Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 5 February 2014

Panduan Membaca Label Pada Botol Vitamin

Salam mommies. Ok kali ni saya hanya nak berkongsi sedikit panduan membaca label yang ada pada botol vitamin/supplement. Pada saya panduan ini cukup penting untuk kita tahu serba sedikit tentang vitamin yang kita nak beli tu. Sebelum tu credit to owner anakkuwiraku.com di atas perkongsian beliau ni.

Panduan Membaca Label Pada Botol Vitamin
1) Multivitamin :
  • Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2) B-Complex :
  • Perlu ada 8B untuk dapatkan kesan yang terbaik.
  • Pastikan asid folik & biotin dibekalkan sekali.


3) Vitamin C :
  • Minima 500mg
  • Bersifat pelepasan masa - Sustained Release.
  • Membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
  • Telah diuji secara klinikal.


4) Vitamin E :
  • Pilih yang bersifat semulajadi (d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label. Untuk sumber tiruan ("l") atau sumber kimia ("dl") dan akan ditulis seperti ini ; (l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
  • Pilih Vitamin E yang ada selenium. Ini bermakna ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama, keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.


5) Kalsium :
  • Pilih supplement kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna.
  • Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.


Salam sayang,


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...