Subscribe:

Blogger templates

Thursday, 23 May 2013

Cantik, Sihat, Bertenaga Dengan B-Complex


Cantik, Sihat, Bertenaga Dengan B-Complex

Lumrah dalam kehidupan, seorang wanita memang mahu sentiasa kelihatan cantik, sihat, bertenaga, bergaya dan semua yang yang melibatkan diri kita mahu yang terbaik. Hakikatnya wanita memang sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi B-Complex. Tak kiralah samada wanita itu surirumah sepenuh masa atau wanita yang bekerjaya. Mengapa??


Berpadananlah dengan namanya Vitamin B. B for 'Beauty'. Ia penting untuk membantu seseorang wanita itu menjadi kelihatan cantik. Bukan hanya pengambilan vitamin C untuk kolagen, vit E untuk anti penuaan. Vitamin B mempunyai banyak peranannya. Antaranya ialah:-

Menjadikan anda sentiasa bertenaga. Terutama kepada isteri, ibu dan  wanita bekerjaya yang sememangnya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. Menguruskan rumah tangga, anak-anak dan terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak sedikit sebanyak menggangggu sistem badan ibu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Disebabkan inilah sel-sel tidak dapat berkembang dengan sihat. Ini merupakan salah satu punca mengapa ramai ibu-ibu yang baru mempunyai anak 1 atau 2 telah kelihatan tua dari usia sebenar mereka. 
Bertindak sebagai penenang. Disebabkan kesibukan menguruskan rumahtangga, melayan kerenah anak-anak, tidur yang tidak berkualiti, rehat yang tidak mencukupi, dan masalah-masalah lain yang timbul membuatkan si ibu berada dalam keadaan tertekan dan stress. Di sinilah vitamin B memainkan peranan yang sangat penting.
Bertindak menukarkan makanan kepada tenaga. Iaitu menukarkan lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

✿ Ada juga mitos yang mengatakan pengambilan vitamin B boleh menggemukkan. Andaian ini salah sama sekali. Hakikatnya ia tidak menggemukkan. Tidak dinafikan bagi sesetengah orang yang mengambil Vitamin B Complex akan cepat rasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi untuk menukar glukos kepada tenaga. Tanda lapar itu menunjukkan badan memerlukan glukos untuk menukarkan menjadi tenaga. Maka kita perlu makan tetapi bukanlah sehingga kenyang. Memadailah makan hanya untuk mengalas perut.

✿ B Complex sangat penting dalam keperluan harian untuk memastikan tubuh badan berfungsi dengan lebih baik. Mereka yang mengamalkan B Complex akan dapati diri mereka lebih SIHAT, CERIA, BERTENAGA, KULIT BERSERI dan CANTIK serta TIDAK PUCAT. 

✿ Antara kesan kekurangan Vitamin B Complex  pula ialah CEPAT MARAH, MURUNG, KULIT KUSAM, MOODY, CEPAT LETIH, MUDAH BERDEBAR,SENSITIF....Kesan lainnya, kekurangan darah merah, keletihan, hilang selera makan, tekanan perasaan, gangguan tumbesaran kanak-kanak dan kecacatan pada bayi yang dilahirkan.

✿ Maka siapa kata B Complex tidak penting?
Jika anda tidak mahu kelihatan tua dari usia sebenar, mari amalkan pengambilan vitamin demi memastikan sel dalam tubuh badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. 


Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini, anda bolehlah hubungi saya seperti yang dinyatakan di bawah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 


call / sms / whatsapp : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


Monday, 20 May 2013

Posisi Penyusuan

Salam sayang untuk semua. Kali ini saya nak berkongsi beberapa posisi penyusuan atau posisi memegang bayi ketika menyusu. Bagi ibu - ibu  yang berpengalaman pasti tiada masalah untuk menyusukan anak kan? Tapi bagi ibu-ibu baru seperti saya pasti mencari-cari posisi yang sesuai untuk menyusukan anak dalam keadaan yang berbeza-beza. 

Contohnya posisi memegang anak pada siang hari dan malam hari. Pasti malam hari kita pun nak berehat jugak. So boleh cuba posisi baring. Bagi yang bersalin secara pembedahan, sudah tentu cara yang kebanyakan ibu-ibu amalkan kurang sesuai untuk mereka. Jom kita tengok posisi penyusuan mana yang sesuai ya. 

Sebenarnya pelbagai posisi penyusuan yang boleh kita cuba mengikut keselesaan kita dan si manja kita. Antaranya ialah:

1) CRADLE HOLD   
  • Posisi ini merupakan posisi yang sering digunakan dan agak selesa bagi kebanyakan ibu. Caranya hanyalah pegang bayi dengan kepalanya pada lengan anda dan keseluruhan badannya menghadap kepada anda.
2) CROSS CRADLE HOLD   

  •  Posisi ini baik untuk bayi pramatang atau bayi yang menghadapi masalah untuk melekap. Pegang bayi pada lengan yang bertentangan dengan payudara  digunakan. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya.

