Subscribe:

Blogger templates

Wednesday, 10 April 2013

PMS oh PMS!!!

Alhamdulillah kali ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) dan sedikit tips atasi PMS. Mudah-mudahan info ini berguna untuk para pembaca yang turut mengalami gejala PMS ini. InsyaAllah. Gejala atau Sindrom Pra-Menstruasi  sering menghantui kebanyakan wanita setiap bulan. Ramai yang mengeluh apabila terpaksa melalui gejala ini. Pelbagai masalah pasti timbul dan ia 'menyeksa' tubuh wanita setiap kali menghampiri detik menstruasi ini. gejalanya memnag pelbagai serta berbeza-beza bagi setiap individu. Antaranya ialah: 

1) Perubahan emosi - Mudah marah, sedih, sensitif dan perasaan serba tak kena 
2) Badan mudah penat, lemah, tidak bersemangat, dan malas bergerak
3) Sakit kepala dan migrain
4) Pinggang dan perut terasa sakit, lenguh, ketegangan di bahagian perut sehingga ada yang pengsan
5) Nafsu makan dan minum meningkat, menyukai makanan masam atau pedas
6) Berat badan bertambah kerana tubuh menyimpan air dalam jumlah yang banyak

Rasa sakit sewaktu haid dianggap normal sekiranya kesakitan yang dirasai itu tidak melampau. Sekiranya rasa sakit yang dirasainya agak keterlaluan sehingga menyebabkan anda pengsan, seeloknya berjumpalah dengan doktor. Sakit luar biasa ini boleh terjadi disebabkan adanya penyakit atau kelainan pada organ dalaman wanita. Seperti infeksi rahim, ketumbuhkan rahim dan kelainan kedudukan rahim.

Rasa sakit semasa haid juga dianggap gejala semulajadi disebabkan oleh perubahan hormon sebelum hingga sesudah haid. Menjelang menstruasi jumlah hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang. Disebabkan inilah berlaku kontraksi rahim sewaktu proses pengeluaran endrometrium.

Cara mudah atasi PMS:

1) Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dalam tubuh. Susu, tempe dan kekacang adalah makanan yang berkalsium tinggi
2) Amalkan pengambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yang bervitamin C
3) Amalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut
4) Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh
5) Kurangkan makanan yang bertepung, kafein, dan coklat
6) Makanlah makanan yang berserat tinggi
7) Bagi individu yang berhadapan dengan masalah anemia, sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yang tinggi khasiat zat besi

Shaklee juga menawarkan supplement yang dapat membantu mengurangkan PMS. Anda boleh klik sini untuk dapatkan info berkenaan produk. 

Sumber majalah pa&ma

Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...