Subscribe:

Blogger templates

Tuesday, 14 October 2014

Bebas Morning Sickness!!!

Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis akibat kesuntukan masa dan hal-hal keluarga yang tidak dapat dielakkan malam ni sempat nak berkongsi sedikit pengalaman sebagai pengguna tegar Shaklee.

Ok, apa yang saya nak  kongsikan adalah berkenaan pengalaman saya sepanjang kehamilan ke-2 ni. Alhamdulilah kalau ikutkan hari ni dah masuk 15 minggu 1 hari usia kandungan saya. Selalu di awal-awal kehamilan normal la kalau ibu rasa mual, pening, loya, muntah tu kan??..atau disebut 'morning sickness'. 

Ikutkan  pengalaman anak pertama dulu memang saya alami  morning sickness teruk. Di awal kehamilan tu masuk makanan semua keluar balik. Nak masak bau minyak tak boleh, bau bawang tak boleh, tapi demi suami tercinta ku gagahkan jua (masa tu duduk jauh, so jumpa jarang-jarang, nak tak nak kena bagi jugak suami makan hasil dari air tangan isteri ni...ye dak??)

Anak pertama dulu tak kenal lagi Shaklee. Masa dalam pantang baru start ambil set berpantang shaklee. Memandangkan pantang anak pertama so tak tau sangat macam mana rasanya berpantang. Tapi apa yang saya rasa masa tu bertenaga dan cergas. Luka pun cepat sembuh. Start dari situ saya berpuas hati dan terus jadi pengedar untuk sama-sama berkongsi kebaikan yang bakal kita perolehi dengan shaklee. Insha Allah.

Maybe jugak orang kata setiap anak yang kita kandungkan tu berbeza. Tak sama setiap kandungan. Ya betul. Kali ni memang berbeza. Kali ni diuji dengan cara yang lain. Yang pasti alhamdulillah, tiada lagi muntah-muntah, loya, pening dan mual yang teruk. Sekadar rasa tak sedap mulut, asyik nak mengunyah camtu je la. Nak berjalan jauh pun tak risau lagi. Rasa lebih bertenaga dan kurang letih. Malah mampu berpuasa. Bestkan?? Nak tau rahsia saya??
Bebas Morning Sickness!!!

Rahsianya Set Kehamilan Shaklee dan kurma setiap hari. Itu sahaja. Kurma sendiri memang banyak khasiatnya. Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Dan set kehamilan shaklee yang semulajadi tu juga banyak membantu mengurangkan rasa mual, loya dan muntah serta membantu tubuh lebih bertenaga.

Bagaimana??Ok, dalam set kehamilan shaklee ada B-Complex, di mana B-Complex Shaklee merupakan vitamin B yang lengkap dengan  vitamin B6! Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan Morning Sickness. Vitalea pula membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan merupakan penambah tenaga segera. Ostematrix pula membantu mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, sakit sendi, kebas-kebas, dan membantu mengatasi masalah sembelit serta membekalkan kalsium yang mencukupi untuk keperluan tubuh ibu dan perkembangan janin. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu. Alhamdulillah serasi dengan badan dan berkesan untuk saya. Dan mungkin juga serasi untuk anda.

Set ini dilengkapi dengan Vitalea with iron formula (multivitamin), vitamin C, B-Complex with folic asid dan Ostematrix (kalsium). Jika masuk trimester kedua dan ketiga boleh add on Omega untuk membantu perkembangan dan tumbesaran otak janin serta perkembangan memori. Juga elok untuk ibu mengawal paras kolestrol serta mengawal masalah obesiti.                               

Ibu-ibu hamil yang ada masalah morning sickness teruk tu disarankan mengambil set kehamilan shaklee ni. Bukan sahaja membantu mengurangkan masalah anda malah ia selamat diambil kerana ia berasaskan bahan semulajadi. Tiada pewarna, perisa tiruan dan bahan pengawet digunakan.

Jika berminat untuk mencuba atau sebarang pertanyaan sila
hubungi saya di:

Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...