Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 5 February 2014

Cara Mendidik Anak Dalam Kandungan

Cara Mendidik Anak Dalam Kandungan

Walaupun islam telah lama menekankan tentang pendidikan awal yang bermula sejak bayi dalam kandungan lagi, tapi jarang di antara umat islam mengambil perhatian tentang perkara tersebut.


Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap pembentukan sifat dan jiwa anak-anak kelak. Pembentukan perasaan anak di dalam rahim ibu dipengaruhi oleh gelombang perasaan ibu yang diterima ketika anak berada dalam kandungan.

Menurut pakar psikologi islam, anak-anak yang tumbuh dari rahim ibu bapa yang suka bergaduh akan melahirkan watak-watak generasi yang suka bergaduh dan ganas. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menjaga perasaan mereka daripada dilnda kemarahan, kegelisahan, dan kesedihan sewaktu anak di dalam kandungan. Banyakkan berzikir, membaca al-Quran, bersedekah, solat sunat atau apa saja amalan yang mendatangkan kebaikan.

Kekuatan jiwa dan akal anak-anak itu juga ada kaitan dengan kekuatan jiwa dan akal ibu ketika mengandung. Nabi Ismail a.s telah lahir dari rahim Siti Hajar yang tabah menanggung ujian Allah. Nabi Isa a.s lahir dari rahim Siti Mariam yang suci. Nabi Muhammad s.a.w lahir dari rahim Siti Aminah yang sabar menanggung kesusahan hidup akibat kematian suami dan sebagainya. Hasilnya melahirkan anak-anak yang kuat jiwa, akal, dan jasmani.Demikian juga dengan anak-anak yang lemah jiwa dan akal, faktor utamanya bermula sejak ibu mereka mengandungkan mereka lagi.

Kesimpulannya ank-anak yang bakal dilahirkan, ada hubungan rapat dengan perkembangan sikap dan emosi ibu bapa sepanjang tempoh sembilan bulan nereka berada dalam kandungan. Semuanya memberi kesan terhadap anak-anak setelah mereka dilahirkan.

Antara impak daripada sikap ibu bapa terhadap anak:-

1) Ibu bapa sering bergaduh -------> Anak menjadi ganas dan baran.
2) Ibu bapa suka bersedekah ------> Hati anak lembut
3) Ibu bapa mengidam pelik -------> Petanda tidak baik terhadap sikap anak
4) Ibu mengawal emosi ------------> Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan
5) Ibu tidak meninggalkan solat ----> Anak mudah mendapat hidayah

Antara pendidikan yang boleh diamalkan semasa mengandung:-
  • Mengamalkan solat wajib dan sunat
  • Membaca al-Quran
  • Mengamalkan zikir
  • Membaca buku-buku ilmiah
  • Mendengar muzik yang tenang
  • Menjaga adab dan emosi
  • Berbual dengan anak dalam kandungan
  • Tidak tertekan dan stress
  • Makan makanan yang baik dari segi zahiriah dan batiniah
  • Lakukan kerja-kerja yang ringan di rumah sebagai senaman
  • Tidak bersifat dendam, dengki dan sebagainya
  • Sentiasa senyum
  • Sentiasa bersabar dalam segala hal
Sedikit sebanyak info yang boleh dijadikan panduan dan amalan bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Semoga selamat melahirkan bayi yang sihat dan soleh/solehah. Insha Allah. Amin.

Salam sayang,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...