Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 22 October 2014

Vitamin Untuk Si Cilik Penghidap Asma/Lelah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..

Entri ini terhasil setelah beberapa bulan kebelakangan ni asyik ternampak status kawan-kawan kat fb post masalah asma pada anak-anak mereka. Ulang alik ke hospital untuk ambik neb. Kesian tengok dorang. Kecil-kecil dah keluar masuk hospital.

Alhamdulillah anakanda tersayang tak menghidap asma walaupun ikut keturunan ummi dia memang ada asma. Tapi bila tengok anak kawan-kawan bergilir-gilir ke hospital disebabkan masalah asma, hati kecil ni turut rasa simpati. Dan hasilnya 1 penulisan tentang asma dikalangan anak-anak. Niat hati hanya sekadar ingin berkongsi info dengan ibu-ibu di luar sana. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Insha Allah.

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20%. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Asma merupakan sejenis penyakit yg berlaku disebabkan berlakunya keradangan di bahagian saluran pernafasan kita. Ok dengan bahasa mudahnya begini bila berlakunya asma, laluan udara kita menjadi semakin sempit. So, bila laluan udara kita dh makin sempit, kurang la oxygen akan dihantar ke paru2…dan inilah punca berlakunya asma.

Antara penyebab berlakunya asma termasuklah habuk/debu, bulu binatang, keadaan yang terlampau sejuk, asap rokok, permakanan dan sebagainya. Kalau anak-anak yang menghidap asma seeloknya pantau persekitaran dan kegiatan mereka supaya terhindar daripada benda-benda yang boleh menyebabkan berlakunya asma. Dan harus diingat asma juga boleh diwarisi

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. Ini bermakna pengambilan minyak ikan dapat membantu mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Mengapa ikan / minyak ikan?
Ini kerana ikan / minyak ikan mengandungi omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Ia bersifat anti radang (inflamasi). Inflamasi ni ringkasnya adalah tindak balas imuniti badan terhadap infeksi/serangan virus. (Maksudnya sistem imun penghidap asma rendah.)


Penyelidikan antarabangsa didalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran udara. Peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.

Bagaimana memilih minyak ikan yang bagus?
Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang mebahayakan kesihatan. 

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.)

Cadangan saya kepada ibu-ibu di luar sana pertimbangkanlah pengambilan supplement ini dan berikan peluang kepada diri dan anak-anak untuk mencuba alternatif lain selain ubat-ubatan yang sedia ada. Berikan yang terbaik untuk mereka. Shaklee Omega Guard merupakan supplement minyak ikan terbaik di dunia tau!!! Kita berusaha selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta.

Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Jom tengok testimoni sket ya.
Ubati Asma Anak Dengan Omega Guard Shaklee


Ubati Asma Anak Dengan Omega Guard Shaklee

Ini antara testimoni daripada mereka yang telah mencuba dan mendapat kesan yang positif untuk anak mereka. 
Sabda Nabi s.a.w:“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim). Marilah kita berikhtiar demi kesihatan anak-anak. Anak sihat ibu pasti senang hati.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.


* Penafian:  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 21 October 2014

Keputihan dan Keintiman Wanita

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Boleh dikatakan hampir kesemua wanita mengalami masalah ini. Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Bagi wanita yang berhadapan dengan keputihan yang serius, sedikit sebanyak pasti akan menggangu harian mereka. Terutamanya bab solat, kurang yakin dan malu untuk bersama suami, kegatalan kawasan intim, faraj berbau dan sebagainya.

Antara punca berlakunya keputihan adalah disebabkan oleh:-
Faktor kebersihan yang kurang baik
Stress / tekanan
+ Pengambilan Ubat-ubatan
+ Jangkitan seksual


Jika anda mengalami masalah keputihan yang teruk sehingga menyebabkan kegatalan faraj atau berbau segeralah berjumpa doktor untuk memastikan samada ia hanya keputihan biasa ataupun disebabkan oleh jangkitan. Jangan memandang mudah hal keputihan ini kerana ia boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar seperti kanser rahim, kemandulan dan sebagainya.

Berikut  merupakan pandangan seorang doktor tentang masalah keputihan ini.

Keputihan dan Keintiman Wanita
Dan ini pula sekadar perkongsian daripada mereka yang telah mengamalkan Alfalfa Shaklee dan mengalami perubahan yang positif terhadap keputihan dan keintiman mereka (bagi yang dah kahwin ye).

