Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 19 June 2013

Hb Rendah?Bagaimana Atasinya?


Hb Rendah?Bagaimana Atasinya?

Bacaan Hb rendah sering berlaku dikalangan wanita hamil. Mengapa ini berlaku dan bagaimana cara untuk atasi masalah ini. Jom kita semak apa sebenarnya yang menjadi punca Hb rendah.


Bila sebut tentang Hb rendah, kita sering dikaitkan dengan anemia. Anemia merupakan masalah yang berlaku apabila kekurangan darah merah atau Hemoglobin (Hb). Mungkin ramai yang ambil remeh tentang bacaan Hb ni disebabkan kekurangan pengetahuan tentang kepentingan mengekalkan Hb yang baik (>11g/ dl) dan kesan yang bakal berlaku sekiranya bacaan Hb tetap rendah. 

Di sini saya ingn berkongsi sedikit info yang saya perolehi daripada blog seorang isteri, ibu, dan seorang doktor. Kalau sesiapa nak refer apa-apa boleh ke blog Dr.Haslinda. Menurut Dr. Haslinda penyebab berlakunya kekurangan darah merah atau Hb ini kerana ibu-ibu hamil mengalami masalah kekurangan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan Hb ini...dan kekurangan zat besi ini berpunca dari NUTRIEN seharian yang diambil yang kurang mengandungi zat besi.

Apa Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil?
Ianya sangat penting untuk PERKEMBANGAN bayi mengikut jangkamasa kandungan.

Jom kita tengok apa risiko kpd kandungan akibat Hb rendah:

1. Kandungan Kurang 5 Bulan (< 20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan , kaki, jantung, otak, dan anggota-anggota lain.

  • Kalau darah kurang pekat (<11g/ dl), jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, KANDUNGAN AKAN GUGUR.
  • Kalau jantung terbentuk dengan sempurna, tetapi darah cair bayi mungkin hidup tetapi CACAT (cth:tangan & kaki tidak sempurna)
  • Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair, akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi KURANG PANDAI.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 Bulan (20-28 minggu)
Pada masa ini sifat bayi dan anggota badan telah sempurna tetapi jika Hb terlalu kurang jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 Bulan Ke Atas (28-40 minggu)

  • Sifat bayi telah sempurna tetapi jantung bayi masih bergantung krpada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair (<9g/ dl), jantung tidak kuat dan berkemungkinan BAYI MATI DALAM KANDUNGAN.
  • Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Risiko kpd ibu:
1. Jika Hb rendah ibu akan CEPAT LETIH
2. Kadang-kadang mengalami SESAK NAFAS
3. Pening-pening dan rasa nak pitam
4. Rasa berdebar-debar
5. Darah bertambah cair dan membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggangdan boleh membawa MAUT

Apakah Cara Terbaik Meningkatkan Paras Hemoglobin Dalam Darah?
1. Makan hati ayam
2. Makan makanan laut spt kerang, ikan bilis
3. Makan pil/vitamin tambah darah seperti yang ditetapkan

Bagi ibu yang mengalami masalah Hb rendah / Anemia Set Kehamilan Shaklee mungkin dapat membantu. Set tersebut terdiri daripada 4 jenis vitamin iaitu Vit B Complex, Vitalea (multivitamin), dan Kalsium. Dimana Vitalea ini lengkap dengan zat besi dan dapat membantu mengatasi masalah Hb rendah.

Jika anda ambil set ini obimin dan asid folic tak perlu ambil lagi ya.

Cuba kita lihat testimoni pengguna vitalea Shaklee ini.


Alhamdulillah, dengan izin Allah dengan mengamalkan Vitalea shaklee mereka mampu dapatkan keputusan darah yang baik. Anda ingin mencuba?

Call / sms / whatsapp : 0102314108
Add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
'Like' fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 

Thursday, 13 June 2013

Air Mata Rasulullah

Assalamua'laikum para pembaca yang dikasihi. Alhamdulillah sekali lagi catatan di rumah kecil ini menjadi teman di malam hari. Tatkala sepi bertandang di saat si kecil lena di ulit mimpi, di kala suami keluar mencari rezeki, terdetik untuk berkongsi satu kisah Rasullulah sebagai santapan di malam hari. Di harap ada yang sudi membaca kisah kekasih Allah ini.

