Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 27 November 2013

Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.



Secara klinikalnya ia sangat membantu dalam menangani masalah-masalah seperti berikut:-
  • melegakan senak perut
  • membantu penghadaman
  • mabuk laut/darat
  • melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • melegakan sakit ketika period
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung
  • membuang angin dalam badan/sendawa
  • menyamankan perut
  • membantu masalah kencing tidak lawas

Manfaat utama 4 herba yang terkandung di dalamnya ialah:

PUDINA 

1) Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.  

2) Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.

3) Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

4) Merangsang pengeluaran peluh.

5) Sifat sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA

1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .

2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak ( semasa pantang).

4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

POKOK ADAS (fennal)

1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)

1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.  

2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

REKOMENDASI

Untuk membantu penghadaman : 3 biji selepas makan

Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum

Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. ( Kawan-kawan boleh juga larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)

Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Kemam 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN


Call / Whatsapp di 010-2314108
Add FB saya Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
Like fanpage Cahayaimani untuk dapatkan TAWARAN HARGA HEBAT

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Friday, 15 November 2013

Set Penyusuan Budjet Shaklee

Set Penyusuan Budjet Shaklee
Terdapat 4 set penyusuan Shaklee. Namun bukan semua ibu mampu mendapatkan Set Penyusuan Terbaik Shaklee. Ada yang menghadapi masalah kewangan tapi dalam masa yang sama susu merudum pula. Jadi
jangan bimbang. Bagi anda yang menghadapi masalah susu merundum, namun budjet agak rendah anda boleh mencuba Set Penyusuan Budjet Shaklee iaitu Set B.

Terdapat 4 Supplement yang terkandung dalam Set B ini. Iaitu:-
  • Alfalfa - Bertindak sebagai milkbooster untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.
  • B Complex - Bertindak sebagai penenang dan mengurangkan stress ibu.
  • Vita C - Membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi. Ia juga bagus untuk mencantikkan kulit.
  • Vitalea - Membantu memelihara kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh dan membantu mengurangkan masalah cepat letih.

Walaupun set ini ada 4 supplement tapi harganya sangat berpatutan. Sangat budjet dan dijamin anda mampu milikinya. Dan kesannya sangat mengagumkan. Dengan SYARAT, ANDA MESTI PAM SUSU SECARA KONSISTEN  dan MINUM AIR KOSONG 3-4L sehari. Jom tengok testimoni pengguna.

Testimoni 1 Set Penyusuan Budjet Shaklee


Testimoni ke-2 Set Penyusuan Budjet Shaklee


Testimoni ke-3 Set Penyusuan Budjet Shaklee


Alhamdulillah. Testimoni ibu-ibu ini menunjukkan mereka berjaya menyimpan stok susu yang banyak untuk si manja mereka dengan hanya menggunakan Set Penyusuan Budjet Shaklee. Best kan?

Kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan dan budjet terhad, jangan segan hubungi saya untuk mengetahui harga paling budjet ini. Semestinya terbaik untuk pembaca cahayaimani.com sahaja. 

Untuk mencuba set ini, sila hubungi saya di:-

Call/Sms/Whatsapp : 010-2314108
Add FB saya : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
Like Fanpage saya : Cahayaimani untuk dapatkan DISKAUN HEBAT dan Info percuma


Tuesday, 12 November 2013

I Jatuh Cinta Dengan Shaklee U!!

Tak Kenal Maka Tak Cinta..Begitulah kata orang. Dulu sebelum kenal produk ni fikir jugak keberkesanannya. Skali dah cuba, wah terus i jd ahli u...hehe..Walaupun Shaklee ni dh meluas tapi masih ada yang tak tau tentang Shaklee ni. Sekadar dengar orang sebut Shaklee best, Shaklee bagus, Shaklee selamat, Shaklee itu, Shaklee ini....Tapi masih ramai yang belum betul-betul kenal dengan Shaklee ni...Jadi untuk itu, saya ulaskan serba sedikit info yang mungkin membuatkan anda jatuh cinta pulak lepas ni..Siapa tahu kan?

1) Adakah produk keluaran Shaklee in selamat digunakan dan mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ya, Shaklee selamat digunakan. Ia berasakan bahan semulajadi dan yang pastinya tiada pewarna dan perisa tiruan tanpa kehadiran silica gel. Halal dan diyakini serta mendapat kelulusan KKM.

2) Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?

