Subscribe:

Blogger templates

Tuesday, 29 October 2013

Gejala Semasa Mengandung

Gejala Semasa Mengandung
Melalui fasa kehamilan memang menyeronokkan tetapi ada banyak ketidakselesaan yang menanti saat melangkah ke trimester ketiga kehamilan. Ini bermakna anda semakin menghampiri garisan penamat sebuah kehamilan dan bakal memasuki fasa baru kehidupan.

Antara ketidakselesaan yang kerap kali mengganggu wanita hamil pada trimester ketiga adalah seperti berikut:

1. Keletihan otot perut dan kegatalan kulit. Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligament di bahagian tersebut.
2. Sakit kepala dan sakit belakang. Dapatkan rehat yang secukupnya terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.
3. Kepanasan melampau. Ia memang lumrah berlaku pada wanita hamil kerana tindak balas normal pada metabolik.
4. Lelehan payu dara. Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payu dara ketika ini.
5. Sukarnya tidur lena. Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.
6. Kekejangan kaki kerap berlaku terutama di waktu malam apabila anda tidak mahu diganggu.
7. Hidung tersumbat. Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung tersumbat atau berdarah.
8. Sesak nafas yang disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru-paru.
9. Buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum.
10. Lelehan air kencing. Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar sewaktu anda ketawa, batuk atau bersin. Lakukan senaman lantai pelvik.


Sumber:Pa&Ma

  Best regards,

Wednesday, 23 October 2013

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee
Alhamdulillah, kini produk yang ditunggu-tunggu dah kembali. Hot selling betul Vitamin C Shaklee ni. Stock Vitamin C ni sangat terhad. Jadi jangan tunggu lagi. Order sekarang sementara stock masih ada.

Bagi yang tak pernah mencuba vitamin c ini, saya terangkan sedikit manfaat utamanya ok.

Manfaat Utama

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Apa Perbezaan Vita C Shaklee dengan Vita C lain?
  • Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.
  •  Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  •  Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.
  •  Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )

 Siapa yang memerlukan Vita C?
  • Sesiapa yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Ibu/wanita yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Golongan  yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Sesiapa yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan  dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.  

Ok. Kalau sape rasa nak cantikss, glowing, yang ada masalah resdung, kerap selsema dan demam cuba amalkan vita C ni. Insha Allah sangat membantu mengatasi masalah anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di:-
No. fon : 010-2314108
Emel : julizaimani@gmail.com
Fanpage : Cahayaimani



Salam Sayang,

Monday, 14 October 2013

Supplement Ibarat Baja



Adakah pengambilan supplement penyusuan sudah cukup untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah?

Supplement itu ibarat baja pada si ibu. Cara pemakanan hari ini menjurus kepada makanan segera yang tidak banyak membekalkan sumber vitamin yang diperlukan oleh badan kecuali trans fat yang hanya akan memudaratkan di kemudian hari. Pengambilan supplement ini lebih kepada si ibu supaya bertenaga, sihat, emosi yang stabil, dan tidak terlalu letih bagi ibu-ibu bekerjaya. Jika tubuh badan serta emosi si ibu sihat dan stabil maka penghasilan susu itu berjalan dengan lebih lancar.

Maka jika si ibu mengambil keputusan untuk menyusukan anakknya dan mengambil supplement, si ibu perlu pastikan:-

  1.   Jadual pam yang konsisten supaya susu ibu terus dapat dihasilkan.
  2. Peng ambilan air putih yang mencukupi sangatlah penting bagi memastikan penghasilan susu ibu lebih lancar.

    Si ibu juga mestilah memahami konsep penyusuan susu ibu, iaitu:
  •  Lebih kerap menyusukan bayi atau mengepam maka lebih banyak susu ibu akan terhasil
  • Penjagaan makan yang seimbang dan pengambilan air yang secukupnya adalah sangat penting
  • Hormon prolaktin dan oksitosin sangat berkait rapat dengan penghasilan susu ibu
  • Penyusuan susu ibu bukan hanya berkisarkan tentang susu ibu semata-mata malah hubungan antara si ibu dengan si manjanya.

Harus diiingat, supplement ini hanyalah penggalak atau pemangkin, rezeki itu dari Allah. Dan Alhamdulillah, sehingga hari ini my riana masih dapat menyusu susu ibu berkat pengambilan supplement secara konsisten disamping doa dan harapan saya pada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki untuk si manja saya. Supplement ini part of usaha ya. Selebihnya letakkan harapan pada Allah. Yakinlah Allah Maha Pemurah.

Salam sayang dari ummi Riana.


*transfat = nama umum sejenis lemak
*hormon prolaktin = hormon penting yang merangsang kelenjar susu untuk memproduksi susu
*hormon oksitosin = hormon yang membantu pengecutan rahim ke ukuran normal ketika menyusukan bayi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...