Subscribe:

Blogger templates

Friday, 26 July 2013

Merawat Migrain

Merawat Migrain

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang agak kronik. Bagi penghidap migrain, apabila migrain menyerang mereka selalunya tidak berupaya melakukan tugasan harian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Sebahagian besar mangsa migrain adalah dikalangan wanita. Untuk itu, teruskan bacaan anda untuk dapatkan cara merawat migrain.


Punca sebenar migrain masih belum diketahui tetapi pakar perubatan berpendapat ianya ada kaitan dengan faktor genetik atau baka. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah ada juga yang berpendapat tekanan di tempat rumah mahupun di kerja juga dikatakan salah satu punca berlakunya migrain.

Menurut doktor, wanita yang menghidap migrain dan mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, perokok tegar, dan yang mengamalkan pil perancang kehamilan lebih berisiko diserang stroke. Jadi jika anda seorang penghidap migrain kawal permakanan anda dan berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengamalkan pil perancang keluarga supaya tiada sebarang masalah yang akan berlaku. Insha Allah.

Migrain terbahagi kepada 2:

1) Migrain yang wujud bersama aura - Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. 


2) Migrain tanpa aura - Dimana pesakit tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain
  • Loya dan muntah - muntah
  • Penglihatan sensitif kepada cahaya (fotobia)
  • Pendengaran lebih sensitif  - Pesakit mendengar lebih kuat dan jelas bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan (fonofobia)
  • Kemerah-merahan pada kulit sekililing mata atau dahi
  • Badan berpeluh
  • Bercakap dengan perlahan - tidak bercakap kuat kerana lebih menyakitkan
  • Kepala terasa pening
  • Terasa persekitaran bergerak-gerak
  • Pitam

Rawatan Pesakit Migrain terbahagi kepada dua iaitu rawatan serangan di mana pesakit dinasihatkan duduk di dalam bilik yang gelap dan sunyi dan akan diberi ubat penahan sakit / paracetamol. Sekiranya kesakitan masih berterusan barulah ubat-ubat lain akan diberikan. 

Tetapi sampai bila perlu bergantung kepada ubat-ubatan? Sebahagian ubat-ubatan mengandungi sebilangan jenis dadah bagi melegakan kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?

Supplement diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak dari makanan-makanan yg membekalkan nutrien harian.

Supplement untuk migrain

Ostematrix ( Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
  • Kalsium - Membantu menetapkan ritma jantung,menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Ia turut diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang. Kalsium juga berfungsi untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Magnesium - Penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yg dipercayai salah satu PUNCA PENYEBAB MIGRAIN. Kajian telah di lakukan terhadap magnesium di mana ia dapat membantu  mengurangkan kesakitan kepala akibat migrain.
  • Vitamin D - Membantu untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tidak mempunyai vitamin D tidak dapat diserap oleh tubuh an boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal/pundi kencing.

B Complex
  • Vitamin B2 dan B6 terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex daripada Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tetapi juga mencegah daripada penyakit-penyakit lain seperti dipresi, strok, dan sebagainya.

Bagi pesakit migrain, anda perlu tahu punca dan penyebab anda diserang migrain. Jika disebabkan faktor permakanan anda perlu menjaga permakanan anda. Begitu juga dengan perkara-perkara lain. Timbanglah tentang pengambilan supplement/vitamin sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda kerana ia pasti lebih baik daripada pengambilan ubat yang berasakan dadah secara berterusan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 

  Best regards,
Tel: 010-2314108
Emel:  julizaimani@gmail.com
Fb: Ummi Riana / Cahaya imani 




Tuesday, 16 July 2013

Perlukah Bayi Minum Air Putih/Mineral???

Perlukah Bayi Minum Air Putih/Mineral?
Ketika cuaca panas, ramai ibu yang mengeluh dan mengalami dehidrasi seperti mudah haus dan kurang membuang air kecil. Mereka digalakkan minum air putih/mineral dengan kuantiti yang lebih banyak terutama bagi ibu-ibu menyusu. Tetapi adakah bayi juga perlu diberikan air putih/mineral?

Secara amnya bayi yang berusia kurang dari 6 bulan tidak perlu diperkenalkan makanan tambahan lain termasuk air putih/mineral. Ini kerana mereka telah memperolehi sejumlah air yang mencukupi daripada susu ibu ataupun susu formula yang mereka minum.

Sekiranya kita memberikan bayi minum air putih/mineral, ini akan mengganggu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrien dari susu ibu mahupun susu formula dengan cara yang lebih berkesan. Ia juga akan menyebabkan perut bayi penuh dan kembung. Mereka akan rasa tidak selesa dan mudah menangis. Bayi juga akan hilang rasa lapar untuk minum susu. Walaubagaimanapun, ibu bapa boleh memberikan sedikit air dengan menggunakan sudu sekiranya difikirkan perlu dan ia tidak akan menjejaskan kesihatan bayi.

