Subscribe:

Blogger templates

Sunday, 21 April 2013

KEBOCORAN SUSU & KERETAKAN PUTING

Kebocoran susu tidak mendatangkan kemudaratan, tetapi ia mungkin memalukan jika berlaku di tempat dan masa yang tidak sesuai. Di sini saya berikan cara untuk menangani masalah kebocoran tersebut untuk panduan ibu-ibu yang mengalami masalah ini.
  • Gunakan nursing pad/pelapik payudara untuk menyerap kebasahan dan mengelak susu daripada terkena pakaian anda.
  • Jika susu anda keluar pada waktu yang tidak sepatutnya, cuba tekan payudara anda ke dinding dada secara perlahan-lahan. Teknik ini didapati dapat membantu menghentikan kebocoran buat sementara. 
PUTING YANG RETAK DAN SAKIT

Puting susu yang sakit, retak dan berdarah bukanlah sesuatu yang harus dianggap kesan sampingan lazim akibat menyusukan bayi. Penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan  anda dan jika anda mengalami kesakitan, ia merupakan petanda bahawa anda mempunyai masalah yang perlu ditangani.

PENYEBAB KERETAKAN PUTING & KESAKITAN PUTING


Sebab utama keretakan, kesakitan dan pendarahan puting adalah lekapan yang tidak betul. Dengan menukar teknik penyusuan, puting anda akan sembuh dan kesakitan itu tidak akan berlaku lagi. Seorang pakar laktasi dapat membantu anda untuk mencari posisi susuan yang paling sesuai kerana ia mempengaruhi lekapan bayi.

Penyalahgunaan pam payudara juga boleh menyakitkan puting anda. Pastikan tahap sedutan selesa dan tidak terlalu kuat. Pastikan juga pam tersebut dapat memuatkan payudara anda dengan selesa. 

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN???

Jika anda menghadapi sebrang masalah penyusuan, hubungilah pakar atau penasihat laktasi. Disini saya berikan beberapa cadangan daripada pakar laktasi:

Ketika Menyusu

1) Perhatikan lekapan bayi. Lekapan terbaik akan tersasar sedikit ke tepi dengan lebih banyak areola di bawah puting yang termasuk ke dalam mulut bayi.

2) Tukarlah kedudukan sehingga anda merasa selesa. Anda mungkin mendapati sesetengah posisi lebih selesa daripada posisi yang lain dan ini memudahkan bayi melekap dengan betul. 

3) Susukan dengan puting yang tidak tercedera dahulu. Bayi biasanya akan menyusu dengan lebih lembut di payudara kedua kerana telah agak kenyang di payudara pertama. 

Selepas Menyusu

1) Bilas puting dengan lembut. Jika puting anda retak atau berdarah, bilaslah puting anda selepas setiap susuan untuk mengelak jangkitan. Sehari sekali, basuh puting anda dengan sabun antibakteria yang tidak mempunyai pewangi dan bilas dengan air. 

2) Gunakan sabun antibakteria. Doktor atau pakar laktasi boleh mencadangkan krim sapuan yang boleh dibeli di farmasi untuk merawat kecederaan. 

3) Gunakan sapuan puting khas untuk ibu menyusu. Sapukannya pada puting anda selepas setiap susuan. Ia melegakan kesakitan dan memulihkan puting anda dengan lebih cepat tanpa meninggalkan parut. Ia tidak perlu di basuh sebelum susuan.
4) Ambil ubat penahan sakit. Ambillah ibuprofen atau paracetamol lebih kurang 30 minit sebelum menyusu untuk mengurangkan kesakitan dan bengkakan. 

Jika menyusu terlalu menyakitkan, hentikannya dan gunakanlah pam bagi sehari untuk memberi peluang kepada puting anda untuk sembuh. Anda boleh memerah dengan tangan ataupun menggunakan pam. 



Best regards,

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...