Subscribe:

Blogger templates

Friday, 17 January 2014

Formula-formula kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit formula-formula kejayaan yang boleh di kongsi bersama. Semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan di bumi Allah swt. Insha Allah.

Formula-formula kejayaanBukanlah bermaksud untuk berdakwah..kerana diri saya juga masih sangat cetek ilmunya...sekadar perkongsian bersama. Yang mana sudi menjengah blog ini, alhamdulillah. Sama-sama ambil panduan ya.

Formula untuk mendapatkan KEMULIAAN adalah TAAT kepada Allah dan Rasul-Nya
♥ Formula untuk mendapat REZEKI adalah berusaha disertai ISTIGHFAR dan KETAKWAAN
♥ Formula untuk mendapatkan SYURGA ialah TAUHID
♥ Formula untuk mendapat IMAN adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluknya
♥ Formula untuk mendapat KEBAIKAN adalah KEJUJURAN
♥ Formula untuk mendapat HATI YANG HIDUP adalah MERENUNG al-Quran, BERDOA pada waktu malam dan MENINGGALKAN perbuatan dosa
♥ Formula untuk mendapat ILMU pengetahuan adalah BERTANYA dan MENYEMAK dengan baik
♥ Formula untuk mendapat PERTOLONGAN dan KEBERHASILAN adalah SABAR
♥ Formula untuk mendapat KEBAHAGIAAN adalah TAKWA
♥ Formula untuk bertambahnya NIKMAT Allah adalh BERSYUKUR
♥ Formula untuk mendapat PERASAAN RINDU akan akhirat adalah MENJAGA JARAK (ZUHUD) dengan dunia
♥ Formula untuk mendapat KEMAKBULAN harapan dan permintaan adalah BERDOA


Sumber: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia 

Salam penuh kasih sayang,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...