Subscribe:

Blogger templates

Sunday, 31 March 2013

SET D (SKIN CARE)

Pengambilan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat & cantik adalah satu langkah yang bijak..Set ini membantu anda untuk merawat sel-sel kulit anda. Apabila sel-sel kulit sihat, ia akan mempercepatkan proses penghasilan kulit yang baru dan sihat..Dan hasilnya kulit kita akan nampak lebih cantik berbanding dahulu..Siapa yang tak nak kulit cantik kn???



Ok saya terangkan Set D (skin care) ni ye...Ia terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C, & Vitamin E..
  • Vitamin B berfungsi untuk membuatkan kulit anda nampak cantik berseri & 'glowing'
  • Vitamin C berfungsi untuk memberikan kolagen kepada kulit anda. Bila kolagen cukup baru la kulit nampak tegang dan sihat
  • Vitamin E berfungsi untuk memperbaiki struktur asas kulit, kepejalan kulit, mengatasi masalah jerawat, kulit kering, kulit berminyak, dan juga menghilangkan parut
Kepada anda yang ada budjet lebih, Set D ini boleh diambil bersama ESP untuk hasil yang lebih cepat dan menakjubkan. Untuk pengetahuan anda kesan pengambilan Set D ini boleh dilihat dalam masa 21 hari sahaja..Jadi tunggu apa lagi...Kecantikan hak milik setiap insan..


Tips !!! Kalau nak kulit yang licin dan skin texture yang cantik, picitkan sebiji vitamin E Shaklee dan sapukan pada kulit muka sebelum tidur, kesannya akan dapat dilihat seawal 7-14 hari..Sangat hebat!!!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Call / Whatsapp:  010-2314108
Emel : julizaimani@gmail.com
Add FB : juliezza berahim
@ like fanpage saya : cahaya imani untuk dapatkan harga promosi





Friday, 29 March 2013

TAMPIL CANTIK & BERSERI

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan lagi...Mesti semua sokong kenyataan saya ni kn???So, tak perlu nafikan lagi..memang fitrah wanita cmtu..nk kata apa lagi...Saya sendiri pon nk cantik...Kalau boleh biar suami atau boyfren tak pandang orang lain dah...Biar tengok kite sorang je...ha,baru puas hati kalau cmtu kn...Kita ni sanggup la habiskan duit semata-mata nak beli bermacam-macam produk penjagaan kulit..Tujuannya hanya satu je...sebab nak CANTIK....betul kn???


Ramai diantara kita yang hanya menjaga kecantikan kulit dari luaran je...Kadang kala kita terlupa bahawa penjagaan dalaman juga sangat penting untuk memastikan kita mendapat kulit yang kita idam-idamkan...Saya syorkan anda mengamalkan Set D Iaitu Set Kecantikan Shaklee...Set ini terdiri daripada Vitamin B,Vitamin C dan Vitamin E...Jadi tak perlu kita cerita panjang lebar kat sini yek..Saya sediakan testimoni untuk anda sendiri menilai sejauh mana keberkesanan penjagaan kulit dari dalam...

 Pengguna di atas menggunakan set D (2bulan) + ESP (3minggu)...Anda sendiri dapat tgk kulit muka dia kn???Sangat berbeza...Siapa tak teruja bila tengok kulit muka orang lain boleh jadi cantik..Kalau nak cantik macam kawan kita ni jom la try set kecantikan shaklee ni...Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya nanti...Si dia pasti terpesona..



Ok, akak kita ni hanya mengamalkan vitamin E semata-mata...Nah, hasilnya alhamdulillah berkesan...Tak semestinya anda kena ambil semua vitamin dalam set kecantikan tu...Nak try satu-satu pun boleh...Tapi hasilnya lambat sket...Kalau nak cepat kena ambil satu set la kan...Anda boleh menilai sendiri...Pilihan ditangan anda...Kalau anda sanggup keluarkan duit untuk penjagaan luaran kenapa tidak kepada penjagaan dalaman...Disamping itu khasiat-khsiat lain anda akan perolehi...Insha Allah...Fikir-fikirkanlah...

Budjet anda kecil???Tak ada masalah...Anda boleh hubungi saya untuk tau penyelesaiannya...
Berminat???

