Subscribe:

Blogger templates

Friday, 31 January 2014

Susu Semakin Hari Semakin Banyak..Badan Pun Terasa Ringan..

Salam mommies2 di luar sana. Hari ni saya nak share lagi keHEBATAN dan keBERKESANAN 2 milk-booster Shaklee ni. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang menggunakan produk keluaran Shaklee ni. Memang bijak pilihan anda. Shaklee terbukti Selamat dari bahan-bahan kimia yang merbahaya dan ianya selamat digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Malah ada doktor-doktor juga turut menyarankan pengambilan supplement keluaran Shaklee ni.

Jom kita tengok feedback customer saya ni.

Customer 1 - Puan Rokiah Yusof :
"Alhamdulillah sejak saya amalkan ESP+Alfalfa susu bertambah banyak...saya kurangkan doz coz susu cepat bengkak..badan pun terasa ringan..."
Esp dan Alfalfa

Customer 2 - Pn. Ieda Nor
" Thanks Alfalfa & Esp..Susu semakin hari semakin banyak dan pekat...Saya hepi baby kenyang..."

Esp dan Alfalfa

Nak info lanjut tentang ESP dan ALFALFA ni?
Klik SINI untuk ESP
dan SINI untuk ALFALFA

Sebarang pertanyaan boleh terus ke hp saya : 010-2314108
dan anda juga dijemput like fanpage saya : Cahayaimani untuk promosi dan tawaran harga runtuh untuk anda yang like page kami.




Salam sayang,

Wednesday, 29 January 2014

Get Clean Water Pitcher (Bekalan Air Bersih)

Bekalan air yang cukup untuk tubuh badan sememangnya sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Dalam sehari kita seharusnya minum sekurang-kurangnya 8 gelas air. Tetapi bagi ibu-ibu menyusu pula sangatlah digalakkan mengambil 2-3liter air sehari bagi memastikan penghasilan susu ibu tidak akan terjejas.

Tetapi yang menjadi persoalan bersihkah kandungan air yang kita minum tu? Tanpa kita sedari terlalu banyak bendasing yang terdapat dalam kandungan air tersebut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Mungkin akan ada yang bercakap " ala dari dulu minum air biasa kat rumah tu tak de masalah pun "...hurm..saya tak nafikan kerana saya sendiri pun minum air yang biasa kat rumah...tapi bila bekalan air kat rumah tersangat la kotor sehingga berubah warna dan rasanya saya jadi takut untuk masak dan minum tu. 

Jadi secara tak langsung ayah saya cari dan pasang filter dekat rumah. Anggaran harga lebih kurang Rm1k..Tak cukup dengan filter tu, abang saya pula tambah satu lagi penapis air dalam rumah yang harganya plus minus Rm2k..Banyaknya duit yang dibelanjakan hanya kerana inginkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian.

Tapi hari ini, kita dah boleh dapatkan bekalan air yang bersih dan selamat digunakan dengan harga bawah RM1K..Sangat jimat dan berbaloi..Satu lagi produk keluaran Shaklee yang TERBAIK di pasaran dan dapat menandingi jenama terkemuka yang lain.

Apa Itu GET CLEAN®  WATER?
Get Clean Water Pitcher (Bekalan Air Bersih)

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat. 
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- TIDAK MEMERLUKAN KUASA ELEKTRIK
• RINGAN & MUDAH dibawa
• Menjimatkan kos – TANPA PERLU DIMASAK

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Harga Biasa: RM460.00
Harga Kami : RM368.00 

Tak mampu nak beli? Ada tak yang nak kalau saya open kutu untuk water pitcher ni? Kalau ada boleh komen atau hubungi saya.

Call/SMS/Whatsapp : 010-2314108
Pm FB : Ummi Riana 
Like Fanpage : Cahaya imani untuk tawaran harga hebat.

Friday, 24 January 2014

Ayat-ayat Cinta (Ayat Pengasih)

Assalamualaikum...Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dan kesempatan untuk berkongsi sedikit lagi ilmu dengan anda semua. Insha Allah. Semoga sedikit sebanyak ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua dalam melayari bahtera rumah tangga dan sekaligus mendapatkan keredhaan Allah swt.
Ayat Pengasih

Kehidupan suami isteri kadangkala tidak selalunya indah...Malah ada pasang surutnya..Ada suka dan dukanya...Ujian dan cabaran silih berganti...Semua itu merupakan tanda Allah kasihkan kita...Allah menguji hamba-hamba yang dikehendaki-Nya...Dengan ujian dan cabaran itulah kita menjadi semakin matang..semakin cinta..semakin kasihkan pasangan masing-masing..Jika sedang diuji bersabarlah...redhalah...kerana setiap derita yang melanda akan dibalas segunung kurniaa dari Nya...percaya dan yakinlah pada Allah swt..

Kali ni saya sertakan sedikit ayat-ayat cinta yang boleh diamalkan bagi memupuk kasih sayang dan cinta yang berpanjangan dan berkekalan diantara suami isteri serta anak-anak..Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan zikir asmaul husna..