Testimoni 1: Keputihan berkurang, Alfalfa merapatkan apa yang patut.
Keputihan dan Keintiman Wanita

 Testimoni 2: Keputihan berkurangan dan keintiman mengagumkan
Keputihan dan Keintiman Wanita

Testimoni 3: Bantu atasi masalah keputihan dan keintiman 
Keputihan dan Keintiman Wanita

Kaum wanita yang mempunyai masalah keputihan dan ingin kembalikan kehangatan rumahtangga (kpd mereka yg telah berkahwin) sangat digalakkan untuk mencuba. Alfalfa Shaklee bertindak seperti kacip fatimah kerana keberkesanannya mengembalikan keintiman wanita. Pasti tidak lama lagi anda juga turut merasai perubahannya. Si dia pasti tersenyum lebar..hehe..

Alfalfa Shaklee diekstrak daripada bahan semulajadi. Tiada pewarna, perisa tiruan dan bahan pengawet digunakan. So, selamat untuk diambil.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.


* Penafian:  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, 20 October 2014

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Migrain sangat menyakitkan!!!. Itu perkara pertama yang saya boleh luahkan. Saya mengalami migrain seawal usia 12tahun. Awal-awal dulu saya cuma fikirkan sakit kepala biasa. Hampir setiap kali diserang migrain hanya painkiller yang diberikan sebagai penahan sakit. 

Bila usia meningkat dewasa, migrain saya makin teruk. Sebelum migrain menyerang rasa mual, gelap mata, sensitif pada cahaya dan bunyi. Kalau boleh masa tu memang nak baring dalam bilik tutup semua lampu, langsir supaya tak de cahaya masuk. Muzik yang perlahan pun kita dengar terlalu kuat dan menyakitkan. Bingit sangat. Kerja saya masa tu tidur je la seharian. Setiap bulan memang refer pakar untuk check dan ambil bekalan ubat. 

Tapi sampai bila nak bergantung dengan ubat-ubatankan?So, makan ubat pun 'on off' je'. Dipendekkan cerita. Kisahnya bermulanya  selepas saya berkeluarga dan mempunyai anak. Alhamdulillah boleh dikatakan hilang sepenuhnya migrain. Kalau sakit pun tak seteruk dulu dan tak lama.

Pada peringkat awal saya sendiri tak pasti macam mana migrain yang saya alami bertahun-tahun boleh hilang macam tu je. Memang ajaib la kan?Tapi kuasa Allah. Bila dikaji barulah saya tahu semasa tempoh berpantang dulu saya ada ambil beberapa vitamin Shaklee yang mana B-Complex dan Ostematrix  memang berfungsi dalam membantu merawat dan mengurangkan kesakitan akibat migrain. (Start dari pregnant sampai sekarang memang tak pernah ambil lagi dah painkiller atau  ubat migrain).

Saya terus consume dengan vitamin Shaklee yang dah terbukti membantu merawat migrain saya, membantu saya lebih cergas bertenaga semasa tempoh berpantang dan membantu menjayakan penyusuan saya serta memberikan taraf kesihatan saya lebih baik dari sebelum ni. Alhamdulillah, semua kuasa dan nikmat dari Allah. Saya berusaha dan Dialah yang menyembuhkannya kerana hanya Dia yang berhak untuk menyembuhkan segala jenis penyakit mengikut kehendak-Nya.

Daripada kita ambil ubat-ubatan yang berasakan dadah secara berterusan, timbanglah untuk memilih dah bertukar kepada vitamin atau supplement natural untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Kerana itu yang lebih baik.  Ia diekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Walaupun mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya sekurang-kurangnya tiada kesan sampingan untuk masa hadapan. 

Bagaimana B-Complex dan Ostematrix membantu?

B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Ostematrix 
Ostematrik Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan Vitamin D. 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Jom tengok apa kata mereka yang juga pernah mengalami migrain dan mengamalkan Set Migrain Shaklee ni. 


Testimoni 


Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Ubati Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Bagi penderita migrain cuba cari punca yang menyebabkan migrain menyerang anda. Jika puncanya daripada pemakanan maka anda kenalah jaga makan. Begitulah juga jika puncanya daripada perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya.

Untuk mereka yang dilanda migrain, apa lagi cepat-cepat dapatkan 2 supplement ini. Insha Allah sangat membantu.

Salam Sayang,
...Ummi Riana...


Sunday, 19 October 2014

Sekilas Fakta Susu Ibu

Sekilas Fakta Susu Ibu
Fakta yang perlu anda tahu tentang kehebatan dan kebaikan susu ibu. Disebabkan itulah kita disarankan menyusukan ibu sehingga 2 tahun penuh bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Merujuk kepada firman Allah s.w.t iaitu “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233 iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. 

