Subscribe:

Blogger templates

Tuesday, 16 July 2013

Perlukah Bayi Minum Air Putih/Mineral???

Perlukah Bayi Minum Air Putih/Mineral?
Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan minum air putih/mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu-ibu menyusu. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air putih/mineral?

Secara amnya bayi yang berusia kurang dari 6 bulan tidak perlu diperkenalkan makanan tambahan lain termasuk air putih/mineral. Ini kerana mereka telah memperolehi sejumlah air yang mencukupi daripada susu ibu ataupun susu formula yang mereka minum.

Sekiranya kita memberikan bayi minum air putih/mineral, ini akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu mahupun susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Ia juga akan menyebabkan perut bayi penuh dan kembung. Mereka akan rasa tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk minum susu. Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu sekiranya difikirkan perlu dan ia tidak akan menjejaskan kesihatan bayi.

Apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami sawan dan koma akibat "keracunan air" (water intoxication).  Walaupun kes seperti ini jarang berlaku tetapi ianya sangat serius,
kerana jika air yang diberikan terlalu banyak, akan menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh yang akan menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengembangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu formula lebih banyak daripada kuantiti yang sepatutnya, ia juga akan menyebabkan "keracunan air". Susu cair yang diminum bayi itu juga akan menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang berkurangan daripada yang sepatutnya diterima. Oleh itu, elakkan menambah air lebih daripada sukatan yang sepatutnya. 

Tetapi sekiranya bayi mengalami cirit birit, doktor akan menasihati ibu/bapa untuk  berikan bancuhan garam ke dalam air kepada bayi untuk elakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah berumur 6 bulan tidak menjadi mudarat baginya untuk memberikan sedikit air. Berikan sekadar perlu. Sekiranya air diberi secara berlebihan dibimbangi perut bayi akan kembung dan menyebabkan mereka kurang selera untuk makan.

Setelah bayi berusia setahun, mereka telah makan makanan pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya. Pada usia itu, bolehlah  berikan air putih/mineral pada mereka dengan kadar yang banyak. Wallahu a'lam.

Sumber:drzubaidi.com


   Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...