Subscribe:

Blogger templates

Saturday, 13 July 2013

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
♥ Antara doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk atasi anak-anak yang nakal ialah:-
1) Membaca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali
2) Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali
3) Membaca Ayat Kursi sebanyak 1 kali
4) Membaca Selawat Syifa' sebanyak 7 kali
5) Membaca Surah Ali-Imran ayat ke-200 sebanyak 7 kali

 * Niat dan baca ayat-ayat tersebut dan hembuskan di ubun-ubun anak semasa mereka sedang tidur.

♥ Antara doa dan amalan untuk anak lembut hati dan elakkan panas baran:-

1) Membaca Surah al-Anbiyaa ayat 69 yang bermaksud "Kami berfirman, hai api jadilah engkau sejuk dan selamat sejahtera kepada Ibrahim".

2) Perbanyakkan zikir 'Ya Hayyu', 'Ya Quyyum', 'Ya Latif', 'Ya Rahman' berulang kali. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

3) Membaca Surah An-Naml ayat 30-31.

4) Membaca Surah Taha ayat 1 hingga 5.

5) Membaca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. 
Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat-solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Selamat mencuba. Semoga ikhtiar kita sebagai ibu bapa akan berhasil dan hajat untuk kita memiliki anak-anak yang baik, soleh dan solehah akan dimakbulkan Allah S.W.T. Insha Allah.


 Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...