Subscribe:

Blogger templates

Monday, 9 June 2014

Ketahui Rahsia Tingkatkan Penghasilan Susu Dengan Cepat

susu ibu banyak
Assalamualaikum...Selamat membaca ya kawan-kawan semua. Hari ni saya nak share TIPS PENYUSUAN, bagaimana meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat. Selalu jugak customer tanya "macam mana nak daptkan susu yang banyak ya? Saya dah pam, dah minum air masak banyak, makan makanan berkhasiat tapi sama macam 2 jugak, tak banyak.."

Hurm, kalau semua 2 dah buat tapi hasilnya tak memuaskan mesti ada kurang kat mana-mana 2..

Benar kebiasaanya ibu-ibu kerap pam susu sekitar 2-3 jam sekali. Tapi TEKNIK PAM SALAH. Salah yang saya maksudkan adalah ibu hanya pam susu bila susu keluar sahaja, bila susu stop ibu terus stop serta merta.

Cara yang sebenarnya ialah pam susu sekitar 15-20 minit bagi sebelah kanan dan 15-20 minit bagi sebelah kiri. Teruskan pam sehingga masa yang dinyatakan walaupun susu hanya keluar pada 5 minit yang pertama. Rangsangan diperlukan untuk menyampaikan signal kepada otak yang bayi memerlukan lebih banyak susu. Otak pula menghantar signal kepada sistem tubuh badan supaya menghasilkan lebih banyak susu. Inilah yang dinamakan konsep DEMAND AND SUPPLY. Lebih banyak permintaan, lebih banyak susu yang dihasilkan.

Seboleh-bolehnya lakukan pengosongan payudara sebaik mungkin. Lakukan 15-20 minit pam bagi setiap payudara supaya rangsangan yang dihasilkan dapat membantu signal dihantar kepada otak dan sistem tubuh badan dengan secukupnya.

Antara tip lain yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan POWER PUMPING dan TANDERM PUMPING. Teknik power pumping ada DI SINI. Manakala cara untuk Tanderm Pumping akan saya sambung dalam entri seterusnya.

Ok, kesimpulannya apa yang harus anda patuhi ialah minum air secukupnya 3-4 liter sehari, pam sekerap 2-3 jam sekali, dan pastikan ambil masa 15-20 minit untuk setiap payudara, dan jangan lupa ambil makanan yang berkhasiat untuk mendapatkan susu yang berkualiti dan mencukupi dengan segala zat yang diperlukan si manja anda.

Jika anda merupakan ibu yang berkerjaya dan sibuk serta bimbang tidak dapat mengambil makanan seimbang dalam diet harian anda, saya sarankan ambil SUPPLEMENT PENYUSUAN. Mudah-mudahan susu yang dihasilkan cukup dari segi kuantiti dan berkualiti tinggi serta cukup segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran anak.

Setiap pembelian supplement penyusuan daripada saya akan mendapat KONSULTASI PENYUSUAN PECUMA, dan jika anda hadapi sebarang masalah, saya sedia membantu anda. Sila hubungi saya di:

Call/Whatsapp : 010-2314108
Email : julizaimani@gmail.com
FB: Sila Add Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE fanpage saya cahayaimani untuk TIP PENYUSUAN PERCUMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...