Subscribe:

Blogger templates

Friday, 16 August 2013

Cara Merawat Jaundis



Cara Merawat Jaundis

Jaundis dikalangan bayi yang baru lahir merupakan perkara yang biasa berlaku. Tapi tahukah anda apakah punca dan cara merawat jaundis ini. Adakah jaundis berbahaya bagi bayi anda?


Lazimnya jaundis dapat dikesan dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan. 50% bayi yang cukup bulan dilahirkan mengalami jaundis dan akan hilang dalam tempoh satu minggu. Manakala 80% bayi tidak cukup bulan mengalami jaundis dan biasanya akan hilang dalam tempoh 2 bulan selepas kelahiran.  Biarpun jaundis merupakan satu penyakit biasa dikalangan bayi tetapi ianya boleh menjejaskan kesihatan bayi. Bagi jaundis yang teruk, bayi berkemungkinan boleh mengalami kerosakan otak dan menjadi pekak sekiranya tidak ditangani dengan cara yang betul.

Apakah Puncanya?

Punca berlakunya jaundis ini adalah kerana kehadiran bilirubin yang berlebihan dalam darahnya. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya jaundis tidak akan berlaku sekiranya bilirubin dapat dinyahkan dengan lebih cepat daripada penghasilannya. Jaundis berlaku apabila pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati.

Apabila tahap bilirubin berlebihan, bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan akan menyebabkan kulit menjadi kuning.

Bagaimana Merawat Jaundis?

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor  akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 

Bagi ibu yang menyusu, susukan bayi sekerap yang mungkin tanpa memberikan bayi cecair lain seperti susu formula atau air kerana penyusuan yang kerap akan memulihkan jaundis.Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu untuk menyusukannya.

Sekiranya anda ada masalah penyusuan, boleh rujuk sini untuk panduan.

Cara Mudah Mengesan Jaundis

Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda, jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, bawalah bayi anda untuk rawatan selanjutnya.
Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah.

Jka bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 

Semoga info ini sedikit sebanyak membantu anda.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...