Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 9 April 2014

Teknik Marmet

Hi mommies, entri kali ini berkisarkan tentang TEKNIK MARMET. Sebelum terus ke teknik-tekniknya saya ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan dengan teknik marmet ni ya.

>>> Teknik Marmet merupakan satu cara mengeluarkan susu ibu dengan hanya menggunakan tangan semata-mata tanpa bantuan alatan lain terutamanya pam.

>>> Sekiranya teknik ini dilakukan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada penggunaan pam.

>>> Dalam erti kata yang lainnya, susu lebih banyak dapat dikeluarkan berbanding dengan menggunkan pam. Ini kerana kita lebih kenal tubuh badan kita dan tahu di mana kunci ataupun aliran khusus yang perlu diperah.

>>> Mengapa teknik ini mampu menghasilkan pengeluaran susu dengan lebih banyak?? Ini kerana teknik ini dilakukan menggunakan tangan dan akan berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana akan merangsang penghasilan susu dan seterusnya berlakulah 'let down reflex' iaitu situasi dimana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa usaha yang banyak. Pada waktu ini payudara akan terasa sedikit membengkak dan berdenyut.

>>> Bahayanya Teknik Marmet ini jika tidak dipraktikkan dengan baik kerana ia bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.

****Cara Memerah Dengan Betul****

1) Gunakan 3 jari sahaja iaitu jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari.
2) Jari-jari in perlu diletakkan di atas kawasan aerola (lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3) Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).


Teknik Marmet
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 

4) Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 

5) Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 

6) Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong. 

7) Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 

8) Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

****Perkara Yang Perlu Dielakkan****

1) Menekan sambil mendorong/mengheret jari-jari anda. Ini boleh menyebabkan payudara melecet.
2) Menarik puting payudara. Tindakan ini akan menyebabkan lapisan lemak pada aerola akan rosak.
3) Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Ok...dah habis teknik marmet. Senang je kan? Harap-harap anda semua faham dan dapat aplikasikan teknik marmet ni dengan betul. Insha Allah semuanya akan jadi mudah dan lancar bila apa yang kita buat dtu betul caranya. Insha Allah.

P/S: Nak tahu bagaimana cara mempercepatkan penghasilan susu badan???
KLIK SINI.


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...