Subscribe:

Blogger templates

Saturday, 8 June 2013

Bayi Tersedak Susu?



Bayi Tersedak Susu?

Antara soalan yang sering ditanya berkenaan bayi tersedak susu ialah "Akibat susu terlampau banyak, anak saya kerap tersedak dan tidak mahu meneruskan penyusuan. Susu saya memancut di kedua-dua belah payudara hingga memasuki hidung, mata, dan membasahi mukanya. Bagaimana hendak mengelak bayi tersedak?" Ikuti bacaan seterusnya untuk dapatkan jawapan ya. 


Antara ciri-ciri ibu mengalami masalah pancutan susu yang terlalu kuat dan penghasilan susu yang berlebihan adalah:

  • Tersedak,tercungap-cungap, batuk ketika bayi menyusu
  • Tiba-tiba enggang menyusu selepas beberapa ketika menghisap susu ibu
  • Mengetap atau menggigit puting ketika susu memancut keluar
  • Membuat bungyi clicking ketika menyusu
  • Sering muntah / muak susu


Kesemua petanda tersebut merupakan contoh menandakan aliran susu anda terlalu laju / pancutan susu terlalu kuat. Walaupun begitu anda janganlah terlalu risau kerana masalah ini dapat diatasi dengan memetulkan teknik penyusuan dan mengamalkan beberapa tip. Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah anda.

 Bantu bayi untuk membiasakan diri dengan aliran susu

1) Betulkan posisi bayi. Pastikan kepalanya sentiasa lebih tinggi daripada puting anda. Dengan ini, graviti akan memainkan peranan melawan aliran susu. Gunakan posisi-posisi berikut: 


  • Cradle Hold atau Football Hold. Tetapi anda harus menyandar ke belakang sedikit.
  • Elevated Football Hold. Posisinya sama seperti Football Hold tetapi bayi duduk menghadap ibu dan bukannya berbaring
  • Ibu baring dan bayi menyusu di atas (muka bayi dihadapkan ke arah ibu dengan perut bayi menyentuh perut ibu). Walaubagaimanapun cara ini tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan duktus tersumbat. 

2) Sentiasa sendawakan bayi terutama jika dia banyak tercungap-cungap ketika menyusu.3) Menyusukan bayi dengan lebih kerap supaya payudara sering dikosongkan dan tidak terlalu penuh.
4) Susukan bayi ketika dia relaks dan mengantuk. Ketika ini dia akan menghisap susu dengan lebih perlahan.
5) Ketika berlaku ejection reflex/let-down reflex( refleks pancutan). lepaskan bayi daripada lekapan di payudara dan tekan payudara anda dengan tuala. Apabila aliran susu menjadi perlahan, anda bolehlah meneruskan semula penyusuan.
6) Perah sedikit susu (guna tangan ataupam) sebelum setiap penyusuan supaya aliran susu tidak terlalu laju. Kaedah ini hanya digunakan ketika cara-cara di atas TIDAK berhasil kerana  kaedah ini boleh membantu anda menambahkan penghasilan susu. 

 Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan penghasilan susu mengikut kehendak bayi (INGAT: Amalkan cara-cara di bawah jika penghasilan susu terlalu banyak)

1) Anda boleh menyusukan bayi menggunakan sebelah payudara. Untuk payudara sebelah lagi anda bolehlah memerah sedikit susu sehingga selesa dan tuam dengan tuala sejuk atau gel pack.
2) Elakkan melakukan perkara yang boleh merangsang penghasilan susu seperti kerap mengepam atau mandi air panas.
3) Gunakan teknik tuaman sejuk di payudara antara waktu penyusuan. Tuam selama 30 minit setiap kali untuk kedua-dua belah. Ini dapat mengurangkan aliran darah dan penghasilan susu.
4) Untuk kes lebihan susu yang serius, gunakan kubis untuk menuam payudara.


Penghasilan susu ibu akan lebih stabil apabila umur bayi mencecah 3 bulan atau lebih. Ketika ini perubahan hormon akan menyebabkan penghasilan susu lebih terkawal dan stabil mengikut keperluan bayi. 

Diharapkan sedikit sebanyak info ini berguna untuk ibu-ibu yang mengalami masalah bayi sering tersedak susu. Salam sayang dari Ummi Riana. 

Sumber: Buku Hebatnya Susu Ibu

  Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...