Subscribe:

Blogger templates

Friday, 1 November 2013

7 Panduan Dari Al-Quran (Mencari Rezeki Yang Berkat)

7 Panduan Dari Al-Quran (Mencari Rezeki Yang Berkat)
Dalam soal mencari rezeki, apa yang perlu diberi perhatian ialah KEBERKATAN. Sebab apa saya katakan keberkatan sangat penting? Kerana jika kita dilimpahkan rezeki yang banyak dan berlipat ganda sekalipun tetapi tidak mendapat keberkatan pasti pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian sehingga hati tidak pernah merasa tenang dan sentiasa gelisah.

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, anak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Kalau selalu sangat Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.

Cuba kita sama-sama renungkan panduan daripada Al-Quran sebagai salah satu cara dan ikhtiar untuk kita memperbetulkan diri dan tingkah laku supaya setiap titik rezeki yang dikurniakan-Nya mendapat keberkatan. Insha Allah.

1) "Barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)".
( Surah at-Thalaq : ayat 3 )

2) "Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya."
( Surah Saba' : ayat 39)

3) "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
( Surah Ibrahim : ayat 7 )

4) "Tetapi mereka telah mendustakan (tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan".
( Surah Al-A'raf : ayat 96 )

5) "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa".
( Surah Thahaa : ayat 132 )

6) "(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepada-Nya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa".
( Surah Huud : ayat 52 )

7) "Dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui".
( Surah An-nur : ayat 32 )

Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1) Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2) Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.  

3) Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4) Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekati kita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita. 

5) Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagaikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pulangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6) Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayangan guru dan rakan.

7) Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.


Kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian. Dalam semua peristiwa yang diciptakan-Nya, Allah menyembunyikan banyak rahsia, hikmah, keberkatan dan berbagai-bagai cubaan. Hanya Dia yang mengetahui. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya kecuali dikehendaki Allah.

Renung-renugkan dan selamat beramal!!

Sumber:
http://www.tengkuasmadi.com/1/post/2011/08/jaga-keberkatan-rezeki.html
Petikan daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki


Salam sayang,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...