Alhamdulillah ramai yang memberi feed back sangat berpuas hati. Malah ramai yang cuba memanjangkan dan berkongsi ilmu dengan ibu-ibu yang lain di luar sana. Namun penggunaan produk ini tentu akan lebih nampak ketara jika perkara-perkara berikut dilakukan dengan istiqamah:

i- Susukan bayi sekerap yang mungkin atau pam susu secara konsiten. Pam susu hanya ketika payudara bengkak adalah amalan yg tidak betul. Pastikan pam payudara sehingga rasa kosong untuk mengelak berlakunya bengkak susu atau clog duct. Kalau nak payudara cepat rasa penuh amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi mereka yang mengamalkan supplement.

ii- Disiplinkn diri mengambil air dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari. Cuba sediakan indicator supaya senang nak budjet berapa banyak air kita dah ambil. Ramai customer mengadu susu pekat tapi susu tetap sikit. Kalau tak minum banyak dan pam tak konsisten memang takkan nampak impak yang hebat.

iii- Berdoa dan mintalah padanya. Berdoa bukanlah hanya menadah tangan tanpa apa-apa usaha. Malah doa perlulah seiring dengan doa. Insha Allah akan nampak hasilnya. Disamping menjaga amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada-Nya. Contohnya membaca surah Al-Waqiah, berzikir memuji kebesaran-Nya, bersedekah, berbuat baik sesama manusia. Dan yang penting yakin dengan Allah. Kerana Dialah yang Maha Pemurah, Maha Pemberi. Mintalah, nescaya Allah akan memperkenankan.

3) Adakah trial pack untuk percubaan?

Trial pack sentiasa ada selagi ada permintaan. Insha Allah.

4) Bagaimana cara saya dapat membeli dengan harga ahli atau perlu jadi ahli dahulu?

Anda semua boleh membuat pembelian dengan menggunakan ID 923991 dan tidak perlu menjadi ahli untuk mendapatkan harga ahli. Tetapi sekiranya anda ingin berkongsi kebaikan Shaklee dengan keluarga, kawan-kawan dan saudara-mara anda serta mencari peluang mendapatkan pendapatan sampingan, boleh hubungi saya secara peribadi untuk mendapatkan konsultasi dan bimbingan. Insha Allah saya akan bantu anda.


  Best regards,

Wednesday, 6 November 2013

10 Pilihan Cara Simpan Susu Perahan



Terlebih dahulu credit to pama.karangkraf.com coz ulaskan tentang penyimpanan susu ibu ni. Ilmu ini saya panjangkan di sini untuk kita sama-sama manfaatkannya. Insha Allah.
Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
  1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
  2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
  4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
  5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
  6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
  8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
  9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
  10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.


Salam Sayang,

Friday, 1 November 2013

7 Panduan Dari Al-Quran (Mencari Rezeki Yang Berkat)

7 Panduan Dari Al-Quran (Mencari Rezeki Yang Berkat)
Dalam soal mencari rezeki, apa yang perlu diberi perhatian ialah KEBERKATAN. Sebab apa saya katakan keberkatan sangat penting? Kerana jika kita dilimpahkan rezeki yang banyak dan berlipat ganda sekalipun tetapi tidak mendapat keberkatan pasti pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian sehingga hati tidak pernah merasa tenang dan sentiasa gelisah.

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, anak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Kalau selalu sangat Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.

Cuba kita sama-sama renungkan panduan daripada Al-Quran sebagai salah satu cara dan ikhtiar untuk kita memperbetulkan diri dan tingkah laku supaya setiap titik rezeki yang dikurniakan-Nya mendapat keberkatan. Insha Allah.

1) "Barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)".
( Surah at-Thalaq : ayat 3 )

2) "Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya."
( Surah Saba' : ayat 39)

3) "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
( Surah Ibrahim : ayat 7 )

4) "Tetapi mereka telah mendustakan (tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan".
( Surah Al-A'raf : ayat 96 )

5) "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa".
( Surah Thahaa : ayat 132 )

6) "(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepada-Nya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa".
( Surah Huud : ayat 52 )

7) "Dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui".
( Surah An-nur : ayat 32 )

Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1) Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2) Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.  

3) Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4) Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekati kita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita. 

5) Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagaikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pulangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6) Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayangan guru dan rakan.

7) Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.


Kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian. Dalam semua peristiwa yang diciptakan-Nya, Allah menyembunyikan banyak rahsia, hikmah, keberkatan dan berbagai-bagai cubaan. Hanya Dia yang mengetahui. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya kecuali dikehendaki Allah.

Renung-renugkan dan selamat beramal!!

Sumber:
http://www.tengkuasmadi.com/1/post/2011/08/jaga-keberkatan-rezeki.html
Petikan daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki


Salam sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...