Subscribe:

Blogger templates

Tuesday, 4 June 2013

Bagaimanakah menyusukan bayi boleh membantu menjarakkan kehamilan?


jarakkan kehamilan

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan bayi dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM). Penyusuan bayi sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semulajadi. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98-99.5% efektif, sekiranya SEMUA syarat di bawah dipatuhi. 


Antara syaratnya ialah:
 1) Haid ibu belum kembali
2) Bayi berumur kurang dari 6 bulan
3) Bayi menyusu dengan ekslusif dengan kerap siang dan malam dan tidak mengambil makanan tambahan selain susu ibunya.

Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.

Menyusu dengan kerap tanpa had (siang & malam) kerana penyusuan pada waktu malam sangat penting kerana oada ketika itu hormone prolactin adalah sangat tinggi. Hormon inilah yang melambatkan ovulasi.

Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk atau menenagkan bayi.

Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.

Tidak menggunakan botol atau puting kosong.

Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih dari 6 bulan ataupun bayi telah diberi makanan tambahan, ibu dinasihatkan menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana selepas 6 bulan, perlindungan penyusuan bayi terhadap kehamilan mula berkurangan.

Jika anda dan suami becadang untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain, anda berdua harus bersedia untuk menggunakan kaedah tersebut tidak kurang dari enam minggu selepas kelahiran. Menjaraakkan kehamilan sangat penting bagi isteri meneruskan penyusuan kerana ramai ibu yang berhenti menyusukan bayi apabila hamil semula.

Oleh yang demikian, anda perlu pastkan kaedah yang dipilih bersesuaian dengan penyusuan bayi. Kaedah perancang yang tidak berasakan hormon adalah sesuai kerana tidak menggangu penyusuan bayi. Sebagai contoh, IUD, kondom, diafragm dan spermicide. Ia juga boleh digunakan sebagai kaedah tambahan setelah bayi berusia 6 bulan.




  Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...