Subscribe:

Blogger templates

Tuesday, 19 August 2014

Susu Kurang Lepas Bersalin?

Susu Kurang Lepas Bersalin?Secara umumnya ramai ibu yang mengalami masalah susu kurang selepas bersalin. Seakan-akan tiada susu yang menitis untuk diberikan kepada bayi. Mengapa situasi ini berlaku?

Kelam kabut dibuatnya bila bayi menangis tapi kita rasa tak ada susu nak bagi. Sebenarnya penghasilan kolostrum atau susu awal ibu berlaku seawal hari pertama hingga ketiga. Walaupun kuantitinya sangat sedikit tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi hanyalah sebesar guli sahaja. Lebih kurang 5-7ml atau setengah sudu besar sahaja yang diperlukan untuk saiz perut sebesar itu. 

Jadi tiada istilah susu tak cukup dan tiada susu lagi ya. Apa yang penting biarkan bayi anda melekap pada payudara seawal yang mungkin sejurus kelahirannya untuk menikmati susu ibunya.


Susu Kurang Lepas Bersalin?

Keperluan jumlah susu bayi akan meningkat dari hari ke hari.  Ini kerana saiz perut bayi menjadi sebesar sebiji aprikot apabila usianya mencecah seminggu. Maka jumlah susu yang diperlukannya ialah sekitar 45-60ml. Jadi seiring dengan itu susu anda juga turut bertambah untuk memenuhi keperluan bayi. Namun ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi supaya susu badan anda bertambah dengan jayanya. Antaranya ialah:

  • Memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. 
  • Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif.
  • Mematuhi konsep DEMAND & SUPPLY. Apabila bayi minta susu berikanlah susu secara terus kepada bayi tanpa gangguan puting atau botol susu. Penyusuan secara terus dia awal kelahiran sangatlah membantu penghasilan susu ibu pada tahap maksimum. Berilah susu sekerap yang diminta. Lebih banyak permintaan, lebih banyak penghasilan.
  • Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong,  air glukos mahupun susu formula. Pemberian susu formula hanya akan mengurangkan penghasilan susu ibu kerana konsep  DEMAND & SUPPLY tidak dipatuhi. 
  • Pastikan pengosongan payudara berlaku dengan baik. Jika bayi menyusu dan tertidur tetapi anda dapati payudara masih keras maka boleh pam payudara tersebut sehingga lembut. Tahap pengosongan yang sempurna akan merangsang penghasilan susu yang lebih banyak untuk sesi penyusuan seterusnya.
  • Pastikan pengambilan air kosong yang banyak. Sebanyak 3liter sehari. Minum banyak air semasa dalam tempuh berpantang tidak menjadi masalah kerana komponen utama susu ibu adalah air.  Jika badan ibu tidak cukup air bagaimana hendak menghasilkan susu yang banyak? Jadi cukupkan bekalan air untuk keperluan anda dan bayi.
  • Akhir sekali, banyakkan pengambilan makanan yang dapat membantu pengeluaran susu seperti kurma, kismis, susu, lobak putih dan juga makanan yang berunsurkan kalsium dan protein. 
  • Jika anda tak suka minum susu, gantikan dengan pil kalsium Shaklee, Ostematrix. Dan jika bimbang anda tidak dapat sumber protein yang mencukupi, ESP Shaklee sangat membantu. ESP dan Ostematrik bertindak sebagai milk-booster dan sangat membantu bagi ibu yang menghadapi masalah penyusuan di awal kelahiran.
Antara testimoni ibu-ibu yang mengambil ESP untuk mengatasi masalah susu kurang selepas bersalin.

Testimoni 1: Dengan ESP senang je nak dapat 2 botol.


Testimoni 2: Lepas minum ESP, sekali session dapat banyak ni.


Testimoni 3: Sejak consume ESP, alhamdulillah susu badan semakin banyak.



Kenapa ESP? Kerana ESP merupakan sumber protein lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh. Lebih-lebih lagi ibu menyusu. Bagi ibu yang sedang berpantang pula lazimya mengalami kekurangan protein kerana amalan pemakanan berpantang yang sangat ketat.  ESP membantu melengkapkan nutrisi protein yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bagi mereka yang tidak minum susu. pastikan anda ambil kalsium Shaklee, Ostematrix. Kekurangan sumber kalsium sedikit sebanyak turut menggangu penyusuan. Unutk detail kalsium klik SINI.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak artikel ini membantu anda. Terutama bagi mereka yang baru bergelar ibu dan juga bagi bakal-bakal ibu sebagai persediaan awal untuk penyusuan. Banyakkan membaca supaya kita lebih bersedia dan tahu konsep penyusuan yang patut diikuti sekiranya anda berniat untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif. Insha Allah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan SUPPLEMENT PENYUSUAN ini, jangan segan hubungi saya. HARGA ISTIMEWA hanya untuk anda pembaca CAHAYAIMANI.COM

Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like Fanpage : Cahaya Imani 
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan saya sahaja.


Penafian: Segala penulisan tentang produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...