Subscribe:

Blogger templates

Saturday, 6 April 2013

8 NUTRIEN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Salam para pembaca semua. Diharapkan anda semua berada dalam keadan yang sihat disamping insan-insan tersayang dalam hidup anda. Hari ini saya ingin membuat sedikit perkongsian ilmu daripada hasil bacaan saya petang tadi. Diharapkan ilmu atau info ini berguna untuk para ibu yang sedang melalui detik-detik terindah dalam kehidupan iaitu kehamilan. Hasil bacaan saya tadi, tajuk 8 nutrien terbaik daripada majalah pa & ma menarik minat saya untuk dikongsikan ke dalam blog yang tak seberapa ini. 

Setiap ibu hamil perlu menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrien atau khasiat pemakanan turut meningkat. Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan janin.


Jom kita tengok apa nutrien yang diperkatakan.



1) PROTEIN 
  • Sangat besar peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah. Ianya boleh diperolehi daripada daging, ikan, telur, & kekacang. Selain itu anda boleh dapatkan sumber protein yang mencukupi daripada pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)*. 
2) KARBOHIDRAT & LEMAK
  • Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan tubuh badan kita tidak mudah penat.
3) KALSIUM
  • Ketika hamil, kalsium memang penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keprluan kalsiuam tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang anda.
  •  Antara makanan yang banyak mengandungi kalsium ialah sayur-sayuran hijau dan kekacang. Saat ini, kalsium paling baik diperolehi daripada susu serta produk olahannya. Susu mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti Vitamin A, D, B2, B3 serta Vitamin C. 
  • Tahukah anda ESP mengandungi 500mg kalsium bagi setiap hidangan dan mempunyai 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral.
  • Ostematrix (kalsium)* dari Shaklee juga dapat membantu membekalkan kalsium yang mencukupi untuk ibu hamil disamping dapat membantu mengurangkan kekejangan kaki
4) ZAT BESI
  • Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah. Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia. terdapat pada sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging, & hati.
  • Vitalea Shaklee* merupakan multivitamin yang terkandung zat besi didalamnya. Bagi mereka yang kurang gemar makan sayur, anda ada pilihan untuk mendapatkan sumber zat besi dengan pengambilan vitalea. 
5) ASID FOLIK
  • Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami keguguran ataupun kerosakan pada janin. Selalunya asid folik ini akan dibekalkan oleh doktor kalau kita dah buat buku merah (buku rawatan mengandung) tu.
6)VITAMIN B COMPLEX
  • Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot, dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperolehi daripada biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, telur & produk susu. 
  • Set Eu-Four Set* keluaran shaklee mempunyai vitamin B Complex yang terdiri daripada kesemua 8 vitamin B yang diperlukan oleh tubuh  bagi membantu menguatkan jantung, peparu, dan organ penting yang lain. 
7) VITAMIN D
  • Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada kuning telur dan susu.
8) VITAMIN E
  • Ia berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. makanlah biji-bijian terutamanya gandum, kekacang, minyak sayur, dan sayur-sayuran hijau.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba apa-apa produk yang saya nyatakan di atas, anda bolehlah menghubungi saya dengan:  

call/whatsapp: 0102314108
emel : julizaimani@gmail.com
untuk harga yang special sila like page saya: Cahaya imani


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit                


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...