Subscribe:

Blogger templates

Thursday, 19 September 2013

Teknik Terbaik Memerah Susu


Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu yang terbaik untuk mengumpul stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam tidak banyak, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). 

Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 10 haribulan dan 11 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.
  
Memerah dengan tangan

  • Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa 
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri mengikut keselesaan
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks 
  • Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar
  • Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara
  • Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • Tukar ke payudara yang satu lagi
  • Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara 

Teknik Terbaik Memerah Susu

 Memerah dengan Menggunakan Pam

  • Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • Basuh tangan dengan bersih
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu) 

Panduan-Panduan Lain

  • Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  • Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  • Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  • Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  • Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  • Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


Credit to Mommyiskandar



  Best regards,

Friday, 13 September 2013

Perlukah Amalan Bertungku Selepas Melahirkan?

Perlukah Amalan Bertungku Selepas Melahirkan?
Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita yang baru bersalin. Walaupun tempoh berpantang selama 44 hari itu adalah satu tempoh masa yang amat menguji kesabaran, sebilangan besar wanita masih lagi tekun dan rela mengikut tradisi ini. Salah satu amalan yang sering diamalkan semasa dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi adalah bertungku. Adakah bertungku ini perlu dilakukan atau ianya hanya sekadar tradisi yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Jika ia perlu apa tujuan sebenarnya bertungku ini?

Sebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, bagi ibu-ibu yang baru melalui proses melahirkan sangat digalakkan untuk bertungku. Jom tengok apa tujuan sebenar amalan bertungku ini.

❤ Tujuan bertungku:-

  • Mengecutkan rahim
  • Mengeluarkan darah beku dan melancarkan perjalanan darah
  • Memecahkan lemak
  • Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
  • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
  • Membuang angin
  • Memanaskan badan ibu

❤ Bahagian yang perlu ditungku:-

  • Bahagian peranakan supaya dapat mengecutkan peranakan yang mengembang sewaktu mengandung
  • Sekitar buah dada supaya darah dapat mengalir dengan baik dan membolehkan air susu keluar dengan lancar
  • Bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian ulu hati dan perut
  • Bahagian tengkuk untuk memulihkan aliran darah di bahagian kepala dan leher
  • Bahagian betis, peha, punggung, pinggang,pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang selepas mandi. Tetapi boleh juga bertungku sekiranya ibu terasa badan sejuk-sejuk atau berasa tidak selesa akibat perjalanan darah yang tidak lancar. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah sehingga luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku. 

Dapatkan set berpantang dengan harga yang berpatutan dari Shaklee. Selain membantu anda berpantang dengan sihat dan bertenaga, luka bersalin juga cepat sembuh. Insha Allah.


Best regards,
tel: 010-2314108
emel: julizaimani@gmail.com
fb: Ummi Riana

Monday, 9 September 2013

Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Salam dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu diluahkan lagi. Tengok je tajuk tu pun dah tau kan. Syukur kerana Allah memakbulkan doa dan permintaan hamba-hamba-Nya yang inginkan zuriat. Berkat kesabaran dan usaha mereka akhirnya berjaya hamil dengan set kesuburan ini. Semuanya ketentuan Yang Maha Esa. Ikuti testimoni pengguna set ini ya.

Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Bagi kawan-kawan dan pengguna set ini yang masih belum hamil jangan cepat berputus asa. Jangan la terus tak nak ambil dah set ni ye. Kadang-kadang ada di antara kita yang kurang sabar kn? Bila makan habis sebotol tapi masih belum ada hasilnya dah terus give up..Jangan macam tu ye..Sabar la dulu..Mungkin Allah lambatkan sedikit rezeki kita untuk dapat cahaya mata. Apa yang penting sabar, usaha dan doa. Insha Allah, pasti berhasil. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

Call/Whatsapp : 010-2314108
Add Fb saya : Ummi Riana untuk chatting secara terus dengan saya
Like Fanpage : Cahayaimani untuk dapatkan tawaran harga yang berpatutan


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?

Mengapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan?
Pernah tak kita terfikir dan tertanya-tanya kenapa doa kita tak dimakbulkan? Padahal kita meminta dan berdoa setiap hari, namun masih tiada kesan.  Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon. Sebagaimana firmannya 

....Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)

Sesungguhnya doa yang tidak mustajab berpunca daripada hati yang kotor. Dosa dan kemungkaran yang kita lakukan telah menggelapkan hati lantas menghijab doa daripada diperkenankan.

Mengikut Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi yang masyur beliau mengatakan bahawa terdapat sepuluh sebab mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh-Nya.

  1. Kita mengenal Allah S.W.T tetapi tidak menunaikan perintah-Nya.
  2. Kita mengaku cinta kepada Nabi s.a.w tetapi tidak mengikut sunnah baginda.
  3. Kita membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.
  4. Kita mendapat nikmat daripada Allah S.W.T tetapi tidak mensyukurinya.
  5. Kita mengaku syaitan itu musuh utama tetapi kita sering melakukan kejahatan.
  6. Kita mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
  7. Kita mengatakan neraka itu juga benar tetapi kita tetap melakukan maksiat seolah-olah tidak takut dengan azab pedih dari-Nya.
  8. Kita sering mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain tetapi tidak menyedari akan kesilapan serta kekhilafan sendiri.
  9. Kita yakin bahawa mati itu pasti tetapi tidak menyediakan bekal amalan yang cukup untuk menghadapinya.
  10. Kita menghantar jenazah ke liang lahad lalu mengebumikannya tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan mensucikan hati dengan taubat nasuha. Kembalilah ke jalan yang benar dan diredhai. Semoga Allah S.W.T akan mendegar rayuan serta menunaikan permintaan kita. Insha Allah.

