Subscribe:

Blogger templates

Monday, 20 May 2013

Posisi Penyusuan

Salam sayang untuk semua. Kali ini saya nak berkongsi beberapa posisi penyusuan atau posisi memegang bayi ketika menyusu. Bagi ibu - ibu  yang berpengalaman pasti tiada masalah untuk menyusukan anak kan? Tapi bagi ibu-ibu baru seperti saya pasti mencari-cari posisi yang sesuai untuk menyusukan anak dalam keadaan yang berbeza-beza. 

Contohnya posisi memegang anak pada siang hari dan malam hari. Pasti malam hari kita pun nak berehat jugak. So boleh cuba posisi baring. Bagi yang bersalin secara pembedahan, sudah tentu cara yang kebanyakan ibu-ibu amalkan kurang sesuai untuk mereka. Jom kita tengok posisi penyusuan mana yang sesuai ya. 

Sebenarnya pelbagai posisi penyusuan yang boleh kita cuba mengikut keselesaan kita dan si manja kita. Antaranya ialah:

1) CRADLE HOLD   
  • Posisi ini merupakan posisi yang sering digunakan dan agak selesa bagi kebanyakan ibu. Caranya hanyalah pegang bayi dengan kepalanya pada lengan anda dan keseluruhan badannya menghadap kepada anda.
2) CROSS CRADLE HOLD   

  •  Posisi ini baik untuk bayi pramatang atau bayi yang menghadapi masalah untuk melekap. Pegang bayi pada lengan yang bertentangan dengan payudara  digunakan. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya.

3)FOOTBALL HOLD

  •  Posisi ini pula baik untuk ibu - ibu yang mempunyai payudara yang besar atau puting yang terperosok ke dalam. Pegang bayi di sisi dengan posisi berbaring, dengan kepalanya di paras yang sama dengan puting anda. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya. 

4) SIDE LYING 

  • Posisi ini membenarkan ibu-ibu berehat atau tidur ketika bayi menyusu. Sangat baik bagi ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan C-Section. Baring secara sisi dengan bayi menghadap anda. Rapatkan bayi kepada anda dan bawakan mulutnya ke puting. 
Sekiranya and menghadapi masalah puting leper atau puting yang terperosok ke dalam, sila dapatkan nasihat pakar kaunselor penyusuan bayi atau kaunselor laktasi. Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan lebih awal (sebelum atau ketika mengandung) kerana terdapat peralatan dan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.
Di bawah saya sediakan gambar posisi penyusuan untuk panduan ibu-ibu yang sedang belajar. Semoga kita semua dapat menyusukan anak dengan keadaan yang lebih selesa.posisi penyusuan 
Salam sayang dari saya untuk pembaca blog cahayaimani.com. Semoga apa yang saya kongsikan ini berguna untuk anda semua. Insha Allah.


  Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...