Subscribe:

Blogger templates

Info

Sunday, 12 March 2017

Tip Memulakan Penyusuan





Bergelar seorang ibu bukalah satu tugas yang mudah. Namun 'title' ibu tu sangat menyeronokkan. Bahkan ianya akan mudah jika persediaan untuk menggalas tanggungjawab itu telah kita lakukan.    

Antara cabaran paling besar untuk si ibu ialah menyusukan si kecil anda. Ianya tidaklah sesukar mana andai kita mempunyai ilmu tentang penyusuan. Apa yang penting ibu perlu rasa yakin pada diri dan tanamkan dalam diri 'aku nak susukan anak sehingga 2 tahun seboleh-bolehnya'. 

Pasang niat awal-awal dan tidak lupa mohon bantuan Allah untuk permudahkan segala urusan penyusuan kita dari mulasampai habis. Demi Allah kak ju cakap, betapa indahnya dan berharganya setiap moment penyusuan tu. Senang kan Allah nak bagi paha pada si ibu. Tak terbayang betapa besarnya pahala yang kita dapat sebagai gantinya tau. Alhamdulillah,syukur.

Tapi harusjuga diingat, bukan semua ibu berjaya menyusukan baby selama yang diinginkan. Mungkin hanya sempat sebulan dua. Mungkin hanya sehingga anak berusia enam bulan je. Jangan sedih, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Jangan rasa malu, jangan rasa down, Sekurang-kurangnya kita pernah mencuba.

Ok ibu,jom kak jue share sedikit tip yang boleh ibu-ibu cuba praktikkan untuk memudahkan penyusuan bermula.
  • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan di dalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 minit setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala. 
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3liter sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak.
  • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.
Mudahan dengan sedikit tip yang diberikan dapat membantu anda untuk memulakan penyusuan dengan lebih baik,yakin dan selesa. Kak Jue percaya anda boleh lakukan. InshaAllah.

Salam sayang,
Kak Jue


Friday, 10 March 2017

Manisnya Sebuah Perhubungan


"Air kopi dah ada dalam mug merah tu bang".
Laung ku sambil siapkan anak untuk ke sekolah.

"Kalau nak tambah ada dalam teko hijau tu". Si suami mengangguk-angguk kepala sambil menikmati kopi o panas di pagi hari.

Kita rasa nak bancuh air tak susah pun. Tapi sebenarnya ada beberapa bahan dan peralatan yang perlu digunakan. Air, gula, kopi, cawan, teko, sudu dan piring. Hanya kerana segelas kopi, yang terlibat secara tak langsungnya banyak.

Sama juga seperti kehidupan. Nampak seolah-olah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Mana mungkin si mati bangun sendiri menggali kuburnya. Mana mungkin peniaga hantar sendiri barang ke rumah customer jika jauhnya melangkau negeri. Mana mungkin cikgu boleh mengajar jika tiada anak muridnya.

Semuanya saling lengkap melengkapi, memerlukan bantuan dan pertolongan. Jadi jangan pernah bongkak dan sombong sesama kita. Jangan pernah bermegah-megah walaupun engkau punya pangkat, darjat dan harta yang banyak.

Kan manis hidup bermasyarakat, berjiran, bersahabat. Siapa tahu, dengan eloknya perhubungan itu hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.
Bercerita melalui pengalaman hidup. Sekadar renungan dan pandangan. 

Testimoni ESP

Salam sayang pembaca blog cahayaimani semua. Hari ni saya nak share serba sedikit tentang kebaikan ESP. Semua ni feedback dari pengguna-pengguna di luar sana. Saya yakin dan pasti ramai yang selalu dengar ESP ni banyak manfaatnya. Sehingga ada yang menyebut 1001 manfaat dan kebaikan ESP ni. Jadi saya tak nak cerita panjang lebar ESP ni apa. Sebab saya dah ceritakan detailnya di entri yang sebelum ni. Kita ikuti sendiri hasil dan keberkesan produk ini. 

Jom tengok testimoni mereka yang mengambil ESP ini sebagai salah satu supplement harian mereka..

Testimoni 1 : Muka dah cantik dan bersih

Testimoni  ESP

Testimoni 2: Rambut dah takde uban

Testimoni  ESP

Testimoni 3: Dalam sebulan turun 10kg berat badan


Testimoni  ESP
Testimoni 4: Kulit anak halus, mulus dan payah nak lekat ruam.

Testimoni  ESP

Testimoni 5: Masih bertenaga walaupun sudah pukul 3.10 pagi

Testimoni  ESP


Testimoni 6: Susu bertambah dan tak kering lagi

Testimoni  ESP


Best kan? Antara manfaat ESP yang terbukti berkesan dengan 1001 kebaikannya. Ingin jadi seperti mereka? Dengan hanya laburkan duit anda untuk 1 supplement, anda mampu memperolehi kesihatan yang optimum. 

Bonus untuk ibu menyusu, di samping dapat simpan stock EBM untuk si manja dapat jugak kulit cantik, badan pun sihat je walaupun tidur malam sering terganggu. 

Tak rugi keluarkan belanja kalau hasilnya berbaloi-baloi. Insha Allah anda akan berpuas hati selagi anda ikut panduan yang akan kami berikan. 

Ingin mencuba?
Anda boleh hubungi saya melalui cara berikut:

Add FB : Ummi Imani untuk chatting secara langsung dengan saya

Sms/ Whatsapp di talian : 010-2314108 

Klik LIKE fanpage : Cahayaimani jika inginkan info terbaru beserta promosi yang Shaklee tawarkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...