Antara fakta yang perlu anda tahu ialah:-

✔ Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.
✔ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (lgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang - mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.
✔ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
✔ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatkan?
✔ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
✔ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
✔ Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6 kali (selepas 1 minggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam.
✔ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah - curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun!)
Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaian jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.
Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan bukan kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu. (Produk atau makanan tambahan merupakan salah satu ikhtiar, ibu wajib memenuhi konsep Demand & Supply untuk penghasilan susu yang lancar.)

Salam Sayang,
...Ummi Riana...


Saturday, 18 October 2014

Soya Bahaya Untuk Kesihatan??

Benarkah kenyataan tersebut? Ramai yang berbunyi soya tidak elok untuk kesihatan. Sehingga ramai yang menolak ESP Shaklee kerana ESP berasaskan soya. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?

Mungkin ramai yang tidak tahu soya mempunyai 2 jenis. GMO dan non-GMO. Boleh dikatakan hampir semua produk berasakan soya yang ada dipasaran adalah soya jenis GMO. Kecuali jika terdapat label 'soya organik' atau 'non-GMO'.

GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Proses ini dilakukan bertujuan untuk memastikan tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak manakala bagi haiwan pula supaya ia cepat matang dan cepat boleh diproses. Ini adalah disebabkan permintaan produk lebih tinggi daripada bekalan yang disediakan. Jadi mereka terpaksa melakukan proses seperti ini untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Apa pula soya non-GMO?

Soya non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Mengambil produk berasakan soya boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya:-

1) Produk soya yang diambil seharian merupakan soya GMO.
2) Kuantiti pengambilan produk soya GMO dalam sehari terlalu banyak.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?



Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Ia diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi pilihan lain yang anda ialah bertukar kepada produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.
Selamat tak ESP Shaklee?
Untuk makluman anda, ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Sebagai contoh: jika masa yang diperlukan untuk kacang soya itu matang selama 10 bulan, maka 10 bulanlah masa yang Shaklee peruntukan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi. 
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.Jadi jawapan saya ESP Shaklee selamat untuk diambil. 
Sekadar berkongsi mana yang patut. Walaupun ada betulnya produk soya bahaya pada kesihatan jika anda memilih soya GMO dengan pengambilan yang berlebihan, tetapi anda masih mempunyai pilihan yang lain. Setiap tumbuhan yang diciptakan Allah pasti ada manfaatnya untuk kehidupan kita jika betul cara pengambilan dan penghasilannya. 

Kalau betullah ESP Shaklee yang dah berusia 50 tahun di pasaran ni memudaratkan kesihatan pengguna, saya yakin dah lama ESP Shaklee diberhentikan jualannya. Jadi sebelum menolak mentah-mentah, seeloknya kaji dahulu baik dan buruknya. Jangan menilai dan menolak tanpa ilmu. 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.

Kredit to : http://www.lifefit.my

Friday, 17 October 2014

Kulit Anjal, Cantik dan Menawan Dengan Shaklee Collagen Powder

Bila umur sudah makin meningkat, ramai yang risau. Kulit tidak lagi anjal, kedut juga semakin ketara. Maka ramailah memilih untuk membeli pelbagai produk kecantikan untuk menegangkan apa yang kendur. Kebanyakan produk ini dikatakan mengandungi kolagen dan elastin. Namun, adakah ia berkesan atau semakin memudaratkan?

Walau apa pun pilihan anda pastikan ia selamat digunakan. Seeloknya pilihlah yang berasakan bahan semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia yang merbahaya. 

Tahukah anda, apabila usia meningkat bilangan kolagen menjadi berkurangan menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit turut berkurangan. Lantas menjadikan kulit kendur dan kedutan. Apabila bilangan kolagen semakin menurun, maka Asid Hialuronik juga turut menurun dan ini akan menyebabkan kulit kekurangan kelembapan, kelembutan, dan keanjalan. 

Kolagen banyak membantu dalam kecantikan dan kesihatan. Mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Antara makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah:

Delima
+ Tomato
+ Tembikai
+ Cili benggala merah
+ Strawberi
+ Epal
+ Kangkung
+ Bayam
+ Kailan  
+ Buah-buahan citrus

Kolagen adalah protein yang bekerja dengan keratin untuk menjadikan kulit lebih lembut dan anjal. Shaklee juga menghasilkan Collagen Powder berasaskan 100% bahan semulajadi (tulen) iaitu sisik ikan merah iaitu ia merupakan kolagen yang sangat lasak dan elastik. Shaklee Collagen Powder ini mempunyai kepaduan sel yang sangat tinggi serta tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan. Ia juga selamat kerana tiada gula, pengawet dan pewarna yang digunakan.