Sungguh, Baginda sangat mencintai umatnya. Ikuti catatan kisah hidup Rasulullah di bawah dan semoga kisah ini menguatkan lagi rasa cinta kita terhadap Baginda seperti mana Baginda mencintai umat-umatnya, Amin...

AIRMATA RASULULLAH SAW... 

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. 

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. 
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. 

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. 
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat 
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. 

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' 
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' 
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.. 
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. 
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.. 

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' 
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. 
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. 
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku' 
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? 
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi 

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

Sumber:http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm


  Best regards,

Teknik Power Pumping

Power Pumping

Anda menghadapi masalah susu kurang? Cuba teknik Power Pumping. Pasti membantu. 


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”~Al-baqarah 233~

Terdetik nak share something kt blog ni. Tiba-tiba teringat sms sorang customer. " Sis, saya dah 2 bulan bersalin, tp dpt susukan baby 2,3 hari je..sebab susu tak de..Skrg saya bg susu formula...Set penyusuan Shaklee ni boleh keluarkan susu semula ke?Saya nak sangat bf baby..."


Hurm...so, apa yg berlegar dalam kepala saya terus teringat teknik 'Power Pumping'..Teknik ini insha Allah dapat membantu impian ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang. So, kt sini saya nak cerita la serba sedikit tentang teknik Power Pumping ni hasil daripada pembacaan dari blog-blog berkenaan penyusuan susu ibu. 


Kenali Power Pumping

Power Pumping ini merupakan satu kaedah atau teknik dimana ia sangat membantu dalam proses mempercepatkan pengeluaran susu.

Cara Lakukan Power Pumping

Lakukan teknik ini selama 1jam.

  • Double Pump -  Caranya pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit, sambung pam 10 minit dan rehat 10 min sehingga tempoh 1 jam tamat.
  • Single Pump - Caranya pam sebelah kanan dahulu selama 10 minit, lepas tu sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, tukar semula sebelah kanan 10 minit, pastu tukar kiri semula 10 minit berterusan sehingga 1 jam.

Siapa Yang Perlu Buat Power Pumping?
Antara golongan yang perlu / sangat digalakkan melakukan teknik ini ialah:-
  • Ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu - perubahan hormon, period, jarang pam susu dan sebagainya.
  • Ibu yang ingin menyusukan semula bayi setelah berhenti menyusu
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini boleh merangsang penghasilan susu


Waktu Sesuai Lakukan Power Pumping
Waktu yang paling sesuai untuk ibu-ibu lakukan teknik ini ialah pada waktu malam lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam ke pukul 6 pagi. Ini kerana pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. 

Berapa Kali Perlu Lakukan?
Seelok-eloknya teknik ini perlu dilakukan sekali sehari. Ini bertujuan menghantar rangsangan ke otak supaya penghasilan dan pengeluaran susu berlaku dengan lebih cepat.

Berapa Lama Baru Nampak Kesannya?
Perlu diingtkan kepada ibu-ibu bahawa bukan sekali buat kita dah dapat hasil seperti yang diingini. Lebih kurang seminggu atau 2 minggu kesannya baru dapat dilihat. Bergantung pada kekerapan melakukan teknik ini. Walaupon bila pam hanya keluar setitik dua, atau hanya 'pam angin' sahaja anda harus teruskan. Jangan terus give up.  Apa yang penting Sabar, konsisten, istiqamah dan doa perlu bagi memastikan teknik ini berjaya. Dan tawakkal pada Allah kerana Dia yang lebih berhak menentukannya. 

Kepada ibu-ibu bekerjaya, yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat digalakkan lakukan teknik ini di malam hari. Insha Allah susu tidak akan berkurang. Malah sekiranya kerap lakukan teknik ini susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Ok, serba sedikit info berkenaan Power Pumping. Diharap dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Sama-samalah kita menyokong penyusuan susu ibu dan berikan yang terbaik untuk si manja. Semoga niat kita dipermudahkan oleh-Nya, Amin. Salam sayang untuk semua.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti di bawah:-
call / sms / whatsapp : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan Tips dan iNFO Penyusuan dari saya


Saturday, 8 June 2013

Bayi Tersedak Susu?