Doa seorang hamba mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah S.W.T . Manakala dosa dan maksiat hanya akan menjauhkan kita daripada mengingati-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam. Sekiranya dia bertaubat akan terhakislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” –HR Ibnu Majah.



  Best regards,

Wednesday, 4 September 2013

Dari 6oz Sekarang 18oz

Berikut merupakan testimoni dari pengguna Breastfeeding Set Shaklee yang berjaya membuat stok EBM untuk anaknya. Macam tak percaya je kan dari 6oz boleh dapat 18oz..Hehe..Alhamdulillah.

Kata Puan Nadia di awal kelahiran bayi  memang biasalah susu tak keluar, selepas berusaha dengan pengambilan set ini, beliau berjaya menyimpan stok untuk si manjanya. 
Dari 6oz sekarang 18oz

Dan ini pula dari Puan Shafaf. Tengok saja gambarnya. Banyakkan stok EBM beliau. Alhamdulillah.Tumpang gembira dengan kejayaan beliau.

Dari 6oz sekarang 18oz
Mereka dah berjaya. Anda bila lagi? Keluarkan modal sikit untuk hasil yang berbaloi2. Tak rugi kan. Siapa kata set ni mahal? Sangat mampu untuk dimiliki. Tak percaya???Hubungi saya untuk harganya ya..

Call / Whatsapp di 010-2314108
Add FB saya Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
Like fanpage Cahayaimani untuk dapatkan TAWARAN HARGA HEBAT

 

Tuesday, 3 September 2013

9 Cara Hindari Kelahiran Songsang

9 Cara Hindari Kelahiran Songsang

Ada sesetengah bayi yang berada dalam kedudukan songsang di dalam rahim ibu. Keadaan ini tidak perlu dibimbangi jika masih berada pada peringkat awal kehamilan. Kedudukan bayi songsang itu lazimya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan iaitu antara minggu ke-28 hingga minggu ke-32. Ikuti 9 cara hindari kelahiran songsang di bawah.


Untuk makluman anda, kelahiran songsang akan berlaku sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan normal dan ia amat berisiko. Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui tetapi ia sering kali dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah:

  • Rahim sudah bersifat anjal akibat kekerapan kelahiran
  • Saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul anda
  • Pernah melahirkan bayi pra-matang di kelahiran terdahulu
  • Kekurangan air ketuban
  • Bentuk rahim yang tidak normal
  • Mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan pintu rahim
  • Hamil kembar di mana berkemungkinan salah seorang bayi songsang dan mungkin juga kedua-duanya kerana mereka berebut untuk berada di kedudukan yang sepatutnya.


Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di atas pelvis anda (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. Terdapat prosedur perubatan yang dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang ini yang di sebut External Cephalic Version (ECV). 

Prosedur ini biasanya dilakukan pada minggu ke-36 hingga ke-37 usia kandungan. Jika ia dilakukan terlalu awal dikhuatiri kedudukan bayi akan kembali songsang dan jika terlalu lambat akan berlaku kesukaran kerana air ketuban telah berkurangan.

Peratusan kejayaan ECV adalah 50%. Walaupun begitu, tidak semua wanita hamil yang mengalami masalah bayi songsang boleh menjalani prosedur ini. Antaranya ialah air ketuban disahkan berkurangan dan pernah menjalani kelahiran secara caesarean sebelum ini.

Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan bayi songsang ini selamat, tetapi masih ada risiko yang mungkin timbul. Antaranya ialah kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecedraan rahim. Disebabkan itulah ramai doktor kurang bersetuju untuk melakukan prosedur ECV ini.

Di bawah terdapat 9 cara yang boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri di rumah. Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda memperbetulkan kembali kedudukan bayi kepada kedudukan yang normal. Insha Allah. Selamat mencuba.

1) Merangkak
  • Luangkan lebih banyak masa berada dalam posisi seperti merangkak. Berada dalam posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Cuba ambil sedikit masa untuk lakukannya setiap hari.
2) Kaedah panas-sejuk
  • Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah pula letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi akan lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.
3) Pek ais
  • Letakkan pek ais di atas perut. Lapik perut anda terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
4) Berendam di kolam renang
  • Konsepnya sama seperti penggunaan pek ais. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.
5) Menyanyi & bercakap
  • Rakamkan suara ibu menyanyi atau bercakap kepada bayi. Pasangkan berulang kali rakaman tersebut menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.
6) Senaman tilt position
  • Kaedah senaman ini sama seperti ketika anda sedang sujud di dalam solat. Oleh itu, ketika melakukan sujud anda sangat digalakkan melakukannya lebih lama daripada biasa. Disamping itu bolehlah berdoa pada Allah S.W.T agar bayi kembali berada pada kedudukan normal. Menurut pendapat pakar, lakukanlah lebih kurang 20 minit sehari kerana kaedah ini akan membantu kedudukan kepala bayi turun ke bahagian yang sepatutnya.
7)  Lampu suluh
  • Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan  normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya adalah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.
8) Pujukan
  • Berbual-buallah dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada pada kedudukan yang betul.
9) Doa
  • Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat supaya bayi berada di kedudukan normal dan anda boleh melahirkan tanpa komplikasi kelahiran yang lainnya.
Suka saya ingatkan di sini semuanya adalah ketentuan dan izin dari-Nya. Sebagai hambanya kita haruslah berusaha dan yakinlah dengan ketetapan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Semoga ibu-ibu semua selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat.                          


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...