Apabila bayi diberikan terlalu banyak air, bayi akan mengalami sawan dan koma akibat "keracunan air" (water intoxication).  Walaupun kes seperti ini jarang berlaku tetapi ianya sangat serius,
kerana jika air yang diberikan terlalu banyak, akan menyebabkan kecairan pada kepekatan mineral sodium dalam tubuh yang akan menyebabkan ketidakseimbangan mineral dan akhirnya tisu tubuh akan mengembang. Pengembangan tisu otak secara tiba-tiba akan menyebabkan bayi mengalami koma.

Apabila ibu bapa menambahkan air dalam bancuhan susu formula lebih banyak daripada kuantiti yang sepatutnya, ia juga akan menyebabkan "keracunan air". Susu cair yang diminum bayi itu juga akan menyebabkan bayi akan menerima nutrisi yang berkurangan daripada yang sepatutnya diterima. Oleh itu, elakkan menambah air lebih daripada sukatan yang sepatutnya. 

Tetapi sekiranya bayi mengalami cirit birit, doktor akan menasihati ibu/bapa untuk  berikan bancuhan garam ke dalam air kepada bayi untuk elakkan dehidrasi. Ini dibenarkan.

Apabila bayi telah berumur 6 bulan tidak menjadi mudarat baginya untuk memberikan sedikit air. Berikan sekadar perlu. Sekiranya air diberi secara berlebihan dibimbangi perut bayi akan kembung dan menyebabkan mereka kurang selera untuk makan.

Setelah bayi berusia setahun, mereka telah makan makanan pejal dan minum susu pada kadar yang sepatutnya. Pada usia itu, bolehlah  berikan air putih/mineral pada mereka dengan kadar yang banyak. Wallahu a'lam.

Sumber:drzubaidi.com


   Best regards,

Saturday, 13 July 2013

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
♥ Antara doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk atasi anak-anak yang nakal ialah:-
1) Membaca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali
2) Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali
3) Membaca Ayat Kursi sebanyak 1 kali
4) Membaca Selawat Syifa' sebanyak 7 kali
5) Membaca Surah Ali-Imran ayat ke-200 sebanyak 7 kali

 * Niat dan baca ayat-ayat tersebut dan hembuskan di ubun-ubun anak semasa mereka sedang tidur.

♥ Antara doa dan amalan untuk anak lembut hati dan elakkan panas baran:-

1) Membaca Surah al-Anbiyaa ayat 69 yang bermaksud "Kami berfirman, hai api jadilah engkau sejuk dan selamat sejahtera kepada Ibrahim".

2) Perbanyakkan zikir 'Ya Hayyu', 'Ya Quyyum', 'Ya Latif', 'Ya Rahman' berulang kali. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

3) Membaca Surah An-Naml ayat 30-31.

4) Membaca Surah Taha ayat 1 hingga 5.

5) Membaca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. 
Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat-solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Selamat mencuba. Semoga ikhtiar kita sebagai ibu bapa akan berhasil dan hajat untuk kita memiliki anak-anak yang baik, soleh dan solehah akan dimakbulkan Allah S.W.T. Insha Allah.


 Best regards,

Friday, 12 July 2013

Adab Mandikan Bayi Baru


Adab Mandikan Bayi Baru

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 
1.Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang  suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Ok, bagi ibu bapa yang bakal menyambut kelahiran baby baru tu boleh la siapkan diri dengan ilmu memandikan baby ni. Untuk kebaikan baby kita jugak. Semoga info dan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua. Insha Allah.

Sumber: Pa&Ma  

  Best regards,

Thursday, 11 July 2013

Gastrik Tidak Halang Puasa

Gastrik Tidak Halang Puasa

Gastrik tidak halang puasa? Setiap kali tiba Ramadhan, alasan Gastrik sering kali digunakan untuk ponteng puasa. Kenapa gastrik sering berlaku semasa berpuasa? Jom kita kenali apa dan bagaimana gastrik itu boleh berlaku. Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?


Gastrik atau dalam istilah perubatan di sebut Gastritis merupakan keradangan pada lapisan dinding perut. Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH 1 hingga 2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut kita menghasilkan mukosa sebagai perlindungan terhadap asid tadi.

Gastrik mudah dikesan kerana ia melibatkan ketidakselesaan pada perut. Antaranya sakit perut di bahagian atas abdomen atau ulu hati, senak perut, berangin atau pedih, kembung, sendawa atau loya.

Sakit perut ketika lapar adalah kerana asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.

Menurut Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka. Ini kerana ramai yang terus mengambil makanan berat semasa berbuka. Ini adalah salah kerana ia akan membebankan sistem penghadaman pesakit gastrik itu sendiri.

Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan. Kemudian tunaikan solat maghrib dahulu dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat.Pengambilan kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.

Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan. Makanan berempah, berlemak, dan pedas boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan yang menyebabkan sakit perut. Jadi elakkan makan terlalu banyak makanan tersebut dan kawal permakanan anda supaya anda dapat berpuasa tanpa sebarang masalah kesihatan lagi.

Antara makanan yang dapat membantu pesakit gastrik berpuasa ialah roti, susu, kurma. oat, madu dan yogurt. Anda juga boleh mengambil mana-mana supplement yang membantu mengurangkan masalah gastrik anda. Antaranya ESP SHAKLEE yang telah membantu ramai pesakit gastrik berpuasa penuh termasuk diri saya sendiri mengamalkan ESP sebagai persediaan kerana masalah gastrik yang akan datang secara tiba-tiba.

Ikuti testimoni pengguna di bawah:


Gastrik Tidak Halang Puasa

Gastrik Tidak Halang Puasa

Gastrik Tidak Halang Puasa

Call / sms / whatsapp : 0102314108
Add fb : Ummi Riana untuk chatting secara langsung dengan saya
'Like' fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 


 

Wednesday, 3 July 2013

Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-kanak

Sembelit Di Kalangan Bayi Dan Kanak-kanak

Salam penuh kasih sayang. Malam ni terasa nak share berkenaan sembelit di kalangan baby dan kanak-kanak. Disebabkan anak saya baru masuk fasa baru iaitu fasa makan makanan pejal. Hehe, so kerap la hadapi masalah baby 2,3 hari tak membuang. Ada yang cakap bila anak dah start makan mesti kena membuang hari-hari. Tapi anak saya tak pulak tiap2 hari membuang. So untuk lebih kepastian google la masalah ni. Sampai la terjumpa blog Doktor Zubaidi ni. Jadi terlebih rajin saya pun update la blog yang dah tak berapa banyak info-info terbaru ni disebabkan kesuntukan masa. Hehehe..Jom kita baca dan fahami.


Info pertama ialah sembelit bukan lah penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. Malah jika 3 hari sekali pun masih dikira normal jika bayi atau kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit. Apa tanda-tandanya ya??

Antara tanda tersebut ialah:-

  • Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar. 
  • Kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu kesakitan dan kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. 
  • Najis mereka akan kelihatan keras, kering, dan berbiji-biji. 
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.
  • Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang 3kali dalam seminggu
  • Bayi atau kanak-kanak tidak selera makan 
  • Perut menjadi kembung

Punca berlakunya sembelit:-

  • Antara punca utama ialah pemberian susu formula. Ini kerana susu formula sukar untuk dihadamkan dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.
  • Bayi yang sudah diberi makan separuh pejal. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang ingin diberikan mestilah lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air semasa persediaan makanan tersebut.
  • Bayi dan kanak-kanak yang kurang minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan/dehidrasi.
  • Kecacatan sejak lahir dimana lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Bagi mengatasi masalah ini segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai supaya masalah sembelit ini tidak lagi berulang.

Selain pemberian ubat, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:-

  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal di udara. Ini boleh merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang sesuai dan mintalah nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang air besar.
  • Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas boleh berikan mereka jus buah-buahan seperti tembikai atau betik. Jus betik sangat baik untuk mereka kerana mempunyai banyak serat dan mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Sekiranya cara-cara di atas telah dilakukan tetapi masih mengalami masalah sembelit, bolehlah menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda mengikut umur bayi atau kanak-kanak tersebut.

Dah terjawab kan persoalan tu. Nak share ni, Shaklee pun ada mengeluarkan produk yang mana dapat membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak ini. Lebih baik bagi dorang supplement yang ternyata no drug dari ubat-ubatan yang kita sendiri tak tahu apa kandungannya kan??

Klik sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan produk tersebut. Sekian saja untuk hari ini. Diharap sedikit info ini dapat membantu ibu-ibu yang masih rungsing dengan masalah anak-anak yang mengalami sembelit. Sharing is caring. 


  Best regards,

Testimoni pengguna GLA Complex

Mempunyai zuriat sendiri merupakan satu impian dan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Terutama bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kadangkala soal anak juga merupakan satu tekanan bagi pasangan yang telah lama berkahwin. Sebagai salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan pengambilan supplement yang dapat membantu dalam masalah kesuburan.


Berikut merupakan testomoni pengguna yang telah mangamalkan GLA sebagai salah satu usaha mereka untuk mendapatkan zuriat. Tak salah berusaha kalau ianya tidak bercanggah dengan budaya dan cara hidup kita. Dengan izin Allah, semuanya boleh terjadi. Pokok pangkalnya USAHA, DOA & TAWAKKAL.

Testimoni Pengguna Gla Shaklee
Testimoni pengguna GLA Complex


Kalau mereka berjaya pasti anda juga boleh berjaya. Jom cuba GLA.

Call / sms / whatsapp : 0102314108
Add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
'Like' fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...