Subscribe:

Blogger templates

Friday, 10 May 2013

TIPS MENYUSUKAN BAYI

Salam Jumaat. Salam penuh kasih sayang. Alhamdulillah sekali lagi dapat saya coretkan sedikit info berkenaan penyusuan. Kali ni saya nak share tips menyusukan bayi. Walaupun saya tau ramai di luar sana yang lagi mahir dan berpengalaman dari saya dalam bab menyusukan anak ni kan. Tapi saya nak juga share dengan anda semua hasil daripada rujukan dan hasil google saya berkenaan topik ni. Dengan harapan sama-sama kita dapat menambah ilmu walaupun sedikit.  Jemput baca ya.
  • Sokong payudara dengan ibu jari di atas dan empat jari di bawahnya. Biarkan jari di belakang areola (bahagian berwarna lebih gelap di sekeliling puting). Anda mungkin perlu mengampu payudara sepanjang tempoh penyusuan, terutamanya pada peringkat awal atau sekiranya payudara anda besar.
  • Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting anda untuk menggalakkan dia membuka mulutnya dengan luas.
  • Peluk bayi rapat dengan keseluruhan badannya menghadap anda. Apabila bayi membuka mulutnya dengan luas, segera dan dengan lembut tolak belakang bahunya supaya kepalanya bergerak (dalam keadaan sedikit mendongak) ke arah payudara. Anda harus sentiasa fikirkan untuk membawa bayi kepada payudara anda dan bukannya payudara anda kepada bayi.
  • Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan sebahagiaan besar areola ke dalam mulutnnya. Bayi tidak harus melekap hanya pada puting sahaja. Ingat, bayi menyusu di payudara bukan di puting!!
  • Perhatikan bahawa bibir bayi terjuih keluar (bukan tersepit atau terlipat di bawah),relaks dan mulutnya harus menutupi hampir keseluruhan kawasan areola. Sekiranya anda tidak dapat memastikan sama ada bibirnya terjuih atau tidak, tekan perlahan bahagian bawah dagunya untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit. Lidahnya harus menekap di bahagian bawah payudara anda.
  • Anda mungkin dapat melihat rahang bayi bergerak ke depan dan ke belakang serta bunyi menelan dalam pic rendah. Hidung dan dagu bayi menyentuh payudara.
TAHUKAH ANDA????

Proses menyusukan bayi sebenarnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan ibu dan anak. Jika si ibu berasa sakit, bererti si ibu tidak menggunakan teknik yang betul. Jauhkan bayi daripada payudara dan cuba lagi. Bayi mungkin tidak melekap dengan betul. Hentikan hisapan bayi dengan secara lembut letakkan jari kelingking di hujung mulut bayi dan selitkan antara rahang atas dan bawahnya. Ulangi beberapa kali yang perlu untuk mendapatkan lekapan yang baik. 

Setelah semakin cekap menyusui bayi dalam posisi ini, anda mungkin boleh mencuba posisi-posisi lain. Belajarlah untuk menyusukan bayi secara berbaring. Kaedah ini membolehkan si ibu berehat, lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan C-Section. Apa jua posisi yang digunakan, bayi harus melekap dengan baik. Jika tidak, si ibu akan berasa sakit di bahagian puting payudara, dan bayi tidak akan mendapat susu yang cukup.

Cara lekapan yang betul seperti gambar di bawah.


  Rujukan: Buku Hebatnya Susu Ibu


Best regards,
tel.:010-2314108
julizaimani@gmail.com
www.cahayaimani.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...