Call / Whatsapp:  010-2314108
Emel : julizaimani@gmail.com
@ like fanpage saya : cahaya imani untuk dapatkan harga promosi

Wednesday, 27 March 2013

SUPPLEMENT IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum para pembaca semua...Alhamdulillah anda telah disahkan mengandung...ok,cepat2 kita cari supplement yg sesuai untuk diamalkan....Jangan pandang rendah topik ni tau...Ini berkenaan dengan kesihatan anda dan buah hati anda yang kt dlm tu...Dulu saya pun tak fikir sangat pasal supplement ni...Tapi bila sakit sana, sakit sini, balik rumah lesu, x bermaya, tau nak tidur je saya mula berfikir tentang supplement mana yang patut diambil...Dan saya jumpe shaklee...Dari situlah saya mula berpuas hati dengan produk shaklee ni...Ibu mane yg x sanggup kuarkan modal untuk kesihatan diri dan anak????Saya percaya setiap wanita yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu sanggup berbelanja untuk memastikan anak yg dikandungnya mendapat zat dan khasiat yg cukup....Kali ni saya kupaskan supplement yg perlu anda ambil sepanjang tempoh kehamilan ini....

First, dah tentu lah asid folik & obimin yg dah tentu-tentunya dibekalkan untuk kita kalau pergi hospital kerajaan...Cukup ke kalo makan vitamin tu je????Bergantung kepada tahap kesihatan kita. Kalau anda rasa cukup dengan vitamin yang dibekalkan tu so boleh teruskan makan yang tu je...Tak perlu lah cari supplement lain..Tapi kalau anda cepat lesu, cepat penat, tak de tenaga,nak buat itu tak larat, ini tak larat  saya sarankan anda menambah supplement yang sedia ada tu...


Tak tahu nak ambik supplement mane????ok,tak pe..saya bagi cadangan untuk anda...Terpulanglah untuk anda samada nak ambil atau tak...Kalau nak sihat dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan saya sarankan anda mengambilnya...Pilihan ditangan anda kn???


Antara produk yang terbaik untuk anda ambil ialah :

1) Eu-Four Set
2) ESP ( Energizing Soy Protein)


Eu-Four Set
  • Terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C, Vitalea(multivitamin dengan zat besi) dan Kalsium.
  • Vit B dan Vitalea membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Bagi ibu yang mengalami HB rendah set ini amat sesuai untuk anda. 
  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. 
  • Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Ibu disarankan mengambil kalsium untuk memastikan kandungan kalsium mencukupi kerana bayi anda mendapat bekalan kalsium dari tubuh badan anda. Maknanya anda berkongsi kalsium dengan bayi anda. Disamping itu, kalsium ini dapat membantu menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang kerap dialami oleh ibu-ibu yang mengandung.
  • Sekiranya anda telah mengambil set ini, vitamin yang dibekalkan dari hospital tak perlu ambil lagi kerana set ini telah lengkp dengan semua zat asid folik & obimin.

ESP ( Energizing Soy Protein)
  • ESP merupakan supplement yang terbaik sebagai persediaan ke arah penyusuan. 
  • Membantu meningkatkan sistem imun ibu semasa mengandung. Ibu jarang dijangkiti penyakit dan lebih sihat
  • Membekalkan tenaga dengan lebih cepat kepada ibu supaya sentiasa bertenaga dan tidak mudah letih
TESTIMONI:-





Untuk mencuba sila hubungi saya di :-
emel: julizaimani@gmail.com
 call/whatsapp: 010-2314108  
add fb juliezza berahim 
atau like fanpage saya cahayimani untuk konsultasi percuma dan SPECIAL PRICE

Tuesday, 26 March 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE


Assalamua'laikum.
Ramai pasangan yang telah lama berkahwin malah belum dikurniakan rezeki mempunyai zuriat. Insha Allah, Allah lebih ahu daripada kita semua. Sebab itulah kita perlu berusaha dan berikhtiar. Dan salah satu cara yang dapat kami cadangkan ialah pengambilan supplement kesuburan yang dapat membantu meningkatkan lagi peluang kehamilan.

Kepada mereka yang telah mencuba banyak produk kesuburan, jangan putus asa....Apa kata anda mencuba set kesuburan shaklee pula....Harganya memang mampu milik...Tak rugi kn???Siapa tahu..Kuasa Allah...Bagi saya tiada yang lebih membahagiakan dalam kehidupan suami isteri apabila Allah kurniakan kita cahaya mata buat penyeri rumah tangga...Tanda kasih sayang kita suami isteri...

Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa kita hanya merancang, set kesuburan ini hanyalah sebahagian dari usaha kita... Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA...Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia...:)


 Mari kita tgk set kesuburan untuk lelaki dan wanita:




1) GLA
  •  Membantu kitaran haid yang tidak teratur, sesiapa yang ada masalah haid yang tak stabil, kejap sebulan datang kejap 2, 3 bulan baru datang semula, bolehlah amalkan GLA. Bila haid dah teratur insyaAllah mudah nak kira waktu subur tu.
  • Membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan berlaku 
  • Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam tiub fallopio. Ini meningkatkan peluang persenyawan berlaku.

2) ESP
  • Merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel di dalam badan berfungsi dengan sempurna
  • Memastikan sel ovum dalam keadaan yang sihat untuk memudahkan persenyawaan

3) ZINC COMPLEX
  • Zinc adalah bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan sperma yang kuat. Hanya sperma yang kuat mampu berenang jauh hingga bertemu telur
  • Mempengaruhi jumlah sperma. Lebih banyak sperma terhasil lebih tinggi peluang berlakunya persenyawaan

4) VITAMIN E
  • Meningkatkan keinginan seksual
  • Membantu pembentukan sperma yang sihat dan sempurna
Mari kita tengok apa kata pengguna set kesuburan ini:





Untuk mencuba produk ini, sila hubungi saya di:
call/whatsapp : 0102314108
emel : julizaimani@gmail.com
add fb sy : Ummi Riana    
klik like di fanpage saya : cahaya imani untuk mendapatkan SPECIAL PRICE dari saya

Monday, 25 March 2013

SUSU IBU LAWAN SUSU FORMULA

  Hi semua...tengok tajuk pon mesti anda semua dah tau apa yang akan saya ceritakan ni. Susu Ibu LAWAN Susu formula???hurm...pasti ramai yang mengetahui bahawa tidak ada satu pun susu formula yang sama dengan susu ibu. Walaupon ada sesetengah syarikat yang menghasilkan susu ibu membuat deskripsi bahawa produk mereka 'hampir sama kepada susu ibu'. Tetapi hakikatnya memang tidak sama sekali. Bagimana boleh disamakan susu lembu dengan susu ibu???Satu pemikiran logik yang mudah untuk melihatnya. 




 Susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti. Ia dapat membantu dalam proses melawan jangkitan. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut. Mengapakah demikian????

1) Susu ibu berubah mengikut usia bayi: 
  • Susu ibu untuk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yang tinggi; begitu juga susu ibu   untuk        bayi   berusia 8 bulan lebih tinggi kandungan kalorinya daripada bayi berusia 1 bulan
2) Susu ibu berubah mengikut keadaan cuaca:
  • Dalam cuaca yang sangat panas, susu ibu mengandungi lebih banyak air
  • Dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak
3) Susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang dimakan oleh ibu:
  • Jadi, bayi anda didedahkan kepada rasa yang berbeza sepanjang bulan-bulan awalnya.(adakan anda ingin memakan makanan yang sama setiap hari selama 6 bulan???saya rasa tidak!!!)
Tanamlah keazaman yang tinggi dan berusahalah sehabis boleh untuk kita sama-sama menyusukan bayi dengan susu ibu. Ibu mana yang tak sayang anak. Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu anda boleh mencuba set penyusuan shaklee atau pon ESP sebagai usaha kita bagi menjayakan niat yang murni itu. Hasilnya Insha Allah anda akan berpuas hati. Saya merupakan ibu baru yang fully breastfeeding anak saya. Tak banyak ilmu yang saya ada berbanding anda semua. Sekadar perkongsian ilmu dan sedikit pengalaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama. Apapun pilihan ditangan anda. Tepuk dada tanya selera.

Untuk info lanjut anda bolehlah:-

*call / whatsapp: 010-2314108

*email : julizaimani@gmail.com

*add fb sy : juliezza berahim

*klik like di fan page saya : cahayaimani untuk dapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA





Thursday, 21 March 2013

FADHILAT & KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK


Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Umar Ibnu Khattab dari Rasulullah SAW:
" Apabila ia (wanita) melahirkan anak, maka tidak keluar seteguk susu dan tidak disentuh teteknya dengan sentuhan melainkan untuknya pada setiap teguk dan satu sentuhan itu satu kebajikan. Jika ia berjaga malam maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba pada jalan Allah SWT."
" Tiap wanita diantara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang (penyekat) baginya dari api neraka! Para wanita itu bertanya: "Bagaimanakah kalau melahirkan dua orang anak?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya, dua orang anak pun demikian juga!" (Hadis dikemukakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
.

