Subscribe:

Blogger templates

Sunday, 19 October 2014

Sekilas Fakta Susu Ibu

Sekilas Fakta Susu Ibu
Fakta yang perlu anda tahu tentang kehebatan dan kebaikan susu ibu. Disebabkan itulah kita disarankan menyusukan ibu sehingga 2 tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Merujuk kepada firman Allah s.w.t iaitu “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233 iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. 

Antara fakta yang perlu anda tahu ialah:-

✔ Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.
✔ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (lgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang - mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.
✔ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
✔ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatkan?
✔ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
✔ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
✔ Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6 kali (selepas 1 minggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam.
✔ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah - curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun!)
Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaian jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.
Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan bukan kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu. (Produk atau makanan tambahan merupakan salah satu ikhtiar, ibu wajib memenuhi konsep Demand & Supply untuk penghasilan susu yang lancar.)

Salam Sayang,
...Ummi Riana...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...