Bayi Tersedak Susu?

Antara soalan yang sering ditanya berkenaan bayi tersedak susu ialah "Akibat susu terlampau banyak, anak saya kerap tersedak dan tidak mahu meneruskan penyusuan. Susu saya memancut di kedua-dua belah payudara hingga memasuki hidung, mata, dan membasahi mukanya. Bagaimana hendak mengelak bayi tersedak?" Ikuti bacaan seterusnya untuk dapatkan jawapan ya. 


Antara ciri-ciri ibu mengalami masalah pancutan susu yang terlalu kuat dan penghasilan susu yang berlebihan adalah:

  • Tersedak,tercungap-cungap, batuk ketika bayi menyusu
  • Tiba-tiba enggang menyusu selepas beberapa ketika menghisap susu ibu
  • Mengetap atau menggigit puting ketika susu memancut keluar
  • Membuat bungyi clicking ketika menyusu
  • Sering muntah / muak susu


Kesemua petanda tersebut merupakan contoh menandakan aliran susu anda terlalu laju / pancutan susu terlalu kuat. Walaupun begitu anda janganlah terlalu risau kerana masalah ini dapat diatasi dengan memetulkan teknik penyusuan dan mengamalkan beberapa tip. Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah anda.

 Bantu bayi untuk membiasakan diri dengan aliran susu

1) Betulkan posisi bayi. Pastikan kepalanya sentiasa lebih tinggi daripada puting anda. Dengan ini, graviti akan memainkan peranan melawan aliran susu. Gunakan posisi-posisi berikut: 


  • Cradle Hold atau Football Hold. Tetapi anda harus menyandar ke belakang sedikit.
  • Elevated Football Hold. Posisinya sama seperti Football Hold tetapi bayi duduk menghadap ibu dan bukannya berbaring
  • Ibu baring dan bayi menyusu di atas (muka bayi dihadapkan ke arah ibu dengan perut bayi menyentuh perut ibu). Walaubagaimanapun cara ini tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan duktus tersumbat. 

2) Sentiasa sendawakan bayi terutama jika dia banyak tercungap-cungap ketika menyusu.3) Menyusukan bayi dengan lebih kerap supaya payudara sering dikosongkan dan tidak terlalu penuh.
4) Susukan bayi ketika dia relaks dan mengantuk. Ketika ini dia akan menghisap susu dengan lebih perlahan.
5) Ketika berlaku ejection reflex/let-down reflex( refleks pancutan). lepaskan bayi daripada lekapan di payudara dan tekan payudara anda dengan tuala. Apabila aliran susu menjadi perlahan, anda bolehlah meneruskan semula penyusuan.
6) Perah sedikit susu (guna tangan ataupam) sebelum setiap penyusuan supaya aliran susu tidak terlalu laju. Kaedah ini hanya digunakan ketika cara-cara di atas TIDAK berhasil kerana  kaedah ini boleh membantu anda menambahkan penghasilan susu. 

 Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan penghasilan susu mengikut kehendak bayi (INGAT: Amalkan cara-cara di bawah jika penghasilan susu terlalu banyak)

1) Anda boleh menyusukan bayi menggunakan sebelah payudara. Untuk payudara sebelah lagi anda bolehlah memerah sedikit susu sehingga selesa dan tuam dengan tuala sejuk atau gel pack.
2) Elakkan melakukan perkara yang boleh merangsang penghasilan susu seperti kerap mengepam atau mandi air panas.
3) Gunakan teknik tuaman sejuk di payudara antara waktu penyusuan. Tuam selama 30 minit setiap kali untuk kedua-dua belah. Ini dapat mengurangkan aliran darah dan penghasilan susu.
4) Untuk kes lebihan susu yang serius, gunakan kubis untuk menuam payudara.


Penghasilan susu ibu akan lebih stabil apabila umur bayi mencecah 3 bulan atau lebih. Ketika ini perubahan hormon akan menyebabkan penghasilan susu lebih terkawal dan stabil mengikut keperluan bayi. 

