Subscribe:

Blogger templates

Thursday, 17 July 2014

Shaklee Sokong Israel..

17 Julai 2014
by Juliza Berahim

Sejak kebelakangan ini, timbul isu panas mengatakan Shaklee menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Israel untuk membeli senjata-senjata yang digunakan untuk membunuh saudara sesama islam kita di Palestin 

MasyaAllah...itu ke sebenarnya yang dilakukan oleh Shaklee?? Kalau betul, jom la kita ramai-ramai boikot Shaklee sebab membeli produk Shaklee, menjual produk Shaklee samalah juga ertinya kita membunuh saudara sesama islam kita dengan tangan sendiri.

Cuma yang menjadi tanda tanya sekarang betul ke isu yang diperkatakan ini? Daripada mana sumber yang mereka perolehi? Kita sebagai manusia telah diberikan anugerah mata untuk membaca, telinga untuk mendengar, dan akal untuk berfikir, menilai dan mempertimbangkan kesahihan isu tersebut. Bukan dengan hanya mendengar tanpa berfikir dan terus dicanang berita yang tidak tentu sahihnya. Kan dah memfitnah tu. 

" Ala itu semua ayat cover dari pengedar Shaklee". Ya, memang artikel ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada saya sendiri sebagai pengguna dan pengedar Shaklee. Maka tugas saya menyebarkan kebenaran kepada anda semua berkenaan isu ini supaya anda tidak terus melulu memboikot Shaklee.

Shaklee merupakan syarikat nutrisi yang berpusat di Amerika Syarikat. Semua orang tahu Amerika merupakan sekutu kuat Israel. Tetapi di manakah kedudukan Shaklee di dalamnya?

TIADA KAITAN

Shaklee merupakan syarikat nutrisi yang memasarkan produk-produk kesihatan melalui pengedar. Untung jualan produk-produk tersebut diberikan kepada pengedar itu sendiri. Shaklee dapat apa? Ya, memang betul ada bahagian untuk Shaklee tetapi sebahagian besarnya adalah untuk pengedar sendiri melalui bonus bulanan dan pelbagai insentif lain. Apa pengedar nak buat dengan hasil bonus, itu terpulang kepada mereka sendiri.

Apa yang Shaklee buat dengan bahagian mereka? Sumbangan kepada Israel?
Sudah tentu anda salah. Selain untuk urusan syarikat dan pekerjanya, Shaklee gunakan untuk penyelidikan produk. Shaklee jalankan 100,00 ujian kualiti dan setiap bahan mentah yang digunakan perlu melalui 350 ujian berasingan. Itu yang Shaklee buat dengan duitnya. Kerana itulah produk Shaklee sentiasa berubah, bertukar formula dan ditambah bahan baru untuk memastikan kualiti produk terjamin dan 100% berkesan serta selamat untuk digunakan.

Tidak salah untuk musykil, tidak salah untuk bertanya. Tapi salah jika menyebarkan fitnah dan menuduh kami menyokong Israel hanya kerana menggunakan/menjual produk yang kilangnya bertapak di Amerika. Tidak mungkin kami para pengedar sanggup teruskan jika benar kami turut menyumbang dalam penderitaan saudar kami di Palestin.

Tapi yang pasti dengan bonus yang kami terima, kami mampu salurkan bantuan kepada saudara Islam kami di sana. 

Di zaman sahabat dulu, Sayidina Usman pernah membeli sebuah perigi daripada orang Yahudi dengan harga yang sangat mahal kerana itulah satu-satunya sumber air yang ada pada ketika itu. Kemudian diwakafkan telaga itu untuk kegunaan orang ramai. Dari situ kita dapat lihat nak membeli dengan orang yahudi itu tidak salah. Point utamanya ialah kelebihan berduit. Kita boleh gunakan semula untuk membantu saudara sesama Islam kita.

Jadi bukalah mata, timbanglah dengan akal yang bijak, nilailah dengan hati dan hentikanlah penyebaran isu yang tidak sahih itu untuk kebaikan bersama. Semoga kita semua jelas dengan isu ini. Insha Allah.

Untuk memuaskan hati kita semua, jemput klik link MommyIskandar.com untuk kupasan lebih mendalam beserta bukti bahawa Shaklee sama sekali TIDAK menyalurkan sumbangan kepada pihak kerajaan Israel. 


2 comments:

rokiah said...

Setuju..syukur shaklee tak terlibat

Juliza Cahaya Imani said...

Alhamdulillah masih boleh teruskan perjuangan dlm Shaklee...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...