Subscribe:

Blogger templates

Thursday, 21 March 2013

FADHILAT & KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK


Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Umar Ibnu Khattab dari Rasulullah SAW:
" Apabila ia (wanita) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu dan tidak disentuh teteknya dengan sentuhan melainkan untuknya pada setiap teguk dan satu sentuhan itu satu kebajikan. Jika ia berjaga malam maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan Allah SWT."
" Tiap wanita diantara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang (penyekat) baginya dari api neraka! Para wanita itu bertanya: "Bagaimanakah kalau melahirkan dua orang anak?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya, dua orang anak pun demikian juga!" (Hadis dikemukakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
.

Hurm...besarkan ganjaran Allah untuk wanita - wanita yang bergelar ibu ini. Alhamdulillah saya juga turut berada dalam golongan yang menyusukan anak. Bersyukur pada-Mu ya Allah atas anugerah yang telah diberikan kepada kami.

Antara fadhilat & kelebihan menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Ok, anda semua dah baca kan info kat atas tu. So, tak rasa nak ambil peluang keemasan ni???Jom kita sama-sama merebut ganjaran yang Allah berikan ni. Khas untuk wanita saja tau. Tak ada alasan lagi untuk anda mengelak dari menyusukan anak anda. Melainkan yang uzur tu dah tak boleh buat apa la kan...Ibu-ibu yang sihat tu meh kita usaha agar kita mampu menyusukan anak kita dengan susu badan sendiri.

Anda bekerja dan tak mampu untuk buat stok susu untuk anak????susu tak banyak???Ok, jom saya tolong anda. Tak rugi rasanya kalau kita keluarkan sedikit modal untuk GANJARAN ALLAH YANG MAHA HEBAT INI. Klik sini untuk ke entri seterusnya. Saya harap entri seterusnya dapat membantu anda merealisasikan impian anda. Insha Allah.

Credit to wanitaislam-muslimahku.blogspot.com & hasnulhadiahmad.com

2 comments:

Jamaiah Jamsuri said...

Wah! Hebat :)

Juliza Cahaya Imani said...

2 la...hebatkan...alhamdulillah dpt merasa nikmat ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...