Diharapkan sedikit sebanyak info ini berguna untuk ibu-ibu yang mengalami masalah bayi sering tersedak susu. Salam sayang dari Ummi Riana. 

Sumber: Buku Hebatnya Susu Ibu

  Best regards,

Tuesday, 4 June 2013

Bagaimanakah menyusukan bayi boleh membantu menjarakkan kehamilan?


jarakkan kehamilan

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan bayi dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM). Penyusuan bayi sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semulajadi. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98-99.5% efektif, sekiranya SEMUA syarat di bawah dipatuhi. 


Antara syaratnya ialah:
 1) Haid ibu belum kembali
2) Bayi berumur kurang dari 6 bulan
3) Bayi menyusu dengan ekslusif dengan kerap siang dan malam dan tidak mengambil makanan tambahan selain susu ibunya.

Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.

Menyusu dengan kerap tanpa had (siang & malam) kerana penyusuan pada waktu malam sangat penting kerana oada ketika itu hormone prolactin adalah sangat tinggi. Hormon inilah yang melambatkan ovulasi.

Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk atau menenagkan bayi.

Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.

Tidak menggunakan botol atau puting kosong.

Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih dari 6 bulan ataupun bayi telah diberi makanan tambahan, ibu dinasihatkan menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana selepas 6 bulan, perlindungan penyusuan bayi terhadap kehamilan mula berkurangan.

Jika anda dan suami becadang untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain, anda berdua harus bersedia untuk menggunakan kaedah tersebut tidak kurang dari enam minggu selepas kelahiran. Menjaraakkan kehamilan sangat penting bagi isteri meneruskan penyusuan kerana ramai ibu yang berhenti menyusukan bayi apabila hamil semula.

Oleh yang demikian, anda perlu pastkan kaedah yang dipilih bersesuaian dengan penyusuan bayi. Kaedah perancang yang tidak berasakan hormon adalah sesuai kerana tidak menggangu penyusuan bayi. Sebagai contoh, IUD, kondom, diafragm dan spermicide. Ia juga boleh digunakan sebagai kaedah tambahan setelah bayi berusia 6 bulan.




  Best regards,

Saturday, 1 June 2013

Set Penyusuan 3M

"Berbaloi makan set 3M tu" - Puan Affnie Salleh.  

Nah, itu antara feedback salah seorang pengguna set penyusuan 3M Shaklee. Alhamdulillah, ramai ibu-ibu berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi selepas mengamalkan set penyusuan ini. Alhamdulilah rezeki anak. Apa yang penting 'Susu meriah, Ibu sihat, Kulit cantik'.


Set Penyusuan 3M merupakan set penyusuan yang lengkap yang mampu membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat. Malah set ini juga membantu ibu untuk terus kekal bertenaga walaupun melalui rutin harian yang sangat sibuk. Buktinya boleh baca testimoni kat bawah nanti ya. Sebab tu lah ia merupakan set penyusuan yang lengkap dan merupakan set penyusuan yang menjadi pilihan ramai ibu di luar sana yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh. Cubalah, anda pasti berpuas hati. 

Bagaimana Set Penyusuan 3M bertindak?

☑ Ia melengkapkan tubuh ibu dengan nutrisi-nutrisi penting. Bila ibu dapat cukup zat dan nutrisi, tubuh ibu akan lebih bersedia menghasilkan susu dengan lebih cepat.
Supplement membantu mengurangkan keletihan ibu, terutaman bagi ibu yang bekerja.   Bila ibu lebih bertenaga maslah penyusuan tidak akan timbul.
☑ Supplement ini membantu mengawal emosi ibu. B-Complex berfungsi untuk membantu ibu lebih tenang dan relax dan sekaligus melancarkan penghasilan susu ibu. 

Jom tengok testimoni ibu-ibu yang pernah mencuba set penyusuan ini. 
Set Penyusuan 3M

Set Penyusuan 3M

Set Penyusuan 3M

Dah tengok kan testimoni di atas?? Mereka sedar bahawa bukan sahaja susu perlu meriah untuk bekalan si kecil, tapi mereka juga mementingkan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Mereka dah cuba, anda bila lagi??



Untuk mencuba anda boleh hubungi saya seperti di bawah:
call / sms / whatsapp : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...