Ayat Cinta 1: Bacalah "Ya Hayyu Ya Qayyum" berulang kali ketika membasuh beras, mengacau air minuman dan memasak untuk santapan pasangan atau ahli keluarga yang lain. Insha Allah kasih sayang akan terus mekar mewangi.

Ayat Cinta 2: Bacalah surah al-Baqarah ayat 165. Setelah selesai membaca ayat ini, hembuskan pada kening pasangan atau anak-anak. Semoga kasih sayang dan cinta semakin utuh.

Ayat Cinta 3: Jadikan "Ya Rahman Ya Rahim" sebagai zikir harian kita. Baca selepas solat fardhu maghrib sehingga masuk waktu isyak sambil berdoa di dalam hati agar kasih sayang kita bersama pasangan dan anak-anak akan tetap subur dengan limpahan kasih Allah swt.

Ayat Cinta 4: Surah Ali Imran ayat 31. Ayat ini hendaklah selalu dibaca dan ditiupkan ke muka atau ubun-ubun pasangan ketika mereka sedang tidur. Semoga mereka akan terus mencintai kita. Insha Allah.

Ayat Cinta 5: Surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud " Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Kuasa". Ayat ini hendaklah dibaca dan ditupukan pada air minuman atau ubun-ubun pasangan serta anak-anak agar lembut hati mereka disamping taat dalam berkasih sayang.

Ayat Cinta 6: Berzikirlah "Ya Jaami" sekurang-kurangnya 10 kali atau 100 kali jika terasa rindu pada insan tersayang bagi yang tinggal berjauhan dan sudah lama tidak bertemu. Dengan izin Allah s.w.t mereka juga turut merindui kita serta akan pulang menemui kita. Insha Allah.

Ayat Cinta 7: Berzikirlah "Ya Waduud" sebanyak mungkin agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat dengan pasangan dan anak-anak akan segera dapat diatasi. Insha Allah, cinta dan kasih sayang juga akan tertanam di dalam hati.

Ayat Cinta 8: Surah Ali-Imran ayat 200 yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu melawan musuhmu dan bersedia serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya". Ayat ini dibacakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, mentua, ipar-duai, dan sahabat handai.

Ayat Cinta 9: Surah al-Hasyr ayat 21-23. Bacalah ayat ini sebagai doa harian setiap kali selesai solat fardhu. Boleh juga dibacakan pada air untuk diminum seisi keluarga supaya ahli keluarga lembut hatinya dalam berkasih sayang. Insha Allah.

Ayat Cinta 10: Surah Ali Imran ayat 26. Ayat ini sangat sesuai dibaca slelsai solat fardhu dan dijadikan sebagai amalan harian. Ibu bapa yang membaca ayat ini akan selalu dikagumi, dikasihi, dan ditaati oleh anak-anak dan pasangan.

10 Ayat-ayat Cinta ini boleh dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian. Semoga ianya membawa 1001 kebaikan dalam melayari liku-liku kehidupan berumahtangga serta mendapat keredhaan Allah swt hendaknya. Insha Allah..Amin.

Salam sayang,
Ummi Riana

Friday, 17 January 2014

Formula-formula kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit formula-formula kejayaan yang boleh di kongsi bersama. Semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan di bumi Allah swt. Insha Allah.

Formula-formula kejayaanBukanlah bermaksud untuk berdakwah..kerana diri saya juga masih sangat cetek ilmunya...sekadar perkongsian bersama. Yang mana sudi menjengah blog ini, alhamdulillah. Sama-sama ambil panduan ya.

Formula untuk mendapatkan KEMULIAAN adalah TAAT kepada Allah dan Rasul-Nya
♥ Formula untuk mendapat REZEKI adalah berusaha disertai ISTIGHFAR dan KETAKWAAN
♥ Formula untuk mendapatkan SYURGA ialah TAUHID
♥ Formula untuk mendapat IMAN adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluknya
♥ Formula untuk mendapat KEBAIKAN adalah KEJUJURAN
♥ Formula untuk mendapat HATI YANG HIDUP adalah MERENUNG al-Quran, BERDOA pada waktu malam dan MENINGGALKAN perbuatan dosa
♥ Formula untuk mendapat ILMU pengetahuan adalah BERTANYA dan MENYEMAK dengan baik
♥ Formula untuk mendapat PERTOLONGAN dan KEBERHASILAN adalah SABAR
♥ Formula untuk mendapat KEBAHAGIAAN adalah TAKWA
♥ Formula untuk bertambahnya NIKMAT Allah adalh BERSYUKUR
♥ Formula untuk mendapat PERASAAN RINDU akan akhirat adalah MENJAGA JARAK (ZUHUD) dengan dunia
♥ Formula untuk mendapat KEMAKBULAN harapan dan permintaan adalah BERDOA


Sumber: Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia 

Salam penuh kasih sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...