Hurm...besarkan ganjaran Allah untuk wanita - wanita yang bergelar ibu ini. Alhamdulillah saya juga turut berada dalam golongan yang menyusukan anak. Bersyukur pada-Mu ya Allah atas anugerah yang telah diberikan kepada kami.

Antara fadhilat & kelebihan menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Ok, anda semua dah baca kan info kat atas tu. So, tak rasa nak ambil peluang keemasan ni???Jom kita sama-sama merebut ganjaran yang Allah berikan ni. Khas untuk wanita saja tau. Tak ada alasan lagi untuk anda mengelak dari menyusukan anak anda. Melainkan yang uzur tu dah tak boleh buat apa la kan...Ibu-ibu yang sihat tu meh kita usaha agar kita mampu menyusukan anak kita dengan susu badan sendiri.

Anda bekerja dan tak mampu untuk buat stok susu untuk anak????susu tak banyak???Ok, jom saya tolong anda. Tak rugi rasanya kalau kita keluarkan sedikit modal untuk GANJARAN ALLAH YANG MAHA HEBAT INI. Klik sini untuk ke entri seterusnya. Saya harap entri seterusnya dapat membantu anda merealisasikan impian anda. Insha Allah.

Credit to wanitaislam-muslimahku.blogspot.com & hasnulhadiahmad.com

Set Penyusuan Pilihan Anda


Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda.

Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil

Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3M
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, insha Allah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha untuk kerap
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah membantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mengambil pemakanan sihat? 

Renunglah sejenak ungkapan di bawah. Moga ianya menjadi kekuatan kepada semua wanita yang bergelar ibu.

" Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan cahayaimani.com ~ julizaimani@gmail.com / 010-2314108 / fb juliezza berahim

Tuesday, 19 March 2013

Cara Atasi Keputihan

Keputihan sememangnya sinonim dengan wanita. Keputihan yang disebabkan oleh keluar lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. Keputihan juga boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan ketika bersama suami. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, masalah keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. 

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya keputihan ialah perubahan hormon, jangkitan kuman, jangkitan kulat, jangkitan bakteria, jangkitan disebabkan hubungan seks, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.


Cara Atasi Keputihan:


1. Pastikan miss V dibasuh dengan air yg bersih dan bebas daripada kotoran

2. Cuci miss V dari arah depan kebelakang untuk mengelakkan perpindahan kotoran
3. Cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan miss V
4. Hindari daripada menggunakan tisu yang mengandungi bahan pewangi kerana kandungannya boleh menyebabkan iritasi
5. Pastikan miss V kering sebelum berpakaian 
6. Gunakanlah seluar dalam yang bersih, tidak ketat, dan terdiri daripada bahan kapas yang boleh menyerap peluh
7. Elakkan menggunakan sabun pembersih wanita, kerana kandungan pembersih wanita ini boleh mengubah PH miss V dan menyebabkan jangkitan
8. Untuk hasil yang lebih cepat anda boleh mengambil supplement yang boleh membantu mengurangkan keputihan iaitu Alfalfa Complex

Alfalfa Complex merupakan supplement keluaran Shaklee yang mempunyai banyak fungsi. Antaranya ialah membantu mengurangkan keputihan, membuang toksik dan juga merupakan milkbooster bagi ibu-ibu yang menyusu.Namun jika anda tidak menyusukan bayi atau masih belum berkahwin pun boleh mengamalkan supplement ini tanpa sebarang kesan sampingan.

Testimoni dari pengguna Alfalfa Complex:


untuk mencuba produk ini sila hubungi saya di:

call / whatsapp: 010-2314108

email : julizaimani@gmail.com

add fb sy : juliezza berahim

klik like di fan page saya : cahayaimani untuk dapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA







JOM LIKE FANPAGE KAMI

hi semua...saya harap anda semua dapat LIKE FANPAGE FACEBOOK saya dengan menekan button LIKE di bawah...tq;)

Sunday, 17 March 2013

Wanita Yg Enggan Menyusukan Anaknya Tanpa Keuzuran



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:



بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ


“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang tetek-tetek mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.” 
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...