3)FOOTBALL HOLD

  •  Posisi ini pula baik untuk ibu - ibu yang mempunyai payudara yang besar atau puting yang terperosok ke dalam. Pegang bayi di sisi dengan posisi berbaring, dengan kepalanya di paras yang sama dengan puting anda. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya. 

4) SIDE LYING 

  • Posisi ini membenarkan ibu-ibu berehat atau tidur ketika bayi menyusu. Sangat baik bagi ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan C-Section. Baring secara sisi dengan bayi menghadap anda. Rapatkan bayi kepada anda dan bawakan mulutnya ke puting. 
Sekiranya and menghadapi masalah puting leper atau puting yang terperosok ke dalam, sila dapatkan nasihat pakar kaunselor penyusuan bayi atau kaunselor laktasi. Anda dinasihatkan mendapatkan bantuan lebih awal (sebelum atau ketika mengandung) kerana terdapat peralatan dan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah ini.
Di bawah saya sediakan gambar posisi penyusuan untuk panduan ibu-ibu yang sedang belajar. Semoga kita semua dapat menyusukan anak dengan keadaan yang lebih selesa.posisi penyusuan 
Salam sayang dari saya untuk pembaca blog cahayaimani.com. Semoga apa yang saya kongsikan ini berguna untuk anda semua. Insha Allah.


  Best regards,

Sunday, 19 May 2013

Pengedar Shaklee Port Dickson

Salam sejahtera dan selamat datang ke cahayaimani.com. Kami adalah Pengedar sah Shaklee di Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga di sekitar Nilai, Senawang, dan Seremban.  Kami juga akan membuat penghantaran kepada pembeli di sekitar Lukut, Teluk Kemang, Sendayan, Seremban dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee, anda bolehlah terus berhubung dengan kami.  Insha Allah kami akan menerangkan kepada anda fungsi dan kebaikan setiap produk Shaklee. 

Semestinya Shaklee menawarkan produk mesra alam  dan kesihatan yang terbaik untuk kesihatan anda seisi keluarga. Alamilah kehebatan kesihatan dengan nutrisi Shaklee. Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Yakinlah kita bahawa tidaklah Allah S.W.T. menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )


Dapatkan segala  keperluan supplement anda di sini. 

Pengedar Shaklee Port Dickson
Untuk sebarang pertanyaan sila:-
call/sms/whatsapp di 010-2314108
 add FB saya Ummi Riana (jue) untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage saya cahaya imani untuk dapatkan DISKAUN HEBAT!!!!









Friday, 17 May 2013

Susu Badan Kurang?? Alfafa jawapannya

Pasti ramai ibu2 gelisah apabila susu badan kurang.Di tambah pula dengan kos sara diri yang semakin meningkat yang menyebabkan berlaku perkiraan mengeluarkan belanja untuk membeli satu tin susu formula untuk si manja.Antara cara terbaik untuk atasi masalah ini adalah dengan penghasilan susu yang banyak melalui pengambialn alfafa shaklee.

Alfalfa merupakan salah satu supplement penyusuan yang sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang mahu menyimpan stok susu untuk si manja mereka. Ia turut dikenali sebagai  'Milk Booster'.

Kenapa saya katakan ia sebagai ' Milk Booster' ialah kerana sifat alfalfa itu sendiri seperti agen yang berfungsi untuk membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfalfa pasti akan merasa perbezaanya yang ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari. Iaitu 2 biji selepas sarapan, 2 biji selepas makan tengahari, dan 2 biji selepasa makan malam. Antara kesannya si ibu akan merasa breast cepat membengkak terutamanya apabila pengambilan air putih yang banyak serta perahan yang konsisten 2-3 jam sekali. Jadi,masalah untuk susu badan kurang dapat di atasi. Saya sediakan testimoni untuk dikongsi bersama.

Testimoni 1:

TESTIMONI SUSU BADAN KURANG

Testimoni 2 :

TESTIMONI SUSU BADAN KURANG 2


Untuk info lanjut:-
call / whatsapp / wechat : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya




credit to : anakkuwiraku.com

Friday, 10 May 2013

TIPS MENYUSUKAN BAYI

Salam Jumaat. Salam penuh kasih sayang. Alhamdulillah sekali lagi dapat saya coretkan sedikit info berkenaan penyusuan. Kali ni saya nak share tips menyusukan bayi. Walaupun saya tau ramai di luar sana yang lagi mahir dan berpengalaman dari saya dalam bab menyusukan anak ni kan. Tapi saya nak juga share dengan anda semua hasil daripada rujukan dan hasil google saya berkenaan topik ni. Dengan harapan sama-sama kita dapat menambah ilmu walaupun sedikit.  Jemput baca ya.
  • Sokong payudara dengan ibu jari di atas dan empat jari di bawahnya. Biarkan jari di belakang areola (bahagian berwarna lebih gelap di sekeliling puting). Anda mungkin perlu mengampu payudara sepanjang tempoh penyusuan, terutamanya pada peringkat awal atau sekiranya payudara anda besar.
  • Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting anda untuk menggalakkan dia membuka mulutnya dengan luas.
  • Peluk bayi rapat dengan keseluruhan badannya menghadap anda. Apabila bayi membuka mulutnya dengan luas, segera dan dengan lembut tolak belakang bahunya supaya kepalanya bergerak (dalam keadaan sedikit mendongak) ke arah payudara. Anda harus sentiasa fikirkan untuk membawa bayi kepada payudara anda dan bukannya payudara anda kepada bayi.
  • Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan sebahagiaan besar areola ke dalam mulutnnya. Bayi tidak harus melekap hanya pada puting sahaja. Ingat, bayi menyusu di payudara bukan di puting!!
  • Perhatikan bahawa bibir bayi terjuih keluar (bukan tersepit atau terlipat di bawah),relaks dan mulutnya harus menutupi hampir keseluruhan kawasan areola. Sekiranya anda tidak dapat memastikan sama ada bibirnya terjuih atau tidak, tekan perlahan bahagian bawah dagunya untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit. Lidahnya harus menekap di bahagian bawah payudara anda.
  • Anda mungkin dapat melihat rahang bayi bergerak ke depan dan ke belakang serta bunyi menelan dalam pic rendah. Hidung dan dagu bayi menyentuh payudara.
TAHUKAH ANDA????

Proses menyusukan bayi sebenarnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan ibu dan anak. Jika si ibu berasa sakit, bererti si ibu tidak menggunakan teknik yang betul. Jauhkan bayi daripada payudara dan cuba lagi. Bayi mungkin tidak melekap dengan betul. Hentikan hisapan bayi dengan secara lembut letakkan jari kelingking di hujung mulut bayi dan selitkan antara rahang atas dan bawahnya. Ulangi beberapa kali yang perlu untuk mendapatkan lekapan yang baik. 

Setelah semakin cekap menyusui bayi dalam posisi ini, anda mungkin boleh mencuba posisi-posisi lain. Belajarlah untuk menyusukan bayi secara berbaring. Kaedah ini membolehkan si ibu berehat, lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan C-Section. Apa jua posisi yang digunakan, bayi harus melekap dengan baik. Jika tidak, si ibu akan berasa sakit di bahagian puting payudara, dan bayi tidak akan mendapat susu yang cukup.

Cara lekapan yang betul seperti gambar di bawah.


  Rujukan: Buku Hebatnya Susu Ibu


Best regards,
tel.:010-2314108
julizaimani@gmail.com
www.cahayaimani.com

Wednesday, 1 May 2013

Alfalfa Kurangkan Masalah Resdung & Asthma

RESDUNG

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung.

Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.


Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.

Asthma
Asthma atau dikalangan orang melayu 'lelah' merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu susah bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi. 

Apabila ibu bapa membawa kanak-kanak ini berjumpa doktor di klinik atau hospital, maka doktor akan memberitahu penyakit anak anda dan beberapa cara untuk mengatasi dan mengubati.

 
Asthma atau  'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya  akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. 

Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.

Tanda-tanda asthma: 
>> Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca sejuk.
>> Pernafasan berbunyi (wheezing).
>> Sesak pernafasan.
>> Merasakan dada sempit.


Bagaiman Mengelak Dari Serangan Asthma:

Langkan pertama ialah dengan manjauhi faktor-faktor penyebab asthma. Setiap pesakit biasanya mempunyai faktor penyebabnya sendiri dan biasanya kanak-kanak itu atau ibu bapanya tahu faktor ini. Cuba jauhi faktor penyebab dan anda boleh mengelak asthma. 

Anda juga boleh mencuba Alfalfa Complex Shaklee untuk membantu anda mengatasi masalah ini. Insha Allah alfalfa complex ini dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan anda. Disamping itu jangan lupa meminta padaNya. Kerana Dialah yang mengaturkan segalanya. Berusaha untuk mengubati, berdoa dan berserah. Insha Allah, kerana Dia Maha Penyayang. Saya doakan anda juga akan pulih daripada penyakit ini.

Kalau anda masih was-was saya sertakan testimoni pengguna alfalfa ini sebagai bukti keberkesananya. Jom baca.

Testimoni Resdung 1:
" Bertahun-tahun ada resdung, buat treatment pun tak berkesan, alhamdulillah dengan alfalfa nampak ok"
 Testimoni Resdung 2:
 "Nak makan seafood tak payah fikir banyak kali, sebab saya yakin dengan keberkesanan alfalfa"
 Testimoni Asthma:
"Mak dah tak perlu lagi makan ubat semput"


Untuk info lanjut:-
call / whatsapp / wechat : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
like fanpage : cahaya imani untuk dapatkan HARGA SPECIAL atau INFO PERCUMA dari saya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 

sumber:http://kebajikan-selangor.tripod.com/id2.htmlhttp://wangolds.com/Thread-PENYAKIT-RESDUNG-DAN-TANDA-TANDANYA#.UX_Zxp3vsqQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...