Ujian klinikal menunjukkan yang 71% pengguna berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut.  

Menurut mereka yang telah menggunakan Shaklee Collagen Powder ini, ia sangat membantu mengembalikan keremajaan kulit dan mereka sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi. 

Jemput tengok testimoni.

Testimoni 1: Pengambilan Collagen Powder Selama 1 Bulan


Kesan Pengambilan Shaklee Collagen Powder

 Testimoni 2: Pengambilan Collagen Powder Selama 6 Minggu 

Kesan Pengambilan Shaklee Collagen Powder
Kesan Pengambilan Shaklee Collagen Powder

Jika anda bimbang dengan istilah 'tua sebelum usia' atau anda perasan dengan perubahan kulit wajah anda yang semakin kusam, kurang anjal, kurang kelembapan dan ingin mencuba Shaklee Collagen Powder ini bolehlah hubungi saya seperti yang tertera di bawah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.



Thursday, 16 October 2014

Berbaloi Pantang Dengan Vitamin Shaklee!!!

"Badan sangat selesa. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah. Sekali pump boleh dapat 14oz. 1 hari boleh simpan 24oz. Deep freezer dah nak penuh walaupun baru 29hari..."- Puan Shima Samad.

" Ok jugak set ni, tak da sakit-sakit macam anak pertama dulu. Rambut pun tak luruh, pinggang pun tak sakit langsung, kira cergas la..." - Puan Su.

Eh, betul ke ni? Ke sekadar nak lakukan produk? Tak lah..ini memang testimoni mereka yang mengambil Set Bersalin Shaklee. Bukan saja mereka yang rasa malah saya sendiri turut merasakannya.

Alhamdulillah dalam tempoh berpantang saya tetap bertenaga dan cergas. Yang bestnya part luka cepat baik. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Bukan setakat badan je bertenaga malah penghasilan susu ibu pun sangat meriah. Rezeki anak dapat menyusu sepenuhnya susu ibu. Alhamdulillah.

Set ini terus boleh diambil walaupun ibu melahirkan secara pembedahan. Dan dengan  kehadiran Zinc Complex yang berfungsi seperti ikan haruan sangat membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas pembedahan ataupun kelahiran normal.

Bimbang jika anak jaundis??
Walaupun anak jaundis ibu tetap boleh mengambil vitamin-vitamin ini kerana ia bukanlah berasaskan jamu. Ia merupakan vitamin yang diproses secara semulajadi tanpa sebarang pewarna,  perisa tiruan dan tanpa bahan pengawet digunakan. Sekiranya baby anda jaundis berikan susu ibu sekerap mungkin supaya bilirubin dapat dikumuhkan kedalam najis dan tahap bilirubinnya cepat menurun. Insha Allah.

Jom tengok testimoni mereka.

Testimoni 1: "Badan selesa, Cergas lepas operation, Susu meriah.."



Testimoni 2: "Bertenaga, Susu banyak, Luka cepat baik.."


Testimoni 3: "Rambut tak luruh, Tak sakit macam anak pertama, Pinggang tak sakit, Luka cepat baik.."



Ibu-ibu yang masih tercari-cari set berpantang yang sesuai saya sangat-sangat syorkan anda mencuba Set Bersalin Shaklee. Nak tau lebih detail tentang set ini sila klik SINI. 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi di sini:
Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.




Wednesday, 15 October 2014

ESP Shaklee Milk-Booster Pilihan Ibu

ESP Shaklee bukanlah satu jenama asing lagi bagi masyarakat kita sekarang. Malah ia sering menjadi pilihan mereka di luar sana sebagai salah satu 'makanan tambahan' yang wajib diambil setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan, termasuklah saya. Kenapa ya?

Ini kerana setiap hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak. tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Banyakkan khasiatnya?

ESP merupakan pilihan ramai ibu menyusu yang menghadapi masalah kekurangan susu badan sebagai salah satu 'jalan alternatif' untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Ini kerana ESP terkenal sebagai 'milk-booster'..dan selagi konsep 'Demand & Supply' diteruskan selagi itulah ESP ini akan membantu dalam proses penghasilan susu ibu. Bagi saya ESP merupakan milk-booster nombor 1 saya.

Saya ambil ESP bukanlah semata-mata untuk banyakkan susu badan. Tetapi juga untuk membantu saya lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih sihat. Memang letih bila anak kerap mengempeng, di samping sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga. Jadi, bagi saya ESP memang banyak membantu. At least kalau tak sempat ambil makanan berat pun memadai dengan ESP dahulu sebagai alas perut dan ia mengenyangkan.

