Subscribe:

Blogger templates

Thursday, 13 June 2013

Teknik Power Pumping

Power Pumping

Anda menghadapi masalah susu kurang? Cuba teknik Power Pumping. Pasti membantu. 


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”~Al-baqarah 233~

Terdetik nak share something kt blog ni. Tiba-tiba teringat sms sorang customer. " Sis, saya dah 2 bulan bersalin, tp dpt susukan baby 2,3 hari je..sebab susu tak de..Skrg saya bg susu formula...Set penyusuan Shaklee ni boleh keluarkan susu semula ke?Saya nak sangat bf baby..."


Hurm...so, apa yg berlegar dalam kepala saya terus teringat teknik 'Power Pumping'..Teknik ini insha Allah dapat membantu impian ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang. So, kt sini saya nak cerita la serba sedikit tentang teknik Power Pumping ni hasil daripada pembacaan dari blog-blog berkenaan penyusuan susu ibu. 


Kenali Power Pumping

Power Pumping ini merupakan satu kaedah atau teknik dimana ia sangat membantu dalam proses mempercepatkan pengeluaran susu.

Cara Lakukan Power Pumping

Lakukan teknik ini selama 1jam.

  • Double Pump -  Caranya pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit, sambung pam 10 minit dan rehat 10 min sehingga tempoh 1 jam tamat.
  • Single Pump - Caranya pam sebelah kanan dahulu selama 10 minit, lepas tu sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, tukar semula sebelah kanan 10 minit, pastu tukar kiri semula 10 minit berterusan sehingga 1 jam.

Siapa Yang Perlu Buat Power Pumping?
Antara golongan yang perlu / sangat digalakkan melakukan teknik ini ialah:-
  • Ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu - perubahan hormon, period, jarang pam susu dan sebagainya.
  • Ibu yang ingin menyusukan semula bayi setelah berhenti menyusu
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini boleh merangsang penghasilan susu


Waktu Sesuai Lakukan Power Pumping
Waktu yang paling sesuai untuk ibu-ibu lakukan teknik ini ialah pada waktu malam lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam ke pukul 6 pagi. Ini kerana pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. 

Berapa Kali Perlu Lakukan?
Seelok-eloknya teknik ini perlu dilakukan sekali sehari. Ini bertujuan menghantar rangsangan ke otak supaya penghasilan dan pengeluaran susu berlaku dengan lebih cepat.

Berapa Lama Baru Nampak Kesannya?
Perlu diingtkan kepada ibu-ibu bahawa bukan sekali buat kita dah dapat hasil seperti yang diingini. Lebih kurang seminggu atau 2 minggu kesannya baru dapat dilihat. Bergantung pada kekerapan melakukan teknik ini. Walaupon bila pam hanya keluar setitik dua, atau hanya 'pam angin' sahaja anda harus teruskan. Jangan terus give up.  Apa yang penting Sabar, konsisten, istiqamah dan doa perlu bagi memastikan teknik ini berjaya. Dan tawakkal pada Allah kerana Dia yang lebih berhak menentukannya. 

Kepada ibu-ibu bekerjaya, yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat digalakkan lakukan teknik ini di malam hari. Insha Allah susu tidak akan berkurang. Malah sekiranya kerap lakukan teknik ini susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Ok, serba sedikit info berkenaan Power Pumping. Diharap dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Sama-samalah kita menyokong penyusuan susu ibu dan berikan yang terbaik untuk si manja. Semoga niat kita dipermudahkan oleh-Nya, Amin. Salam sayang untuk semua.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-
call / sms / whatsapp : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan Tips dan iNFO Penyusuan dari saya


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...