Subscribe:

Blogger templates

Monday, 25 March 2013

SUSU IBU LAWAN SUSU FORMULA

  Hi semua...tengok tajuk pon mesti anda semua dah tau apa yang akan saya ceritakan ni. Susu Ibu LAWAN Susu formula???hurm...pasti ramai yang mengetahui bahawa tidak ada satu pun susu formula yang sama dengan susu ibu. Walaupon ada sesetengah syarikat yang menghasilkan susu ibu membuat deskripsi bahawa produk mereka 'hampir sama kepada susu ibu'. Tetapi hakikatnya memang tidak sama sekali. Bagimana boleh disamakan susu lembu dengan susu ibu???Satu pemikiran logik yang mudah untuk melihatnya. 




 Susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti. Ia dapat membantu dalam proses melawan jangkitan. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut. Mengapakah demikian????

1) Susu ibu berubah mengikut usia bayi: 
  • Susu ibu untuk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yang tinggi; begitu juga susu ibu   untuk        bayi   berusia 8 bulan lebih tinggi kandungan kalorinya daripada bayi berusia 1 bulan
2) Susu ibu berubah mengikut keadaan cuaca:
  • Dalam cuaca yang sangat panas, susu ibu mengandungi lebih banyak air
  • Dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak
3) Susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang dimakan oleh ibu:
  • Jadi, bayi anda didedahkan kepada rasa yang berbeza sepanjang bulan-bulan awalnya.(adakan anda ingin memakan makanan yang sama setiap hari selama 6 bulan???saya rasa tidak!!!)
Tanamlah keazaman yang tinggi dan berusahalah sehabis boleh untuk kita sama-sama menyusukan bayi dengan susu ibu. Ibu mana yang tak sayang anak. Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu anda boleh mencuba set penyusuan shaklee atau pon ESP sebagai usaha kita bagi menjayakan niat yang murni itu. Hasilnya Insha Allah anda akan berpuas hati. Saya merupakan ibu baru yang fully breastfeeding anak saya. Tak banyak ilmu yang saya ada berbanding anda semua. Sekadar perkongsian ilmu dan sedikit pengalaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Apapun pilihan ditangan anda. Tepuk dada tanya selera.

Untuk info lanjut anda bolehlah:-

*call / whatsapp: 010-2314108

*email : julizaimani@gmail.com

*add fb sy : juliezza berahim

*klik like di fan page saya : cahayaimani untuk dapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...