Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 22 October 2014

Vitamin Untuk Si Cilik Penghidap Asma/Lelah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..

Entri ini terhasil setelah beberapa bulan kebelakangan ni asyik ternampak status kawan-kawan kat fb post masalah asma pada anak-anak mereka. Ulang alik ke hospital untuk ambik neb. Kesian tengok dorang. Kecil-kecil dah keluar masuk hospital.

Alhamdulillah anakanda tersayang tak menghidap asma walaupun ikut keturunan ummi dia memang ada asma. Tapi bila tengok anak kawan-kawan bergilir-gilir ke hospital disebabkan masalah asma, hati kecil ni turut rasa simpati. Dan hasilnya 1 penulisan tentang asma dikalangan anak-anak. Niat hati hanya sekadar ingin berkongsi info dengan ibu-ibu di luar sana. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Insha Allah.

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20%. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Asma merupakan sejenis penyakit yg berlaku disebabkan berlakunya keradangan di bahagian saluran pernafasan kita. Ok dengan bahasa mudahnya begini bila berlakunya asma, laluan udara kita menjadi semakin sempit. So, bila laluan udara kita dh makin sempit, kurang la oxygen akan dihantar ke paru2…dan inilah punca berlakunya asma.

Antara penyebab berlakunya asma termasuklah habuk/debu, bulu binatang, keadaan yang terlampau sejuk, asap rokok, permakanan dan sebagainya. Kalau anak-anak yang menghidap asma seeloknya pantau persekitaran dan kegiatan mereka supaya terhindar daripada benda-benda yang boleh menyebabkan berlakunya asma. Dan harus diingat asma juga boleh diwarisi

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ini bermakna pengambilan minyak ikan dapat membantu mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Mengapa ikan / minyak ikan?
Ini kerana ikan / minyak ikan mengandungi omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Ia bersifat anti radang (inflamasi). Inflamasi ni ringkasnya adalah tindak balas imuniti badan terhadap infeksi/serangan virus. (Maksudnya sistem imun penghidap asma rendah.)


Penyelidikan antarabangsa didalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran udara. Peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.

Bagaimana memilih minyak ikan yang bagus?
Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang mebahayakan kesihatan. 

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.)

Cadangan saya kepada ibu-ibu di luar sana pertimbangkanlah pengambilan supplement ini dan berikan peluang kepada diri dan anak-anak untuk mencuba alternatif lain selain ubat-ubatan yang sedia ada. Berikan yang terbaik untuk mereka. Shaklee Omega Guard merupakan supplement minyak ikan terbaik di dunia tau!!! Kita berusaha selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta.

Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Jom tengok testimoni sket ya.
Ubati Asma Anak Dengan Omega Guard Shaklee


Ubati Asma Anak Dengan Omega Guard Shaklee

Ini antara testimoni daripada mereka yang telah mencuba dan mendapat kesan yang positif untuk anak mereka. 
Sabda Nabi s.a.w:“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim). Marilah kita berikhtiar demi kesihatan anak-anak. Anak sihat ibu pasti senang hati.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.


* Penafian:  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...