Ramai ibu yang telah mencuba dan mendapat kesan yang sangat positif. Jom tengok kejayaan mereka dalam testimoni di bawah ya.

Testimoni 1:
ESP Shaklee Milk-Booster Pilihan Ibu

Testimoni 2: 
ESP Shaklee Milk-Booster Pilihan Ibu

 Testimoni 3:
ESP Shaklee Milk-Booster Pilihan Ibu

Bagi ibu-ibu yang masih belum mencuba dan menghadapi masalah yang sama, jangan malu, jangan segan hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Insha Allah saya sedia membantu anda.

Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.



Tuesday, 14 October 2014

Bebas Morning Sickness!!!

Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis akibat kesuntukan masa dan hal-hal keluarga yang tidak dapat dielakkan malam ni sempat nak berkongsi sedikit pengalaman sebagai pengguna tegar Shaklee.

Ok, apa yang saya nak  kongsikan adalah berkenaan pengalaman saya sepanjang kehamilan ke-2 ni. Alhamdulilah kalau ikutkan hari ni dah masuk 15 minggu 1 hari usia kandungan saya. Selalu di awal-awal kehamilan normal la kalau ibu rasa mual, pening, loya, muntah tu kan??..atau disebut 'morning sickness'. 

Ikutkan  pengalaman anak pertama dulu memang saya alami  morning sickness teruk. Di awal kehamilan tu masuk makanan semua keluar balik. Nak masak bau minyak tak boleh, bau bawang tak boleh, tapi demi suami tercinta ku gagahkan jua (masa tu duduk jauh, so jumpa jarang-jarang, nak tak nak kena bagi jugak suami makan hasil dari air tangan isteri ni...ye dak??)

Anak pertama dulu tak kenal lagi Shaklee. Masa dalam pantang baru start ambil set berpantang shaklee. Memandangkan pantang anak pertama so tak tau sangat macam mana rasanya berpantang. Tapi apa yang saya rasa masa tu bertenaga dan cergas. Luka pun cepat sembuh. Start dari situ saya berpuas hati dan terus jadi pengedar untuk sama-sama berkongsi kebaikan yang bakal kita perolehi dengan shaklee. Insha Allah.

Maybe jugak orang kata setiap anak yang kita kandungkan tu berbeza. Tak sama setiap kandungan. Ya betul. Kali ni memang berbeza. Kali ni diuji dengan cara yang lain. Yang pasti alhamdulillah, tiada lagi muntah-muntah, loya, pening dan mual yang teruk. Sekadar rasa tak sedap mulut, asyik nak mengunyah camtu je la. Nak berjalan jauh pun tak risau lagi. Rasa lebih bertenaga dan kurang letih. Malah mampu berpuasa. Bestkan?? Nak tau rahsia saya??
Bebas Morning Sickness!!!

Rahsianya Set Kehamilan Shaklee dan kurma setiap hari. Itu sahaja. Kurma sendiri memang banyak khasiatnya. Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Dan set kehamilan shaklee yang semulajadi tu juga banyak membantu mengurangkan rasa mual, loya dan muntah serta membantu tubuh lebih bertenaga.

Bagaimana??Ok, dalam set kehamilan shaklee ada B-Complex, di mana B-Complex Shaklee merupakan vitamin B yang lengkap dengan  vitamin B6! Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan Morning Sickness. Vitalea pula membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan merupakan penambah tenaga segera. Ostematrix pula membantu mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, sakit sendi, kebas-kebas, dan membantu mengatasi masalah sembelit serta membekalkan kalsium yang mencukupi untuk keperluan tubuh ibu dan perkembangan janin. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu. Alhamdulillah serasi dengan badan dan berkesan untuk saya. Dan mungkin juga serasi untuk anda.

Set ini dilengkapi dengan Vitalea with iron formula (multivitamin), vitamin C, B-Complex with folic asid dan Ostematrix (kalsium). Jika masuk trimester kedua dan ketiga boleh add on Omega untuk membantu perkembangan dan tumbesaran otak janin serta perkembangan memori. Juga elok untuk ibu mengawal paras kolestrol serta mengawal masalah obesiti.                               

Ibu-ibu hamil yang ada masalah morning sickness teruk tu disarankan mengambil set kehamilan shaklee ni. Bukan sahaja membantu mengurangkan masalah anda malah ia selamat diambil kerana ia berasaskan bahan semulajadi. Tiada pewarna, perisa tiruan dan bahan pengawet digunakan.

Jika berminat untuk mencuba atau sebarang pertanyaan sila
hubungi saya di:

Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya.
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani untuk info & tips kesihatan terbaru.

Konsultasi dan cara pemakanan akan diberikan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...