untuk mengambilnya. Ia bukan hanya berfungsi untuk mengurangkan risiko janin cacat malah ia juga turut berfungsi untuk meredakan tekanan.

Bagaimanapun hanya anda yg boleh menjaga kesihatan tubuh badan sendiri. Berikan peluang untuk diri kita menikmati kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sini.

Salam sayang,

Ummi Riana

Sid : 923991
Contact : 010-2314108
FB : Ummi Riana
Page : Cahayaimani
Website : www.cahayaimani.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...