Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 17 April 2013

RAHSIA STOK SUSU BANYAK BAGI IBU BEKERJA

Add caption
Salam dan selamat sejahtera kepada semua ibu-ibu di luar sana. Alhamdulillah kali ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkenaan stok susu. Saya merupakan ibu kepada seorang anak yang baru berusia 4 bulan. Saya juga bekerja. Sejak mengandung lagi saya telah memasang niat untuk menyususkan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Dalam kata lain penyusuan yang eksklusif. Dalam islam sendiri menggalakkan kita menyusukan anak sehingga 2 tahun. Memandangkan tiada susu lain yang boleh lawan kebaikan susu ibu ni saya pon bertekad untuk tidak sama sekali mengambil susu formula. Melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kita tak tahukan apa yang akan berlaku nanti.

Tetapi masalah yang saya fikirkan macam mana nak susukan anak waktu saya bekerja. Saya google info-info tentang penyusuan untuk tambahkan ilmu berkenaan penyusuan ekslusif ni. Alhamdulillah dengan hasil carian saya dapatlah serba sedikit info yang berguna untuk saya penuhi hajat saya tu. Banyak info-info yang saya dapat menyarankan supaya mula menyimpan stok susu seawal mungkin. Maknanya dalam tempoh berpantang lagi dah kena pam susu untuk stok nanti. Huh...malasnya rasa nak pam susu. Penat, tidur tak cukup, nak berehat dan macam-macam lagi yang saya rasakan. Tapi bila ingatkan semula niat asal, saya korbankan masa demi memenuhi hajat.

Tengah-tengah kumpul stok tiba-tiba husband suruh ambik cuti jaga anak. Ohhh...biar betol laki aku ni...hehe...Dalam hati berbunga riang sebenarnya sebab tak payah susah-susah cari pengasuh anak. Tak payah pam susu lagi. Horeyy...Itu perkara pertama yang saya fikirkan. Tapi apa yang jadi sekarang tak sama  dengan apa yang saya fikir. Rupa-rupanya kena pam jugak susu. Sebabnya pas susukan anak kejap je breast dah mula rasa penuh semula. Huh...nak tak nak kena juga pam susu. Kalau tak pam rasa menyucuk-nyucuk. Sakit. Pastu susu menitik sendiri. Kadang-kadang sampai basah baju. Huhu..meriah tak susu i???hehe...Nak tahu apa rahsianya???Bagi ibu-ibu yang bekerja boleh ikut tips ni ye.

1) Set minda untuk menyusukan anak sejak mengandung lagi, dan banyakkan membaca tentang penyusuan.
2) Mula mengepam susu seawal minggu pertama atau kedua berpantang
3) Penuhi konsep 'Demand &Supply'.
4) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Amalkan pam setiap 2 tau 3 jam sekali.
5) Sekiranya anak menangis, susukan dahulu anak sehingga kenyang kemudian sambung semula pam.
6) Cara lain, anda boleh cuba susukan anak di payudara kanan dan pam payudara kiri. Cara ini memerlukan pam elektrik. Kalau pam manual agak susah.
7) Tips yang sangat berkesan iaitu POWER PUMPING. Tapi ramai ibu yang malas nak buat. Kalau stok susu sangat sikit, cuba lakukan teknik ini. InsyaAllah sangat berkesan.
8) Rahsia yang paling penting ialah pengambilan air putih yang banyak. minum sekurang-kurannya 3 hingga 4 liter sehari. Kekurangan air putih menyebabkan badan tidak mampu menghasilkan susu dengan banyak.
9) Amalkan makanan yang berkhasiat dan yang mampu membantu pertambahan susu seperti kurma, carrot putih, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekiranya ada berkemampuan, ambillah SUPPLEMENT PENYUSUAN dimana ia sangat membantu.
10) Sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripad Allah SWT kerana Dialah yang Maha Pemurah. Maha Pemberi rezeki. Dan Dia jugalah yang mengaturkan segalanya.

Selain mengikut tips dan rahsia di atas, anda yang ada budjet tu sangat digalakkan mengambil SUPPLEMENT PENYUSUAN Shaklee untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat dan membantu ibu lebih bertenaga dan sihat. Saya kongsikan testimoni dan kegembiraan ibu yang dapat menghasilkan stok susu yang banyak dengan mengamalkan set penyusuan kami.





Untuk mencuba anda boleh
 call / whatsapp : 0102314108
add fb : juliezza berahim untuk chatting secara langsung dengan saya
 like fan page sy : cahaya imani untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA & INFO PERCUMA

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit 



Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...