Subscribe:

Blogger templates

Monday, 20 October 2014

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Migrain sangat menyakitkan!!!. Itu perkara pertama yang saya boleh luahkan. Saya mengalami migrain seawal usia 12tahun. Awal-awal dulu saya cuma fikirkan sakit kepala biasa. Hampir setiap kali diserang migrain hanya painkiller yang diberikan sebagai penahan sakit. 

Bila usia meningkat dewasa, migrain saya makin teruk. Sebelum migrain menyerang rasa mual, gelap mata, sensitif pada cahaya dan bunyi. Kalau boleh masa tu memang nak baring dalam bilik tutup semua lampu, langsir supaya tak de cahaya masuk. Muzik yang perlahan pun kita dengar terlalu kuat dan menyakitkan. Bingit sangat. Kerja saya masa tu tidur je la seharian. Setiap bulan memang refer pakar untuk check dan ambil bekalan ubat. 

Tapi sampai bila nak bergantung dengan ubat-ubatankan?So, makan ubat pun 'on off' je'. Dipendekkan cerita. Kisahnya bermulanya  selepas saya berkeluarga dan mempunyai anak. Alhamdulillah boleh dikatakan hilang sepenuhnya migrain. Kalau sakit pun tak seteruk dulu dan tak lama.

Pada peringkat awal saya sendiri tak pasti macam mana migrain yang saya alami bertahun-tahun boleh hilang macam tu je. Memang ajaib la kan?Tapi kuasa Allah. Bila dikaji barulah saya tahu semasa tempoh berpantang dulu saya ada ambil beberapa vitamin Shaklee yang mana B-Complex dan Ostematrix  memang berfungsi dalam membantu merawat dan mengurangkan kesakitan akibat migrain. (Start dari pregnant sampai sekarang memang tak pernah ambil lagi dah painkiller atau  ubat migrain).

Saya terus consume dengan vitamin Shaklee yang dah terbukti membantu merawat migrain saya, membantu saya lebih cergas bertenaga semasa tempoh berpantang dan membantu menjayakan penyusuan saya serta memberikan taraf kesihatan saya lebih baik dari sebelum ni. Alhamdulillah, semua kuasa dan nikmat dari Allah. Saya berusaha dan Dialah yang menyembuhkannya kerana hanya Dia yang berhak untuk menyembuhkan segala jenis penyakit mengikut kehendak-Nya.

Daripada kita ambil ubat-ubatan yang berasakan dadah secara berterusan, timbanglah untuk memilih dah bertukar kepada vitamin atau supplement natural untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Kerana itu yang lebih baik.  Ia diekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Walaupun mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya sekurang-kurangnya tiada kesan sampingan untuk masa hadapan. 

Bagaimana B-Complex dan Ostematrix membantu?

B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Ostematrix 
Ostematrik Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan Vitamin D. 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Jom tengok apa kata mereka yang juga pernah mengalami migrain dan mengamalkan Set Migrain Shaklee ni. 


Testimoni 


Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Bagi penderita migrain cuba cari punca yang menyebabkan migrain menyerang anda. Jika puncanya daripada pemakanan maka anda kenalah jaga makan. Begitulah juga jika puncanya daripada perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya.

Untuk mereka yang dilanda migrain, apa lagi cepat-cepat dapatkan 2 supplement ini. Insha Allah sangat membantu.

Salam Sayang,
...Ummi Riana...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...