Subscribe:

Blogger templates

Friday, 24 January 2014

Ayat-ayat Cinta (Ayat Pengasih)

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan kesempatan untuk berkongsi sedikit lagi ilmu dengan anda semua. Insha Allah. Semoga sedikit sebanyak ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua dalam melayari bahtera rumah tangga dan sekaligus mendapatkan keredhaan Allah swt.
Ayat Pengasih

Kehidupan suami isteri kadangkala tidak selalunya indah...Malah ada pasang surutnya..Ada suka dan dukanya...Ujian dan cabaran silih berganti...Semua itu merupakan tanda Allah kasihkan kita...Allah menguji hamba-hamba yang dikehendaki-Nya...Dengan ujian dan cabaran itulah kita menjadi semakin matang..semakin cinta..semakin kasihkan pasangan masing-masing..Jika sedang diuji bersabarlah...redhalah...kerana setiap derita yang melanda akan dibalas segunung kurniaa dari Nya...percaya dan yakinlah pada Allah swt..

Kali ni saya sertakan sedikit ayat-ayat cinta yang boleh diamalkan bagi memupuk kasih sayang dan cinta yang berpanjangan dan berkekalan diantara suami isteri serta anak-anak..Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan zikir asmaul husna..

Ayat Cinta 1: Bacalah "Ya Hayyu Ya Qayyum" berulang kali ketika membasuh beras, mengacau air minuman dan memasak untuk santapan pasangan atau ahli keluarga yang lain. Insha Allah kasih sayang akan terus mekar mewangi.

Ayat Cinta 2: Bacalah surah al-Baqarah ayat 165. Setelah selesai membaca ayat ini, hembuskan pada kening pasangan atau anak-anak. Semoga kasih sayang dan cinta semakin utuh.

Ayat Cinta 3: Jadikan "Ya Rahman Ya Rahim" sebagai zikir harian kita. Baca selepas solat fardhu maghrib sehingga masuk waktu isyak sambil berdoa di dalam hati agar kasih sayang kita bersama pasangan dan anak-anak akan tetap subur dengan limpahan kasih Allah swt.

Ayat Cinta 4: Surah Ali Imran ayat 31. Ayat ini hendaklah selalu dibaca dan ditiupkan ke muka atau ubun-ubun pasangan ketika mereka sedang tidur. Semoga mereka akan terus mencintai kita. Insha Allah.

Ayat Cinta 5: Surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud " Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Kuasa". Ayat ini hendaklah dibaca dan ditupukan pada air minuman atau ubun-ubun pasangan serta anak-anak agar lembut hati mereka disamping taat dalam berkasih sayang.

Ayat Cinta 6: Berzikirlah "Ya Jaami" sekurang-kurangnya 10 kali atau 100 kali jika terasa rindu pada insan tersayang bagi yang tinggal berjauhan dan sudah lama tidak bertemu. Dengan izin Allah s.w.t mereka juga turut merindui kita serta akan pulang menemui kita. Insha Allah.

Ayat Cinta 7: Berzikirlah "Ya Waduud" sebanyak mungkin agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat dengan pasangan dan anak-anak akan segera dapat diatasi. Insha Allah, cinta dan kasih sayang juga akan tertanam di dalam hati.

Ayat Cinta 8: Surah Ali-Imran ayat 200 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu melawan musuhmu dan bersedia serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya". Ayat ini dibacakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, mentua, ipar-duai, dan sahabat handai.

Ayat Cinta 9: Surah al-Hasyr ayat 21-23. Bacalah ayat ini sebagai doa harian setiap kali selesai solat fardhu. Boleh juga dibacakan pada air untuk diminum seisi keluarga supaya ahli keluarga lembut hatinya dalam berkasih sayang. Insha Allah.

Ayat Cinta 10: Surah Ali Imran ayat 26. Ayat ini sangat sesuai dibaca slelsai solat fardhu dan dijadikan sebagai amalan harian. Ibu bapa yang membaca ayat ini akan selalu dikagumi, dikasihi, dan ditaati oleh anak-anak dan pasangan.

10 Ayat-ayat Cinta ini boleh dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian. Semoga ianya membawa 1001 kebaikan dalam melayari liku-liku kehidupan berumahtangga serta mendapat keredhaan Allah swt hendaknya. Insha Allah..Amin.

Salam sayang,
Ummi Riana

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...