Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 3 July 2013

Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-kanak

Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-kanak

Salam penuh kasih sayang. Malam ni terasa nak share berkenaan sembelit di kalangan baby dan kanak-kanak. Disebabkan anak saya baru masuk fasa baru iaitu fasa makan makanan pejal. Hehe, so kerap la hadapi masalah baby 2,3 hari tak membuang. Ada yang cakap bila anak dah start makan mesti kena membuang hari-hari. Tapi anak saya tak pulak tiap2 hari membuang. So untuk lebih kepastian google la masalah ni. Sampai la terjumpa blog Doktor Zubaidi ni. Jadi terlebih rajin saya pun update la blog yang dah tak berapa banyak info-info terbaru ni disebabkan kesuntukan masa. Hehehe..Jom kita baca dan fahami.


Info pertama ialah sembelit bukan lah penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. Malah jika 3 hari sekali pun masih dikira normal jika bayi atau kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit. Apa tanda-tandanya ya??

Antara tanda tersebut ialah:-

  • Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar. 
  • Kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu kesakitan dan kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. 
  • Najis mereka akan kelihatan keras, kering, dan berbiji-biji. 
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.
  • Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang 3kali dalam seminggu
  • Bayi atau kanak-kanak tidak selera makan 
  • Perut menjadi kembung

Punca berlakunya sembelit:-

  • Antara punca utama ialah pemberian susu formula. Ini kerana susu formula sukar untuk dihadamkan dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.
  • Bayi yang sudah diberi makan separuh pejal. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang ingin diberikan mestilah lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air semasa persediaan makanan tersebut.
  • Bayi dan kanak-kanak yang kurang minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan/dehidrasi.
  • Kecacatan sejak lahir dimana lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Bagi mengatasi masalah ini segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai supaya masalah sembelit ini tidak lagi berulang.

Selain pemberian ubat, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:-

  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal di udara. Ini boleh merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang sesuai dan mintalah nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang air besar.
  • Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas boleh berikan mereka jus buah-buahan seperti tembikai atau betik. Jus betik sangat baik untuk mereka kerana mempunyai banyak serat dan mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Sekiranya cara-cara di atas telah dilakukan tetapi masih mengalami masalah sembelit, bolehlah menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda mengikut umur bayi atau kanak-kanak tersebut.

Dah terjawab kan persoalan tu. Nak share ni, Shaklee pun ada mengeluarkan produk yang mana dapat membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak ini. Lebih baik bagi dorang supplement yang ternyata no drug dari ubat-ubatan yang kita sendiri tak tahu apa kandungannya kan??

Klik sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan produk tersebut. Sekian saja untuk hari ini. Diharap sedikit info ini dapat membantu ibu-ibu yang masih rungsing dengan masalah anak-anak yang mengalami sembelit. Sharing is caring. 


  Best regards,

9 comments:

Yen Hou Fu said...

sukar nak cakap punya

Joelle Rollo-Kostor said...

mase anak aq umur 5 tahun dia menghadapi masalah sembelit dn aq rase adlh susu formula yg x sesuai utk dia
aq buat research bace byk forum dgn blog mungkin masalah tu adalah kerana panas dn kekurangan air
lepas bace dn dpt info saye tkr kpd mamil oleh dumex lps 7 hari masalah sembelit kekurangan
utk selesaikan masalah sembelit bleh try mamil

MamaSuki said...

Lepas baca blog ni, saya terkenang tentang kejadian susu tepung palsu di China yg membunuh ramai bayi...so saya rasa susu tepung bukan begitu selamat utk diminum oleh anak.. Ibu bapa kalian haruslah bijak pilih jenama susu tepung yg dipercayai jangan tunggu hingga ada masalah baru menyesal. Formula akan mengakibatkan kanak2 mengalami masalah sembelit sebab kepanasan dlm badan jadi saya menggantikan makanan dalam diet hariannya..

Anonymous said...

Shakee ni! works...adik I sembelit... sampai nangis... tak sangka lepas minum Shaklee!1 ni 1 minggu dpt la! clear semua sisa

MomfromKl said...

Mmg betul, Prebiotic tu mmg bagus utk merawati masalah sembelit utk kanak2 dan Mamil ade byk Prebiotics. Kat pasaran skrg Mamil ade tahap DHA paling byk yg blh bantu dlm mencegah masalah sembelit kanak2. Saya sudah guna Mamil utk 3 tahun dan sampai tahap ni bby sy takde masalah sembelit langsung. korg blh cuba mamil utk seminggu dan tengok perbezaan dia.

sheila amzah said...

biasanya klao nk elekkan masalah sembelit kanak2 mesti suruh mereka minum byk air dgn makan byk serat
ade jgk remedi yg bleh sembuhkan masalah sembelit seperti buah buahan cam pisang dn minum byk jus prun

donaldducklings2020 said...

ye ke prebiotics blh settle masalah sembelit kanak2 ye?

lacasa said...

tq utk info2 sekalian aq akan balik try

hanisaman89 said...

Adakah anda mengalami:

1)SEMBELIT?
2)BUASIR?
3)PERUT SEBU?
4)PERUT BUNCIT?

Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).

Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)

Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...