Subscribe:

Blogger templates

Monday, 9 September 2013

Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?

Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?
Pernah tak kita terfikir dan tertanya-tanya kenapa doa kita tak dimakbulkan? Padahal kita meminta dan berdoa setiap hari, namun masih tiada kesan.  Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon. Sebagaimana firmannya 

....Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)

Sesungguhnya doa yang tidak mustajab berpunca daripada hati yang kotor. Dosa dan kemungkaran yang kita lakukan telah menggelapkan hati lantas menghijab doa daripada diperkenankan.

Mengikut Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi yang masyur beliau mengatakan bahawa terdapat sepuluh sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh-Nya.

  1. Kita mengenal Allah S.W.T tetapi tidak menunaikan perintah-Nya.
  2. Kita mengaku cinta kepada Nabi s.a.w tetapi tidak mengikut sunnah baginda.
  3. Kita membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.
  4. Kita mendapat nikmat daripada Allah S.W.T tetapi tidak mensyukurinya.
  5. Kita mengaku syaitan itu musuh utama tetapi kita sering melakukan kejahatan.
  6. Kita mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
  7. Kita mengatakan neraka itu juga benar tetapi kita tetap melakukan maksiat seolah-olah tidak takut dengan azab pedih dari-Nya.
  8. Kita sering mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain tetapi tidak menyedari akan kesilapan serta kekhilafan sendiri.
  9. Kita yakin bahawa mati itu pasti tetapi tidak menyediakan bekal amalan yang cukup untuk menghadapinya.
  10. Kita menghantar jenazah ke liang lahad lalu mengebumikannya tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan mensucikan hati dengan taubat nasuha. Kembalilah ke jalan yang benar dan diredhai. Semoga Allah S.W.T akan mendegar rayuan serta menunaikan permintaan kita. Insha Allah.

Doa seorang hamba mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah S.W.T . Manakala dosa dan maksiat hanya akan menjauhkan kita daripada mengingati-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam. Sekiranya dia bertaubat akan terhakislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” –HR Ibnu Majah.



  Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...